Kursus Online Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Berkualiti pada 23 – 24 Februari 2021.
Alhamdulillah berjalan lancar 2 hari Kursus Online Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Berkualiti anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat Dan Inovasi Pejabat Pendaftar UMT (PPBI). Kursus ini disampaikan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster live streaming.
Para peserta yang terdiri daripada seluruh kakitangan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT di samping beberapa orang kakitangan dari pelbagai jabatan di Universiti Malaysia Terengganu UMT mengikuti kursus ini dari pejabat masing-masing dan bagi yang bekerja dari rumah (WFH) pula mengikutinya dari rumah masing-masing, manakala Tim Perunding Imej Malaysia pula bersiaran dari studio kami di Kelana Centre Point, Petaling Jaya, Selangor.
Kejayaan dan kecemerlangan organisai banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek yang dipersembahkan oleh setiap pekerja syarikat kepada pelanggan iaitu aspek komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, aspek penampilan dan tingkah-laku pekerja, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus Online Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Berkualiti ini juga antaranya turut mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Kursus Online Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Berkualiti ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para kakitangan ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, sama ada secara bersemuka iaitu ketika pelanggan datang ke perpustakaan dan ke pejabat, dan secara dalam talian iaitu apabila berurusan dan berkomunikasi dengan pelanggan melalui whats app, telefon, facebook dan lain-lain media sosial.
Kursus ini juga turut memberikan ilmu dan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dalaman iaitu bos dan rakan sekerja, bagi memastikan suasana bekerja sentiasa dalam keadaan yang harmoni seterusnya mampu memaksimakan produktiviti dan objektif organisasi.
Ilmu yang disampaikan meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Terima kasih kepada Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) dan Pusat Pembangunan Bakat Dan Inovasi Pejabat Pendaftar UMT (PPBI) Universiti Malaysia Terengganu di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama dua hari ini.
Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada semua peserta, semoga segala input selama dua hari ini in sha Allah mampu memberi inspirasi dan motivasi untuk terus tekun berbakti dan menyebarkan kebaikan melalui amanah dan tanggungjawab yang digalas.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Online Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Berkualiti ini :
1. Recommended. Cemerlang – Irwan Che Ayob – Pen. Peg. Tek. Maklumat F29 PPPTK UMT
2. Penyampaian kursus sangat hebat Walaupun Secara Maya – Muhamad Haizan Bin Zakari – S22 – PSNZ
3. Penceramah berjaya membawa kursus secara atas talian dengan jayanya – Harman Najib bin Ja’far @ Abu Bakar – Pembantu Pustakawan / S22 Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah / Pentadbiran / Kualiti
4. Mudah Difahami- Ahmad Ajismee Bin Mohad -Pembantu Pustakawan (S22) PSNZ
5. Sangat Bagus – Fatimah Binti Abdullah @ Ali – Pen. Peg. Sains (C29) – Pusat Perkhidmatan Penyelidikan Dan Lapangan (PPPL)
6. Terbaik - Muhammad Uzaini Bin Abdullah Hazam – S22 PSNZ
7. Terbaik - Mustafa Bin Rani – Pembantu Pustakawan – S22 PSNZ
8. Penceramah yang awesome & program yang amat membuka minda dalam mengendalikan pelanggan – Wan Najihah binti Wan Muhammad – Pustakawan S41 Perpustakaan Sultanah Nur Zahiirah
9. Penceramah sangat bagus dan ilmu yang disampaikan amat berkaitan dengan tugas harian – Normala Yusoff – S22 PSNZ,BPSI
10. penceramah mempunyai ilmu yang luas berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan – Nur Farizah Abdullah – S44PSNZ/Bahagian Pengurusan Dan Perkhidmatan Pelanggan
11. Sangat baik – Arifin bin Harun – Juruteknik Komputer Gred FT 19Pusat Pengurusan Pengetahuan dak Teknologi Komunikasi
12. Bagus – Asubri Mohamad – S19 – PSNZ
13. Cemerlang – Mohd Zaidi Bin Mamat – S22 BPPM PSNZ
14. Penyampaian penceramah sangat cemerlang dan sangat mudah difahami dan diikuti – Azman Ali – Pembantu Pustakawan S22 BPRD
15. Terbaik! – Azma Binti Awang@Jaafar – Pembantu Pustakawan/S22Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
16. Penceramah terbaik dan program sangat baik serta banyak ilmu yang diberi kepada peserta – Zulkhibri zainal abidin – W29 Pejabat bendahari
17. Terbaik - Yusof Bin Musa – Pembantu Pustakawan S22 PSNZ
18. Baik – Hazlina Binti Ismail – S26 BPPM, PSNZ
19. Penceramah menggunakan intonasi yang jelas dalam meyampaikan perkongsian dan program yang dijalankan ini sangat bermanfaat untuk diterapkan dalam pekerjaan seharian yang mana berhadapan dengan pelanggan – Syed Muhammad Izhar Bin Engku Awang – Pembantu Operasi Pejabat Bendahari
20. Secara keseluruhannya semua sangat baik – Zafirah binti Mustafa – S22 PSNZ
21. Penceramah sangat cemerlang memberikan taklimat, cuma program ini perlulah dibuat secara bersemuka agar peserta program menyertai kelas secara 100% – Aida Kartini Ali – S22 PSNZ
22. MENARIK, MEMBANTU RECAP ILMU SEBELUM INI – Rabiatul Addawiyah Hanim Mohd Rosli – Pustakawan / S48 PSNZ
23. Terbaik- Muhammad Asmawi Bin JusohFA29 PPPTK
24. Baik – Mohd Hairolanuar Mohammad – S44 – Bahagian Pengurusan Teknologi Perpustakaan
25. TERBAIK DAN MENCAPAI SASARAN PROGRAM – Shazreen Bin Jaafar – Pembantu Pustakawan S19 PSNZ
26. Bagus – Noor Afzan Jaafar – S41 – PSNZ
27. Cemerlang – Hasdan Irwan Bin Muda – S19 BPRD
28. Sangat Baik mudah difahami – Roslam bin Abdul Ghani – Pembantu Pustakaean S22 PSNZ (BPSI)
29. Terbaik- Tengku Abdul Halim Bin Tengku Long – Pembantu Pustakawan S19 PSNZ BPPM
30. Menarik dan mudah difahami – Mohammad Fadzilah Bin Mohd Noor – FA29 PPPTK
31. Bagus – Rosmawati binti Deraman – Pembantu Tadbir (PO) Pejabat Komunikasi Korporat
32. Terbaik Pn.Raihan – Mazlina binti Mazlan – S22PSNZ (BPPM)
33. Baik, penyampaian yang jelas – Nur Aida Binti Mohammad – Pegawai Khidmat Pelanggan (N22) Pejabat Komunikasi Korporat
34. Cemerlang – Sharifah Akmal – S44 Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Online Perkhidmatan Kaunter Dan Pelanggan Berkualiti ini di tempat anda?
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!