Kursus Pengucapan Awam: Ketrampilan Bertutur Profesional

Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan. Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam serta ketrampilan bertutur yang berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan ketrampilan bertutur mereka selepas tamat kursus ini.

 

OBJEKTIF

Kursus pengucapan awam dan ketrampilan bertutur profesional ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik SENI BICARA, teknik STAND, teknik ketrampilan penampilan dan posture tubuh, teknik vokal yang mantap dan berpengaruh dan teknik copywriting dalam konten pengucapan serta teknik NLP.

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kursus ini akan dijayakan melalui ceramah pendek, tayangan video, latihan dalam kumpulan dan individu, dan dalam kebanyakan masa, peserta akan terus mengaplikasikan segala teknik dan kemahiran yang disampaikan agar mereka mempelajari dan memahami kemahiran tersebut dan dapat dipraktikkan terus dalam kerjaya mereka selepas kursus berakhir.

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1 : Menyampaikan Ucapan : Kuasa ‘First Impression’
  • Modul 2 : Seni Vokal Dan Fonetiks
  • Modul 3 : Seni Bicara
  • Modul 4 : Mewujudkan Peta Presentasi (Konten)
  • Modul 5 : Teknik Empat Penjuru
  • Modul 6 : Powerful Power Slide Presentation
  • Modul 7: Kuasa Penampilan Berkarisma
  • Modul 8: Pengaruh Warna Dan Gaya Personaliti Diri Ketika Memberi Ucapan
  • Modul 9 : Sesi Pembentangan dan Penilaian

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Kursus Ketrampilan Bertutur & Komunikasi Profesional, JPBD Negeri Sembilan, 25 Julai 2017

kursus pengucapan awam

 

High Impact Presentation Skill, JKNNS, 24 – 25 Mei 2017

kursus pengucapan awam

 

Bengkel Pengucapan Awam: Seni Dan Gaya Pembentang Hebat, MSN, 6-8 September 2016

kursus pengucapan awam

 

Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam, KKM , 17 – 19 November 2016

Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam | KKM | 17 - 19 November 2016

 

High Impact Presentation Skill, BTP, 19 – 21 Mei 2015

kursus pengucapan awam

 

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification