Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan MOTAC – Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia pada 1 Julai 2020.
Perunding Imej Malaysia amat berbesar hati apabila dilantik sebagai konsultan pertama yang mengendalikan kursus online kepada warga kerja Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 1 Julai baru-baru ini.
Terima kasih kepada Bahagian Latihan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) di atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan MOTAC ini bersama dengan 26 peserta dari seluruh Malaysia.
Platform online conferencing Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan ini adalah menggunakan aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster live streaming.
Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan MOTAC ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, sama ada secara bersemuka iaitu ketika pelanggan datang berurusan di kaunter atau pejabat, dan secara atas talian iaitu apabila berurusan dan berkomunikasi dengan pelanggan melalui whats app, telefon, facebook dan lain-lain media sosial.
Kursus ini juga turut memberikan ilmu dan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dalaman iaitu bos dan rakan sekerja, bagi memastikan suasana bekerja sentiasa dalam keadaan yang harmoni seterusnya mampu memaksimakan produktiviti dan keuntungan organisasi.
Ilmu yang disampaikan meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan MOTAC ini juga antaranya turut mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Kejayaan dan reputasi sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek yang dipersembahkan oleh setiap pekerja kepada pelanggan iaitu aspek komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, aspek penampilan dan tingkah-laku pekerja, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi.
Melalui Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan MOTAC ini para peserta akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Semoga kursus ini memberi semangat dan azam baru kepada setiap peserta, serta dapat memantapkan lagi ilmu dan keterampilan serta profesionalisme diri untuk menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta dan keseluruhan pasukan warga kerja Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia.
Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta mengenai Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan MOTAC ini :
- Sangat berpuashati dan amat dicadangkan untuk memberi kursus ini kepada semua kakitangan Tourism Malaysia tidak kira apa jua jawatan – Siti Salmah Binti Azman – Pegawai Pelancongan
- Sempurna – Muhamad Taufiq A Jalil – Penolong Jurutera
- Penerangan bagi setiap tajuk sangat-sangat jelas, contoh yang diberikan memang kena dengan kerja saya – Noor Farneviza Abu Bakar – Pembantu Muzium TBBK
- Memberi maklumat dengan baik dan mudah difahami serta sangat memberi kerjasama kepada peserta – Mohd Haneff b Abd Manan – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22
- Awesome! – Latifah bin Ismail – Timbalan Pengarah
- Penceramah amat berpengalaman dan program ini berguna untuk semua yang terlibat berhadapan dengan pelanggan – Mohamad Fahmi bin Che Mit – Pegawai Kebudayaan B38
- Sangat bagus dan sangat memberansangkan cuma masa agak terhad oleh kerana tajuk atau topik terlalu byk untuk dihabiskan dalam masa 6 jam – Siti Intan Safina Bt Mohamed Saji @ Atan – Pegawai Pelancongan
- Perkara yang disampaikan jelas, mudah difahami dan dalam masa yang sama seorang yang kelakar dan peserta rasa seronok ketika berkursus ?? – Adeeba Noor Binti Anuar – Pembantu Tadbir / Penyambut Tetamu
- Sangat Cemerlang dan cara penyampaian yang efektif – Hafizuddin bin Mohd Daud – Pembantu Tadbir
- Penceramah menyampaikan secara bersahaja dan menghiburkan yang membuatkan peserta berasa tidak mengantuk – Khairul Barriah binti Abu Bakar – Pembantu Tadbir
- Sangat bertenaga, kelakar dan infomatif – Zeqhty Nattrah binti Ramli – pegawai kebudayaan
- Terbaik – Nurul fatin binti Abdullah – Pembantu setiausaha pejabat
- Bagus – Aizurani binti mohd – ptpo
- Bagus – Azlina binti Abd. Satar – Pembantu Tadbir
- Baik – Noorhidaya binti Jamal – Setiausaha Pejabat
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!