Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Anjuran Hospital Serdang Pada 10 November 2021

Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Anjuran Hospital Serdang Pada 10 November 2021.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Hospital Serdang untuk mengendalikan Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super selama satu hari secara bersemuka bertempat di Auditorium, Aras 3, Hospital Serdang. Seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai unit dan bahagian di hospital Serdang.

Anggota kesihatan adalah mereka yang turun ke padang bertemu komuniti untuk menyampaikan maklumat kesihatan. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku risiko terhadap kesihatan komuniti. Mampukah komunikasi mengubah tingkahlaku manusia? Makusd yang sama, apabila disampaikan dengan cara berbeza, akan memberi kesan tindak balas dan perlakuan yang berbeza. Kata-kata mempunyai kuasa yang dapat mempengaruhi orang lain, seterusnya mengubah minda dan tingkahlaku apabila diungkapkan dengan betul Minda manusia bertindak dengan apa yang disampaikan. Apabila maklumat diterima dengan jelas, maka fizikal akan bertindak dengan pantas.

 

Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Penceramah menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas. Program ini telah memberikan impak yang berbeza kepada cara berfikir dan sikap,” – Nursyahiera Izzaty Binti Ramlan – Jururawat KKM
Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Program yang sangat bagus dan memberi ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai komunikasi berkesan,” – Nur Diana Nauli Binti Baharin – Jururawat MOPD

 

Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Program dan isi ceramah banyak membantu dari segi ilmu dalam cara berkomunikasi dengan pelanggan,” – Fredrick – Pembantu Kesihatan Awam UKA

Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kualiti komunikasi dalam perkhidmatan mereka secara profesional yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Objektif utama kursus perwatakan unggul komunikasi super adalah untuk mendedahkan teknik bagaimana para peserta, yang terdiri daripada anggota kesihatan, mampu berkomunikasi dengan baik dan profesional dengan pelanggan mereka (komuniti), rakan sekerja, orang atasan dan sesiapa sahaja dalam misi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Modul-modul komunikasi pelanggan yang disampaikan dalam kursus ini adalah bagi tujuan menajamkan kemahiran komunikasi mereka berhadapan dengan pelanggan dan komuniti, seterusnya mampu mendidik dan mempengaruhi komuniti dengan maklumat kesihatan yang berkesan.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam ini Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super ini adalah seperti berikut:

  • Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
  • Modul 2: Sikap dan Psikologi Pelanggan dan Jangkaan Pelanggan
  • Modul 3: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
  • Modul 4: Sistem dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan

Sekalung penghargaan kepada Unit Psikologi Kaunseling, Bahagian Pengurusan Hospital Serdang di atas jemputan dan peluang kepada kami untuk mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas penyertaan dan komitmen yang luar biasa sepanjang kursus ini.

Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Sangat menarik dan meningkatkan ilmu berkaitan cara berkomunikasi,”– Rohayu Binti Musa -Jururawat Hospital Serdang
Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Penceramah yang responsif dan seorang yang berpengalaman ketika berbincang dalam sesuatu isu yang ditanya,” – Ainur Izzati Binti Hamsan – Penolong Akauntan Unit Kewangan

Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian dalam Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga input yang diperolehi mampu memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan para peserta yang hadir, untuk lebih mantap dan terus komited dengan tugasan yang telah diamanahkan. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super ini:

1. Excellent – Nik Fazlinda Binti Nik Zulkarnain – Pembantu Pembedahan Pergigian Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial
2.Penceramah menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas. Program ini telah memberikan impak yang berbeza kepada cara berfikir dan sikap – Nursyahiera Izzaty Binti Ramlan – Jururawat KKM
3.Program yang sangat bagus dan memberi ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai komunikasi berkesan – Nur Diana Nauli Binti Baharin – Jururawat MOPD
4.Program dan isi ceramah banyak membantu dari segi ilmu dalam cara berkomunikasi dengan pelanggan – Fredrick – Pembantu Kesihatan Awam UKA
5.Sangat menarik dan meningkatkan ilmu berkaitan cara berkomunikasi – Rohayu Binti Musa -Jururawat Hospital Serdang
6.Seorang penceramah yang responsif dan seorang yang berpengalaman ketika berbincang dalam sesuatu isu yang ditanya – Ainur Izzati Binti Hamsan – Penolong Akauntan Unit Kewangan
7.Intipati program sangat jelas dan berkesan – Che Khairun Alyaa Binti Che Khazahri – Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi
8.Bagus dan dapat memberi motivasi kepada semua – Wan Nurul Syuhadah Binti Wan Mahzir – PPF Hospital Serdang.
9.Penceramah yang sangat bersemangat, teruskan – Sekin Lek – Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Jabatan Dietari dan sajian
10. Menarik dan penerangan jelas – Noor Zazalina Juraid – Penolong Jurutera
11.Best, program ini boleh diteruskan lagi – Rodiah Wahab – DSA Bedah Mulut, Hospital Serdang
12.Baik, menarik – Nur Najwa – Pegawai Perubatan Oftalmologi
13.Sangat Bagus UTK – Suhaina Binti Supaimi – PPTM ITD Hospital Serdang
14.Sangat baik – Roslinda Misnon – Ketua Jururawat Pediatrik
15.Sangat baik – Suriani Mohamad – Jururawat
16.Sangat baik – Nurfazila – Jururawat peadotrik
17.Good – Dahresini – Fisio Rehab
18.Terbaik – Sharifah Sabrina – JM Kejururawatan
19.Syabas! – Siah Pek Jia – Pegawai Dietetik
20.Nice dan beautiful – Nurhidayah – Jururawat Unit OSH
21.Bagus – Aqilah Binti Abdul Razak – Pegawai Perubatan ENT
22.Sangat baik – Salha Binti Akash – Pembantu Operasi Pentadbiran dan Pembangunan
23.Bagus – Amir Aiman Bin Kamarudin – Pegawai Perubatan AM
24.Penyampaian yang baik – Roziawati – Penolong Pegawai Farmasi
25.Baik – Yulhafizy Bin Che Yahya – Jabatan Pergigian
26.Sangat tenang, ceria – Nurul Muhsyinah Binti Apandi – Pembantu Tadbir Unit Kewangan
27.Sangat baik dan positif– Nurshafiza Azira Binti Saari – Jururawat Pembedahan AM
Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Intipati program sangat jelas dan berkesan – Che Khairun Alyaa Binti Che Khazahri,” – Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi
Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super Awaken Training & Consultancy SDN BHD
“Bagus dan dapat memberi motivasi kepada semua,” – Wan Nurul Syuhadah Binti Wan Mahzir – PPF Hospital Serdang.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perwatakan Unggul Komunikasi Super ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 11th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments