Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini telah berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 Julai 2019. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijmput oleh Little Caliphs International Sdn Bhd untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Pejabat Little Caliphs International Sdn Bhd., Shah Alam, Selangor. Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada pegawai eksekutif, pengurus, pengetua dan staff dari Little Caliphs International Sdn Bhd tersebut berkumpul di sini selama 2 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini.
NLP adalah merupakan satu kaedah untuk memahami bagaimana minda beroperasi dan kemudiannya mempengaruhi tingkah laku dan prestasi seseorang. Dengan meneliti dan meneroka ke dalam gaya berfikir, para pengkaji NLP telah menyusun dan menstruktur kaedah-kaedah yang berkait tentang pemikiran dan tingkah laku. NLP adalah satu model yang unik bagaimana manusia belajar, memotivasikan diri mereka dan mengubah perlakuan untuk mencapai kecemerlangan dalam sebarang bidang. Ada sesetengah kelompok yang menganggap ianya sebagai salah satu cadang psikologi gunaan, walaupun NLP tidak melalui proses akademik yang ketat. Setakat ini, ada bermacam definisi yang diberikan oleh pengasas dan penyumbang NLP.
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Secara ringkasnya, NLP boleh difahami dengan mendefinisikan perkataan-perkataan yang membentuk NLP, iaitu Neuro: Berkait tentang sistem minda-tubuh dan bagaimana ia berfungsi. Ia juga berkait dengan keadaan minda dan fisiologi seseorang. Ia juga boleh dfahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Linguistic: Bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza. Programming: Corak pemikiran dan gaya kita melihat dan memberikan respon terhadap sesuatu. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan mungkin dapat mengulanginya semula.
NLP membolehkan kita mencontohi atau model, atau meniru kecemerlangan manusia dalam berbagai bentuk. Dengan NLP kita dapat mengenal pasti apa yang membuatkan seseorang itu amat berkebolehan atau berkemahiran dan mendapatkan kebolehan tersebut untuk diri sendiri atau mengajarnya kepada orang lain. NLP dapat membantu kita menjadi mahir dalam apa jua yang penting kepada kita, samada ianya mengenai hubungan dengan keluarga ataupun rakan sekerja ataupun untuk menjadi lebih efektif di tempat kerja. NLP amat berguna dimana sahaja kemahiran komunikasi manusia boleh menyerlahkan hasil dalam pemiagaan, pengurusan, pendidikan, kaunseling, rawatan atau terapi, hubungan, keibu-bapaan, pengucapan “awam dan penyampaian, penjagaan rawatan, penyertaan sukan dan berbagai bidang lagi.
NLP membolebkan seorang terapis mengubah impak masa silam ke atas seorang kliennya, seorang guru mengubah pelajar yang tidak dapat mengeja dengan baik. seorang ahli pemiagaan usahawan dapat membina serta meningkatkan hubungan (rapport) tidak lisan serta mengendalikan mesyuarat lebih efektif. ahli sukan dapat meningkatkan konsentrasi dan banyak lagi. Sekalipun NLP boleh digunakan sebagai kaedah terapi namun aplikasinya adalah lebih meluas. Walaupun digunakan sebagai kaedah terapi. secara asasnya ia adalah satu proses yang mengajar kita bagaimana menggunakan otak kita. Kebanyakan terapi adalah remedi atau pemulihan yang ditujukan kepada menyelesaikan masalah dari masa silam. NLP pergi lebih jauh dengan mengkaji kecemerlangan dan mengajar kemahiran yang memupuk perubahan positif bagi menjana kemungkinan dan peluang baru.
Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah. Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkahlaku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Semoga Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi. Semoga segala input dan kandungan kursus yang disampaikan jelas dan boleh dipraktikan oleh peserta untuk memastikan sistem khidmat pelanggan menjadi lebih lancar dan sistematik. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini :
- MashaAllah kursus ini banyak membantu menyedarkan yang banyak perkara boleh diubah dan memandang tinggi dengan kerja – Nur Fadzrillah Mazlan – Pengurus
- Sangat menarik, menyampaikan maklumat dengan kreatif dan sampai ke hati dan minda – Syazwani – IT executive
- Sangat energetic dan bagus – Radzilah Ramli – Principal
- NLP: Excellent. Customer Service: Very Good – Fatimah Az-Zahra – Executive
- Menarik and set a lot of new knowledges. Need to attend again – Nurul Azirah – Principal
- Very knowledge, very attractive, funny and many more – Mumtazz – Manager
- Sangat baik dan bermanfaat – Muhammad Nurhakim bin Mohd Deris
- Terbaik!!! – Aiza Izyani – Location Executive
- Thank you for the knowledge. – Nurshalina Rani – Executive
- Good presenter – Noraida Zakaria
- Sangat baik. – Aksrina Aksah – Account executive
- Bagus, the best. – Najwa Nawaddah Zainal – Suria Executive
- Interaktif – Syahirah – HR
- Ecellent! – Nurjiehan Mohamad Nor – Executive
- Best, maklumat tepat dan tidak bosan – Adlin – Principal
- Program ini difahami iaitu untuk menangi hati manusia dengan human touch – Aizat – Merchandise
- 5 stars – Muhamad Fitri – Merchandise store
- Good – Mohd Arif Shah bin Abu Bakri – Executive maps
- Ilmu ini sangat menarik dan penyampaian sangat bersahaja. Cuma ilmu ini sangat besar skop dan mungkin memerlukan fokus / tambahan / kesinambungan – Zarina Mohd Tahir – Principal
- Good, bijak attract audience – Nur Atirah Syazwani Sorkawi – Executive Merchandise
- Bagus – Atiqi – Executive
- Very energetic, very informative – Nur Ashikin – Principal
- Sangat bersemangat – Adika Khalid – Executive
- A++ – Mohd Azly bin Kadir – Executive
- Energetic, lot of knowledge – Nur Iza Deliana Razali – Principal
- Good – Nur Amalina binti Rupawon – Carta executive
- So cool – Rafidah bt Basar – Executive
- 5 stars – Nur Zakirah binti Ahmad Jailani – CEO office
- Bagus – Nurul Syafiqah – Event executive
- Terbaik – Muhammad Noor Aiman bin Noor Azlan – Executive
- Best – Nurul Fatin Zainudin – Executive
- Kursus ini menarik – Nur Aina – Carta
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dengan Teknik NLP ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!