Kursus Komunikasi Pelanggan
Tim Perunding Imej Muslimah telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Kaunter & Komunikasi Pelanggan kepada kakitangan yang terpilih pada 14 – 15 Ogos 2019 yang lalu.
Jutaan penghargaan kepada pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pengurusan Kaunter & Komunikasi Pelanggan pada 14 – 15 Ogos 2019 yang lalu bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 2 Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Kursus Pengurusan Kaunter & Komunikasi Pelanggan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran perkhidmatan pelanggan dan komunikasi para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar. Modul yang disampaikan meliputi aspek kemahiran dalam komunikasi yang profesional, mantap dan berkeyakinan, serta etiket dan tingkah laku yang menyenangkan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Staf yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berkomunikasi dan berhadapan dengan pelanggan serta mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan perkara yang amat penting kepada sesebuah organisasi.
Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan pastinya mampu memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah syarikat. Kursus ini juga memberikan prinsip yang amat penting dalam kemahiran berkomunikasi dengan para pelanggan serta bagaimana berkomunikasi secara profesional dan berkesan terutamanya dengan pelanggan yang mencabar.
Semoga segala ilmu yang disampaikan dalam Kursus Pengurusan Kaunter & Komunikasi Pelanggan ini menyuntik semangat dan motivasi para peserta yang hadir untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mampu menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Pengurusan Kaunter & Komunikasi Pelanggan ini :
- Sangat bagus dalam bagi contoh cara untuk bercakap dengan pelanggan – Tengku Azzah Jazmina Bt. Tg Ahmad Noor – Pembantu Tadbir
- Bersemangat – Maliana Awang – Pembantu Tadbir
- Kata tutur yang jelas, matang dan sesuai dengan program ini iaitu Kursus Kaunter & Komunikasi Pelanggan – Mizi bin Mamat – Pembantu Tadbir
- Amat berpuas hati – Nur Hikmah Mat Diah – Pembantu Tadbir Kewangan
- Sangat Baik – Hazmawati binti Mat Hussin – Pembantu Tadbir
- Penuh ilmu yang bermanfaat dan jelas – Nor Suhaila binti Dul – Pembantu Tadbir Kewangan
- Awesome! – Nur Idayu binti Roslee – Pembantu Tadbir
- Mesra, kebolehpercayaan dan menarik – Ahmad Marzuki bin Adb Ghani – Pembantu Tadbir
- Terbaik – Noorasiah Muhamad @ Sulaiman – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Baik – Ayuni bt Wahab – Pembantu Tadbir
- Bersemangat & tidak mudah putus asa – Pembantu Setiausaha Pejabat
- Baik bagus seronok – Nor Maslinda binti Mohd Arifin – Pembantu Tadbir
- Baik – Khatijah binti Embong – Pembantu Tadbir
- Sangat memuaskan (No 5) – Zawawi bin Mamat – Pembantu Tadbir
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Kaunter Dan Komunikasi Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!