Kursus Keterampilan Imej Korporat | Majlis Agama Islam Negeri Selangor | 2-3 Februari 2016

Pada 2 hingga 3 februari yang lalu, Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Imej Korporat kepada pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Kursus selama dua hari ini berlangsung di Dewan Muktamar 2 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Shah Alam.

Selama dua hari ini juga Tim Perunding Imej Muslimah komited menyampaikan tujuh modul utama yang menjadi teras kepada pembentukan imej korporat organisasi. Modul-modul adalah merangkumi teknik berpakaian secara profesional dan ‘high profile’ merangkumi dress code mengikut acara, majlis dan tempat, pengaruh warna serta teknik kombinasi warna, pemilihan kasut dan aksesori lelaki dan wanita serta teknik berpakaian mengikut kesesuaian rangka dan bentuk tubuh.
Hari kedua kami berkongsi teknik berkomunikasi secara profesional merangkumi laras bahasa, skrip komunikasi ketika berurusan, vokal, nada suara dan konten percakapan. Akhir sekali peserta ditunjukkan etiket bisnes ketika berurusan secara profesional dan ‘body language’ yang tepat ketika berada di majlis-majlis rasmi.
Terima kasih kepada semua urusetia dan para peserta dari Mais yang komited selama dua hari kursus berlangsung. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada seluruh Tim Perunding Imej Muslimah yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kursus ini berjalan lancar.
Semoga Allah swt melimpahkan rahmat yang berterusan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, dan semoga ilmu yang diperolehi diberkati Allah swt dan mencapai objektif pihak MAIS dalam usaha mencapai VISI organisasi iaitu menjadi organisasi Islam yang teguh, berwibawa, dihormati dan dijadikan contoh.
Alhamdulillah di akhir program kami telah menerima maklumbalas yang memberansangkan daripada para peserta yang hadir, antaranya :
 

PROFESIONAL.

Puan Fadilah bt Rosman, Setiausaha, 019-3359494

 

“Secara keseluruhan, program ini amat bagus & penyampaian amat jelas & mudah di fahami.

Puan Fardielah Bt Salam, Pembantu Eksekutif

 

Cara penyampaian penceramah amat berprofesional, terang dan mudah difahami.”

Puan Norezati Nadia bt Abd Hamid, Pembantu Eksekutif

 

“Penceramah sangat bagus dalam penyampaian modul. Program yang sangat penuh dengan input yang dapat membantu peserta mengenali imej mereka.. ”

Puan Anis Azira bt Md Azizi, Pembantu Eksekutif

 

“Baik untuk diteruskan untuk program akan datang ”

Encik Muhammad Syafiq b Ahmad Fozi, Penolong Pengurus

 

Sangat bagus, banyak ilmu yang dapat di beri dan perlu praktikkan.”

 Puan Faridah bt Jalal, Pembantu Am Pejabat

 

Baik dan mesra, banyak membantu. “

Puan Fardarina bt Mokhri, Pembantu Eksekutif

 

Sangat menarik. “

 Puan Shahirah bt Moin, Pembantu Eksekutif

 

Kami kongsikan sedutan klip video dan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang kursus oleh krew kami:
Klip Video Kursus Keterampilan Imej Korporat | Majlis Agama Islam Negeri Selangor | 2-3 Februari 2016
 

12662689_10206076238931048_3646239685372416447_n 12705596_10206076238211030_3887380536821269727_n 12715288_10206076237811020_2622654381238311634_n 12717572_10206076237051001_8196195721803662798_n 12715372_10206076237131003_7288463772637538773_n 12717149_10206076235890972_4679562139084193585_n 12661877_10206076235770969_1204121913206035053_n
12661749_10206075814120428_6507123258028263286_n 12647186_10206075810960349_6259494865378266288_n 12647295_10206075809920323_3524653979140432841_n 12654306_10206075806960249_1035131542887714328_n12715434_10206075807840271_7752165605405496134_n 12670874_10206075802680142_9204953635879722703_n 12646994_10206075802240131_4013996577940685938_n 12592428_10206075801920123_1148053190854514763_n 12715478_10206075801760119_901902531222617261_n
12715440_10206075800160079_7535495217356041738_n 12651334_10206075800880097_1494512540981806924_n 12717477_10206075792079877_2682395815808478782_n 12717172_10206075798320033_2900327106085153832_n 12647370_10206075787999775_1706908932375537826_n 12705364_10206075794039926_5643350697569457096_n
12669711_10206075793399910_4207171215446223918_n 12662483_10206075792919898_7456158480975195728_n 12687801_10206075790799845_2697203804646627352_n 12654282_10206075790199830_2340817726191252362_n
12650882_10206076237211005_8113572208326375944_n 12717572_10206076237051001_8196195721803662798_n 12705596_10206076238211030_3887380536821269727_n 12662689_10206076238931048_3646239685372416447_n 12651257_10206075839161054_8497027902468666191_n11230221_10206075840041076_7603229751431883500_n 12670436_10206075840361084_7531813310656179860_n Kursus Keterampilan Imej Korporat

 

Monday, February 8th, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments