Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Pada 25 Mei 2022
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia berjaya menjalankan Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 25 Mei 2022. Terima kasih kepada pihak anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kerana telah melantik Tim Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan ini. Kursus ini berjaya dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan XSplit Broadcaster. Kursus yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 194 orang penjawat awam dari sekitar Negeri Sabah iaitu dari Majlis Perbandaran Tawau, Unit Komunikasi Korporat Pejabat Perikanan Beaufort, Jabatan Perhutanan Sabah, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Tanah Dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Ranau, Lembaga Sukan Sabah, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Jabatan Bendahari, Jabatan Hidupan Liar, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Air Negeri Sabah, Unit Pengurusan Rekod, Latihan dan Peperiksaan, Perpustakaan Negeri Sabah, Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah, Pejabat Daerah Sipitang dan Koperasi Pembangunan Desa.
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Objektif utama Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan adalah untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan selama satu hari ini ialah:
- Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
- Modul 2: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 3: Strategi Perkhidmatan Pelanggan Dan Pelan Tindakan Berkesan
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan ini:
- Dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi pelanggan yang bermasalah. – Mohd. Aizat Bin Amran – Jabatan Bendahari
- Penyampaian penceramah sangat jelas dan mudah difahami dalam menyampaikan maklumat/kursus yang dibentangkan dan program ini juga membantu meningkatkan, memantapkan lagi komunikasi dan perkhidmatan kepada pelanggan – Arnold Max Victor- Jabatan Air Negeri Sabah
- Secara keseluruhannya, semua penceramah memberi ilmu tambahan yang menarik. – Nurain Shafiqah Binti Said – Unit Komunikasi Korporat
- Pendapat saya keseluruhan program ini amat baik dan sangat membina… seperti masa pembelajaran dia tidak cukup kerana mahu lebih lagi. banyak aktiviti yang di berikan dan input sehingga tidak sedar masa berlalu. – Rozisah Binti Brono – Jabatan Perkhidmatan Am Kebajikan Am
- Penceramah dan program yang terbaik. – Norfazirah binti Jeffry – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Secara keseluruhannya , program ini sangat bermanfaat , banyak ilmu ilmu baru yang dapat dipelajari sepanjang program dilaksanakan. Terima kasih pihak INSAN atas penganjuran yang cemerlang. – Muhammad Faiz Bin Masnan – Unit Pengurusan Rekod, Latihan dan Peperiksaan
- Cara penyampaian penceramah adalah terbaik dengan isi-isi yang padat dan bermanfaat – Mohd Fadili Bin Mohd Ali – Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
- Memberi penjelasan dengan mudah sekali untuk di fahami dan sangat baik- Sharifah Roziah Binti Perais – Jabatan Kerja Raya
- Pendapat saya,saya sangat berpuas hati dengan motivasi dan dorongan yang diberikan kerana dengan perkongsian ini saya lebih bersemangat. – Cornelia Binti Joseph – Jabatan Kerja Raya
- Berinovasi dan berkaliber – Khairunnisa Binti Emran – Pejabat Daerah Sipitang
- Sangat sporting dan mudah untuk berinteraksi – Nadiah Binti Kassim – Pejabat Perikanan Beaufort
- Sangat baik – Yuliani binti Bang Bang Ardiansjah – Jabatan perhutanan Sabah
- Baik – Mohd Zikry Syazwan Bin Rosli – Kementerian Belia Dan Sukan Sabah
- Baik – Azwan Bin Kassim- Kementerian Belia Dan Sukan Sabah
- Terbaik. – Razif Bin Rafdin – Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
- Sangat baik dan mudah faham- Jasinah Binti Jakaria – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Penyampaian yang baik – Elfera Elyanna Alphonsus Mali – Jabatan Kerja Raya
- Sangat seronok , menceriakan dan tidak bosan – Masdizasharmy Binti Duyuk – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Baik – Chin Tze Ting – Jabatan Perhutanan Sabah
- Terbaik – Celine Juin@Pius – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Sangat baik – Tuniah Binti Gosong – Pejabat Daerah Ranau
- Terbaik – Brendan John J Jimeleh – Lembaga Sukan Sabah
- Sangat sesuai – Celestina Poudi – Kementerian Pembangunan Perindustrian
- Sangat proaktif dan mesra – Nor Eflyza Binti Rupa’a@Farizul – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Sangat terbaik – Siti NoorSufikah binti Tablighe – Jabatan Kerja Raya
- Bersemangat – Farah Jane Benedick – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Terbaik. Penuh semangat. – Muhammad Supandy Bin Alam – Jabatan perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
- Sangat baik dan mudah difahami – Esther Swimin – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Baik – Ainie Binti Podoro – Korporasi Pembangunan Desa
- Terbaik mudah faham – Alwie Mudzaffar Bin Abd Salim – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Lebih mendalam dan banyak infomasi yang menarik. – Anndrysent Hedeon Chong – Jabatan Hidupan Liar
- Sangat memuaskan – Azizur Bin Satong – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat
- Sangat baik – Scholastica Lawrence – Lemabaga Sukan Sabah
- Sangat memuaskan – Daryl Igy J. Unggui – Jabatan Bendahari
- Pada keseluruhannya semua penyampaian penceramah mudah difahami. – Helena Jimmy – Jabatan Pengairan Dan Saliran, Keningau
- Terbaik. – Elister Dolores – Lembaga Sukan Sabah
- Terbaik- Rosneh Binti Ahmad – Pejabat Daerah Tuaran
- Memuaskan – Foo Set Phin – Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
- Sangat bagus – Irene binti Anthony- Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap
- Terbaik – Kamarularifin Bin Abdullah- Jabatan Perkhidmatan Veterinar
- Terbaik – Mohd Noh Bin Andil@Abu Bakar- Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat
- Terbaik – Imran bin Moksin – Kaunter Khidmat Pelanggan Dan Pertanyaan
- Informatif & banyak input diperolehi. – Jacquline Justinus Angian – Perpustakaan Negeri Sabah
- Amat baik – Jakiy Tayan – Perpustakaan Negeri Sabah
- Terbaik – Muhammad Shanaz Bin Gou Rahman – Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah
- Sesuai – Jeffry Bin Omarali – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat
- Terbaik dan jelas – Erdius Eustachius – Jabatan Tanah Dan Ukur
- Baik – Atiqah Binti Mohd Hiul – Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Anda berminat untuk mengadakan Webinar Pemantapan Pengurusan Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.