Kursus Komunikasi Berkesan LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Petaling Jaya Pada 25 November 2021.
Terima kasih kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Petaling Jaya di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan LHDN yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 25 November 2021 bertempat di Aras 20, Dewan
Sri Intan, LHDN Cawangan Petaling Jaya. Kursus Komunikasi Berkesan LHDN ini telah disertai oleh seramai 70 orang peserta yang merupakan kakitangan mewakili pelbagai jabatan dan unit dibawah Cawangan LHDN Petaling Jaya.
Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya. Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan
karakternya dalam menjalankan urusannya.
Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani. Selain itu, melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi komunikasi secara profesional yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Objektif utama kursus komunikasi berkesan adalah untuk memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran
kepada kakitangan bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan rakan sekerja,
pihak atasan, ahli lembaga pengarah dan pelanggan. Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para
peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta
bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Komunikasi Berkesan LHDN selama satu hari ini ialah:
• Modul 1: Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Secara Berkesan
• Modul 2: Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
• Modul 3: Laras Bahasa dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
• Modul 4: Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu meningkatkan kualiti kerja setiap peserta yang menyertai Kursus Komunikasi Berkesan ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Komunikasi Berkesan LHDN ini:
- Penceramah dapat menyampaikan idea/contoh yang sangat baik dalam cara berurusan dengan pelanggan. Secara keseluruhannya program ini sangat berguna dalam menangani/menunjukkan cara komunikasi yang berkesan – Norhasikin Binti Rafie – Eksekutif Hasil
- Penyampaian penceramah Puan Raihan sangat berkesan, dengan diberi contoh perkara yang boleh dan tak boleh dalam komunikasi serta ada selitkan lawak, program ini sangat berjaya untuk saya – Asbak Bin Ramli – Pembantu Am
- Penceramah sangat bagus dan mempunyai penampilan dan nada yang sangat baik. Program sangat berkesan – Mohd Faizal Bin Abdul Die – Eksekutif Hasil
- Topik yang diberikan sangat menarik dan penyampaian adalah jelas dan mudah difahami – Norsam Binti Asha’ari – Pembantu Pengarah Hasil Kanan
- Penceramah mempunyai pengetahuan yang sangat baik di dalam topik ceramah yang diberikan – Farah Hasnina Binti Abu Hassan Al Shaari – Ketua Penolong Pengarah
- Kursus yang sangat santai dan dapat fahami setiap tajuk walaupun masa agak terhad – Rowahiza Binti Rahim – Pembantu Hasil
- Menarik dan banyak contoh – contoh dikongsi oleh puan penceramah – Andrea Jenny – Pegawai Penaksir
- Penceramah sangat peramah dan penyampaian sangat menarik – Nik Nur Akmal Diyana Mohd Abdul Shukur – LHDN PJ
- Berpengetahuan dalam bidang perundingan komunikasi berkesan– Haniza Che Ahmad – Eksekutif Hasil
- Pandai berkomunikasi & mempunyai karisma serta ilmu pengetahuan yang luas – Mohd Kamarul Hafiz Bin Johari – Eksekutif Hasil
- Penceramah dan program yang bagus dan bersesuaian – Syahidan Khalidi – Eksekutif Hasil
- Penceramah menerangkan setiap topik dengan tepat, padat dan bersahaja – Nadia Rozilan – Eksekutif Hasil
- Penceramah sangat efisien dan gaya persembahan penyampaian yang sangat bagus – Iylia haidhar Binti Kharib – Eksekutif Hasil
- Penyampaian yang jelas dan terang, mudah difahami – Noriyati Binti Ali – Pembantu Hasil
- Terbaik, berjaya buka minda saya – Nik Suriawati Nik Ab. Rahman – Penolong Pegawai Eksekutif
- Menarik dan berguna dalam menjalankan tugas di organisasi – Miza Binti Kamaruddin – LHDN PJ
- Teratur, jelas dan berkesan – Ahmad Syaiful Rozli – Eksekutif Hasil
- Sangat bagus – Sayed Adli Bin Sayed Ibrahim – Eksekutif Hasil
- Sangat baik – Fazila Abdu Talib – Ketua Penolong Pengarah
- Berkesan – Husni Ariff Elias – Eksekutif Hasil
- Bagus dan jelas – Nurul Wahida Jamaluddin – Penolong Pegawai
- Bagus – Nor Nabihah Eshamudin – LHDN PJ
- Baik – Haini Saping – Penolong Eksekutif LHDN PJ
- Baik – Nor Sazwani Binti Ismail – LHDN PJ
- Baik – Ermey Bin Abdullah – Eksekutif
- Terbaik – Muhammad Yazid Bin Yaakub – Eksekutif Hasil
- Terbaik! – Nor Jasren Binti Abd Rahman – Pungutan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.