Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang UTM Space | 25 – 26 November 2020

Alhamdulillah, pada 25- – 26 November 2020 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh UTM Space untuk mengendalikan Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang. Kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengendalikan kursus ini secara dalam talian kepada hampir 14 peserta ini menggunakan platform Zoom Meeting dan Xsplit Broadcaster.

 

proses komunikasi pelanggan serta sistem dan suasana semasa berurusan tidak dapat lari daripada tempiasan tuntutan sistem berasaskan digital dan atas talian.

Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan atas talian, kami di Perunding Imej Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan atas talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan atas talian.

Dalam pada itu, kami turut memahami bahawa impak cabaran ini turut akan terkesan ke atas sektor perkhidmatan yang mana segala proses komunikasi pelanggan serta sistem dan suasana semasa berurusan tidak dapat lari daripada tempiasan tuntutan sistem berasaskan digital dan atas talian.

Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang selama dua hari ini dihadiri secara dalam talian oleh peserta-peserta daripada Universiti Malaysia Sabah, Klinik Pergigian Redha Sdn Bhd, Cheras, Majlis Daerah Kuala Selangor dan UTM Space Kuala Lumpur.

 

 

Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang profesional serta menyenangkan seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan setiap peserta yang hadir akan semakin mantap dan cemerlang dalam mendaki tangga kejayaan kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang ini :

 

  1. Tersangat bagus dan konten sangat menarik – Norfazira Binti Mohamad Fazail- Customer Service
  2. Penceramah best. Saya sangat enjoy harapan saya boleh memberi manfaatkan pada bidang kerja saya. – Elli Shuhada Binti Sabri – Pembantu Tadbir
  3. Penyampaian yang baik – Lia Indya Fitri Paryoto – W29 – Penolong Akauntan
  4. Sangat profesional – Nur Harisa Binti Juhari – Dental Assistant
  5. Cara penyampaian sangat faham dan jelas – Siti Hajar Binti Bederul Hizan – Dental Assistant
  6. Sangat bagus dan menarik – Wan Rabiatul Adawiyah Binti Azhar – Dental Assistant
  7. Baik – Siti Fatimah Binti Jaludin – Pembantu Tadbir N19
  8. Baik – Azira Binti Asrin – Penolong Akauntan W29

 

Alhamdulillah, terima kasih UTM Space di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus 2 hari ini. Kursus Online Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang pada 25 – 26 November 2020. Semoga mendapat keberkatan dan segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan in sha Allah.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Online Khidmat Pelanggan Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, November 27th, 2020
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments