Kursus Persembahan Berimpak Tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka pada 20 – 21 April 2021.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia berjaya mengendalikan Kursus Persembahan Berimpak Tinggi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka selama 2 hari secara dalam talian. Terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini. Kursus ini berjaya dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh 12 orang kakitangan DBP yang terpilih. Mereka terdiri daripada Perancang Bahasa, Penolong Perancang Bahasa, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pustakawan.
Keberkesanan dalam persembahan pengucapan awam berimpak tinggi adalah terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.
Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik dan terpengaruh dengan ucapan yang disampaikan, maka amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik persembahan pengucapan awam yang berkesan. Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam dengan berkesan agar para peserta dapat memperhebatkan teknik persembahna pengucapan awam dan komunikasi mereka selepas tamat kursus ini.
Objektif Kursus Persembahan Berimpak Tinggi ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik STAND, teknik pengeluaran suara yang berpengaruh, teknik copywriting dalam menyusun konten pengucapan serta teknik NLP dengan menggunakan audio, visual dan penggunaan props. Kursus ini juga turut memberikan kemahiran dalam adab dan etika berkomunikasi dengan public ketika menjadi duta organisasi/bercakap mewakili organisasi (spokesperson) agar dapat memberikan persepsi yang tepat kepada orang ramai mengenai misi, visi dan jenama organisasi seterusnya mampu melonjakkan reputasi dan imej baik organisasi.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Menyampaikan Ucapan: Seni Bicara
- Modul 2: Teknik Merangka Peta Presentasi (Menyusun konten)
- Modul 3: Seni Vokal dan Aplikasi Teknik NLP
- Modul 4: Power Slides Presentation
Besar harapan kami agar ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu meningkatkan kualiti kerja setiap peserta yang menyertai kusus ini. Kami amat menghargai sambutan baik yang diberikan oleh para peserta dan kami yakin bahawa setiap daripada mereka mempunyai kesungguhan dan semangat yang tinggi dalam menggunakan peluang menimba ilmu bagi menambahbaik nilai tugasan dan sumbangan kepada organisasi demi menyempurnakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Semoga para peserta terus komited dengan tugasan yang telah diamanahkan dan memperolehi sebaik-baik keberkatan dariNya, in sha Allah.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Persembahan Berimpak Tinggi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ini:
- Secara keseluruhannya penceramah berjaya menimbulkan tarikan kepada peserta bengkel untuk mendengar setiap topik kursus. Beliau juga dapat menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh peserta secara terperinci – Naimah Binti Yusof – Perancang Bahasa/S48
- Penceramah sangat bertenaga, bersemangat, fokus, seakan akan beliau memandang saya seperti saya berada di hadapan – Chavalit A/L Tat Wi – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/FA29
- Menarik dan mampu meningkatkan kemahiran saya untuk pengucapan awam – Muhammad Haziq Bin Zakaria – Perancang Bahasa/ S41
- Persembahan penceramah baik dan mudah faham – Hafizul Bin Osman – Perancang Bahasa/S41
- Bagus – Yusaida Binti Yusof – Perancang Bahasa/S44
- Baik – Azimin Bin Daud – Perancang Bahasa/S41
- Ceria dan responsif – Mohd Rizal Bin Mohd Ali – Pembantu Tadbir/N22 (TBK)
- Baik, teruskan kecemerlangan – Sharizul Bin Razli – Perancang Bahasa
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Persembahan Berimpak Tinggi ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!