Grooming For Professional – Tim Perunding Imej Muslimah dijemput mengendalikan Program Finishing School : Grooming For Professional pada 10 April 2019 bersama 28 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM Shah Alam.
Program Grooming For Professional untuk pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu mengenai tatacara penampilan diri, komunikasi dan adab serta tingkah-laku profesional sebagai persediaan para pelajar untuk membentuk personaliti yang profesional.
Kemahiran yang sangat penting ini diperlukan untuk para graduan bagi memasarkan diri mereka agar relevan dan kompetitif untuk memasuki alam pekerjaan dan perniagaan kelak. Kami memberikan pendedahan tentang dunia realiti pekerjaan di luar sana di mana ketrampilan personaliti, komunikasi dan adab adalah pakej diri yang diperlukan dan perkara yang kritikal selain daripada kelayakan akademik yang cemerlang dalam membina masa hadapan kerjaya.
Walaupun ramai yang percaya kepada pepatah ‘don’t judge a book by it’s cover’ atau ‘people should not judge us by our outer appearance’, namun realitinya dan hakikatnya, dalam sedar ataupun, kajian menunjukkan luaran imej diri kita tetap dinilai dalam masa 7 saat pertama sesuatu pertemuan. 7 saat pertama adalah saat-saat penting dan kritikal dalam sesuatu pertemuan. Dalam masa 7 saat pertama inilah, pandangan atau pendapat seseorang pada diri kita boleh dinilai dengan hanya melihat cara kita berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi kerana ia mampu menonjolkan tahap keyakinan, kepercayaan, tahap kejayaan, keupayaan kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan sebagainya.
Sayangnya, ada ramai graduan di luar sana yang masih kurang serius memikirkan tentang penampilan dan imej diri sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah mencari pekerjaan. Malah ada juga yang langsung tidak memikirkan bagaimana pendapat majikan dan orang lain tentang diri mereka.
Program Grooming For Professional ini turut menekankan mengenai persediaan membentuk jenama diri yang mantap dalam rangka membina kerjaya atau perniagaan. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan orang lain dan masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan, rakan sekerja dan pelanggan.
Bagi graduan yang sedang mencari kerja atau sedang menaiki tangga korporat membina kerjaya, amat penting untuk mereka merancang dan membangunkan jenama diri dengan personaliti yang positif dan profesional.
Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain.
Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kelebihan dan kepakaran yang cemerlang dan melebihi calon lain, sesuatu yang akan membuat anda menonjol daripada orang yang lain. Jadilah berbeza !
Dalam kursus ini para peserta dapat memahami apakah perbezaan nilai personal diri dan nilai profesional kerjaya yang dipilih. Mereka juga perlu menetapkan bagaimana personaliti yang akan mereka bentuk dan bangunkan dalam diri mereka yang bersesuaian dengan nilai profesional kerjaya. Inilah masanya untuk para graduan mula berfikir secara serius tentang masa depan kerjaya mereka dengan mula menambahkan ilmu dan kemahiran dalam membentuk personaliti dan imej yang cemerlang.
Apa kata peserta yang hadir mengenai Program Grooming For Professional ini :
-
- Program yang seronok dan cara penyampaian yang sangat hebat – Nur Najwa Binti Mohd Zahidi – Pelajar
- Penyampaian jelas dan padat – Izzat Danial – Pelajar
- Penceramah sangat ceria dan program sangat bernas – Nurul Amira – Pelajar
- Penyampaian kursus ini efektif dan berkesan – Liyana Irdina Binti Kamarudin – Pelajar
- Penceramah bagus, mudah didekati dan berkaliber – Muhammad Nur Azamuddin – Pelajar
- Pengisian jelas dan lengkap – Muhamad Noriman – Pelajar
- Sangat baik, penyampaian yang berkesan – Siti Ainun Fadzlatte – Pelajar
- Penyampaian menarik – Siti Farhanida Binti Suzari – Pelajar
- Bagus – Azizan – Pelajar
- Terbaik – Adib Zaki Bin Zulkafli – Pelajar
- Sangat baik – Nurul Athirah Binti Mohd Kosim – Pelajar
- Seronok! – Nur Shuhada Binti Abdullah – Pelajar
- Sangat bagus – Farid Hazwan Bin Azmi – Pelajar
- Terbaik – M. Syukri Hakim B. Nur Muhamad – Pelajar
- Bagus – Muhammad Azamuddeen – Pelajar
Anda berminat untuk mengadakan Program Grooming For Professional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci program ini beserta sebutharga!