Kerjaya Perunding Imej Dan Warna | Rancangan Safiyyah TV9 | 27 Ogos 2015

Pada 27 Ogos yang lalu saya dan Tim Perunding Imej Muslimah dikunjungi oleh krew rancangan Safiyyah TV9 di pejabat urusan Awaken Training & Consultancy bagi tujuan temuramah mengenai kerjaya saya sebagai perunding imej termasuk sebagai perunding ton warna kulit. Selain daripada menemuramah, mereka juga mengambil beberapa rakaman aktiviti saya mengendalikan sesi konsultansi warna dan sesi konsutansi imej.

Alhamdulillah kerjaya dan minat saya dalam bidang perundingan imej terutama dalam imej muslimah mendapat perhatian media. Pada saya ini merupakan perkembangan yang positif kerana bidang perundingan dan penampilan imej muslimah semakin mendapat tempat dan perhatian di pasaran. Ini juga bermaksud masyarakat semakin peka dan prihatin mengenai pematuhan syariah dalam penampilan dan kesannya kepada masyarakat.

Saya sangat bersyukur walaupun berada dan berjuang dalam bidang ini bukanlah perkara mudah, namun Allah sentiasa menetapkan hati dan membuka jalan untuk saya kekal dan sentiasa bersemangat tinggi dalam meneruskan kerjaya ini. Saya bersyukur kepada Allah yang memurahkan rezki saya dengan menemukan saya kepada client yang tetap mahukan servis saya, walaupun umum mengetahui bahawa saya menekankan konsep, nilai dan prinsip patuh syariah dalam setiap modul training dan rundingan yang saya kendalikan. Saya tetap yakin dan percaya sekiranya niat dan tindakan kita jujur, ikhlas dan berintegriti, Allah sentiasa ada untuk membantu walaupun seluruh dunia menentang. Yakinlah bahawa yang maha memberi rezki dan menunjukkan jalan hanyalah Allah swt. Walau bagaimana kuatnya usaha kita dan setinggi mana kepakaran dan pengalaman yang kita ada, sekiranya Allah tidak membenarkan kita memperolehi rezki, kita tetap tidak akan berjaya.

Saya sentiasa yakin dan percaya bahawa rezki dan kejayaan yang terhasil sudah tentu bukan hanya kerana usaha kita tetapi usaha yang bersungguh-sungguh adalah syarat untuk mendapat bantuan daripada Allah swt. Allah maha adil dan pastilah Dia tidak akan mengecewakan hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

12003397_10205281611774994_1201991080687221361_n

Allah sangat menyintai hamba-hambaNya yang bila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan bersungguh-sungguh. Allah mengurniakan keikhlasan dan memberi kekuatan kepada kita dalam kerjaya kita adalah hasil daripada ketekunan dan kebergantungan kita padaNya. Itulah prinsip yang saya pegang dan saya tidak akan berputus asa dalam usaha meletakkan penampilan syariah di tempat paling tinggi.

Kerjaya adalah sebahagian besar daripada kehidupan kita. Ia pastinya banyak menyumbang kepada kegembiraan dan kepuasan diri kita. Apa yang lebih menggembirakan selain daripada bangun pagi dan memulakan kehidupan di pagi hari dengan melakukan pekerjaan yang sangat kita cintai, apatah lagi pekerjaan itu yang saya amat harapkan untuk menagih redha Allah swt. Pekerjaan yang saya impikan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan mendapat sokongan daripada insan-insan yang dikasihi. Saya juga yakin bahawa Allah meletakkan diri saya dalam kerjaya ini bukan kerana kebetulan dan minat saya semata-mata, tetapi kerana Allah miliki perancangan yang sempurna dan Dia mengetahui setakat mana kemampuan kita dan apa yang ada dalam hati kita. Allah tidak akan membebankan kita dengan pekerjaan yang kita tidak mampu, dan Allah juga yang mengetahui setakat mana bakat dan kemampuan kita walaupun diri kita sendiri mungkin tidak pernah menyedari dan terfikir pun. Allah yang menghadirkan rasa minat dan cinta saya kepada kerjaya ini, menganugerahkan saya kemampuan melakukan pekerjaan ini seterusnya melorongkan jalan dan menemukan saya dengan insan-insan yang tepat dalam usaha saya. Maka sewajarnya saya mensyukuri pemberianNya dengan sifat amanah dan bertanggungjawab serta tidak mensia-siakan segala peluang yang diberikanNya ini untuk jalan kebaikan.

Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan hayat kita juga hanya menanti untuk berakhir. Pastikan kerjaya kita mampu memberi kesan kepada masyarakat. Berazamlah agar kewujudan kita yang sementara di dunia ini mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan mampu juga menjadi menjadi saham untuk kita nikmati di dunia yang kekal di sana nanti. Sumbangan kita tidak semestinya besar, sumbangan yang kecil pun mampu memberi kesan yang besar apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh, konsisten, ikhlas dan penuh dengan iltizam untuk mencapai perubahan.

Saya kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil ketika temuramah dan rakaman aktiviti oleh krew Rancangan Safiyyah TV9 baru-baru ini, semoga perkongsian ini mampu memberikan inspirasi kepada muslimah di luar sana terutama kepada mereka yang mula mahu membina kerjaya agar meletakkan niat dan prinsip yang betul dalam mendasari perjuangan dan kerjaya kita.

IMG-20150827-WA0067

IMG-20150827-WA0055

IMG-20150827-WA0056

IMG-20150827-WA0037

IMG-20150827-WA0038

IMG-20150827-WA0027

IMG-20150827-WA0032

IMG-20150827-WA0047 IMG-20150827-WA0048IMG-20150827-WA0068 20150827_122321 Kerjaya Perunding Imej Dan Warna

 

 

Saturday, August 29th, 2015August 29, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *