Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd Pada 11 – 12 Jun 2020.
Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan atas talian, Perunding Imej Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan atas talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan atas talian.
Dalam pada itu, Perunding Imej Malaysia turut memahami bahawa impak cabaran ini turut akan terkesan ke atas sektor perkhidmatan yang mana segala proses komunikasi pelanggan serta sistem dan suasana semasa berurusan tidak dapat lari daripada tempiasan tuntutan sistem berasaskan digital dan atas talian. Maka modul perkhidmatan pelanggan yang kami sampaikan ini antaranya termasuklah bagaimana para pekerja berhadapan dengan cabaran perkhidmatan pelanggan secara digital dan teknik berkomunikasi dan berurusan secara profesional di atas talian. Dalam Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan ini kami telah menyampaikan modul-modul perkhidmatan pelanggan yang telah disesuaikan dengan isu dan cabaran semasa.
Pada 11 – 12 Jun 2020, Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan selama 2 hari secara atas talian. Kursus ini disampaikan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster live streaming.
Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja syarikat ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, sama ada secara bersemuka iaitu ketika pelanggan datang ke kedai, dan secara atas talian iaitu apabila berurusan dan berkomunikasi dengan pelanggan melalui whats app, telefon, facebook dan lain-lain media sosial.
Kursus ini juga turut memberikan ilmu dan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dalaman iaitu bos dan rakan sekerja, bagi memastikan suasana bekerja sentiasa dalam keadaan yang harmoni seterusnya mampu memaksimakan produktiviti dan keuntungan syarikat.
Ilmu yang disampaikan meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan ini juga antaranya turut mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Kejayaan dan keuntungan syarikat banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek yang dipersembahkan oleh setiap pekerja syarikat kepada pelanggan iaitu aspek komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, aspek penampilan dan tingkah-laku pekerja, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi syarikat.
Melalui Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan ini para pekerja syarikat akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Semoga kursus ini memberi semangat dan azam baru kepada setiap peserta, serta dapat memantapkan lagi ilmu dan keterampilan serta profesionalisme diri untuk menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta dan keseluruhan pasukan kerja Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Dan Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!