Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor pada 27 April 2021

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim secara dalam talian pada 27 April 2021.

Alhamdulillah, pada 27 April 2021 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia  telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim untuk mengendalikan Program Budaya Kerja Kelas Pertama: Kursus Imej Kelas Pertama  yang diadakan secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming.

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara : Perunding Imej
“Penceramah memberikan ceramah dengan baik dan jelas, program ini juga menarik dan sangat sesuai untuk penjawat awam”, ~ Siti Normah Binti Amat – Pembantu Pendaftaran

 

 

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara : Perunding Imej

Kursus Imej Kelas Pertama ini disertai oleh warga kerja Jabatan Pendaftaran Negara dari seluruh negeri Johor. Peserta mengikuti kursus ini dari dewan kursus di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Johor Bahru manakala Tim Awaken Training & Consultancy bersiaran dari studio kami di Kelana Jaya Selangor, menggunakan platform zoom meeting dan xsplit broadcaster. Para peserta seramai 31 0rang warga kerja JPN yang menghadiri kursus selama satu hari ini terdiri daripada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir (P/O), Pembantu Tadbir (Kewangan), Penolong Pegawai Pendaftaran dan Pembantu Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

 

Biarpun Kursus Imej Kelas Pertama  ini dijalankan secara dalam talian, namun modul-modul dan teknologi penyampaian yang kami sediakan adalah bersesuaian dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi memenuhi keperluan semua peserta agar dapat menimba ilmu yang disampaikan dengan efektif. Penyertaan dan keterlibatan para peserta yang aktif melontarkan pelbagai soalan, menjawab soalan-solan penceramah dan berkongsi pendapat dan pandangan sepanjang kursus secara dalam talian ini membuatkan kami yakin bahawa kursus secara dalam talian bukanlah penghalang untuk mempelajari ilmu dan membangunkan diri di era pandemik ini sebaliknya perkara ini adalah peluang dan kelebihan yang perlu segera diambil secara positif dan pro aktif bagi mempelajari ilmu dan meningkatkan nilai profesional kerjaya dengan kaedah dan teknologi yang baru. Ini secara tidak langsung dapat melatih peserta untuk terus positif dengan keadaan semasa di samping terus meningkatkan kualiti kerja dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

 

Peserta mengikuti kursus ini dari dewan kursus di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Johor Bahru manakala Tim Awaken Training & Consultancy bersiaran dari studio kami di Kelana Jaya Selangor, menggunakan platform zoom meeting dan xsplit broadcaster. Para peserta membuka link Zoom meeting di telefon pintar masing-masing dan boleh juga melihat paparan slide dan video penceramah dengan lebih jelas di skrin besar yang disediakan di dalam dewan kursus.

 

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara : Perunding Imej
Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah JPN Negeri Johor.

 

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara
“Penceramah happening dan pandai mengawal keadaan walaupun secara online”, ~ Fadzli Rosli – Pembantu Pendaftaran Kanan.

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara : Perunding Imej

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara : Perunding Imej
“Pada pendapat saya, penceramah sangat bagus dan apa yang disampaikan mudah serta tepat pada point-point tertentu. Mudah difahami dan pandai menggunakan waktu serta point tertentu”, ~ Abu Huzaifah Bin Mohammad – Pembantu Pendafataran.

 

Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara
“Cara penyampaian ceramah dan kursus ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam menjalankan tugas rasmi saya”, ~ Syazea Binti Hinsan – Penolong Pegawai Pendaftaran

 

Kursus ini diadakan untuk memenuhi objektif berikut :

1. Meningkatkan keterampilan diri staf dalam profesion (di pejabat) dan peribadi.

2. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan kesan imej terhadap organisasi.

3. Menggalakkan staf ke arah pembentukan imej yang lebih positif.

4. Mendedahkan teknik dan tips berpakaian yang profesional bagi seorang penjawat awam.

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama satu hari ini ialah:

  • Modul 1: Pengenalan Kepada Imej dan Penjenamaan
  • Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
  • Modul 3: Teknik dan Tips Berpakaian
  • Modul 4: Etiket Sosial dan Profesional

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

Kursus Imej Kelas Pertama JPN
“Terbaik! Penerangan yang jelas dan menjelaskan dalam ayat yang boleh difahami semua peserta”, ~ Saiful Rizal Bin Samsudin – Pembantu Pendaftaran

 

Kursus Imej Kelas Pertama
“Overall kursus ini sangat interaktif. Mudah memahami penyampaian penceramah”, ~ Suhaila Binti A Gani – Penolong Pegawai Pendaftaran

 

Semoga semua peserta yang menghadiri Kursus Imej Kelas Pertama ini dapat mengaplikasikan segala input yang diperolehi sepanjang kursus dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh iltizam bagi meningkatkan lagi kualiti kerja sedia ada dengan keterampilan diri dan budaya kerja kelas pertama .

 

Kami sangat berbesar hati dengan jemputan dan kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor untuk Tim Perunding Imej Malaysia  mengendalikan kursus ini. Semoga semua peserta yang menghadiri Kursus Imej Kelas Pertama ini dapat mengaplikasikan segala input yang diperolehi sepanjang kursus dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh iltizam bagi meningkatkan lagi kualiti kerja sedia ada dengan keterampilan diri dan budaya kerja kelas pertama . Diharapkan juga agar segala ilmu yang diperoleh menerusi kursus ini turut dapat dikongsikan dengan warga kerja JPN yang lain agar manfaatnya boleh membantu lebih ramai lagi. Kami berdoa agar semua peserta semakin maju dan cemerlang serta semoga segala usaha kerja kita diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Imej Kelas Pertama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Ta’zim secara dalam talian yang telah berlangsung pada 27 April 2021 ini:

  1. Penceramah happening dan pandai mengawal keadaan walaupun secara online – Fadzli Rosli – Pembantu Pendaftaran Kanan
  2. Cara penyampaian ceramah dan kursus ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam menjalankan tugas rasmi saya – Syazea Binti Hinsan – Penolong Pegawai Pendaftaran
  3. Pada pendapat saya, penceramah sangat bagus dan apa yang disampaikan mudah serta tepat pada point-point tertentu. Mudah difahami dan pandai menggunakan waktu serta point tertentu – Abu Huzaifah Bin Mohammad – Pembantu Pendafataran
  4. Terbaik. Penerangan yang jelas dan menjelaskan dalam ayat yang boleh difahami semua peserta – Saiful Rizal Bin Samsudin – Pembantu Pendaftaran
  5. Penceramah happening dan pandai mengawal keadaan walaupun secara online – Fadzli Rosli – Pembantu Pendaftaran Kanan
  6. Penceramah memberikan ceramah dengan baik dan jelas, program ini juga menarik dan sangat sesuai untuk penjawat awam – Siti Normah Binti Amat – Pembantu Pendaftaran
  7. Sangat menarik dan kelakar – Siti Amirah Binti Zulkefle – Pembantu Pendaftaran
  8. Sangat berpuas hati. Penyampaian terbaik – Norazia Binti Abd Razak – Pembantu Pendaftaran Kanan
  9. Sangat baik dan maybe ada siri ke 2 yang dapat berjumpa penceramah face to face – Nadia Binti Kamis @ Khamis – Penolong Pegawai Pendaftaran
  10. Overall kursus ini sangat interaktif. Mudah memahami penyampaian penceramah – Suhaila Binti A Gani – Penolong Pegawai Pendaftaran
  11. Penyampaian jelas dan mesra dengan peserta kursus – Yusaini Bin Rasid – Pembantu Pendaftaran
  12. Penceramah hebat. Tempat selesa – Siti Nor Ain Binti Tamiran – Pembantu Pendaftaran
  13. Terbaik – Sarinah Suratamin – Penolong Akauntan
  14. Sangat berpengetahuan, ceria dan bertenaga – Lily Marlina Binti Layman – Pembantu Pendaftaran
  15. Banyak memberi manfaat – Nashihah Mohd Sukor – Penolong Pegawai Pendaftaran
  16. Info diberikan ringkas, padat dan mudah difahami – Rahimah Binti Md Ramli – Pembantu Tadbir (P/O)
  17. Cemerlang – Rosmaini Bt Rosni – Pembantu Tadbir (Kewangan)
  18. Bagus – Mohd Zakiyuddin Bin Mohaimin – Pembantu Pendaftaran
  19. Sangat menarik! – Zuridah Binti Johari – Setiausaha Pejabat
  20. Penceramah menyampaikan maklumat dengan baik sekali. Gaya penyampaian yang menarik – Yuzana Binti Abd Rahim – Pembantu Pendaftaran
  21. Keseluruhannya baik – Suliana Binti Mohamad Sahak – Pembantu Tadbir (P/O)
  22. Penceramah yang menarik jelas dan tepat – Khairul Anuar Bin Abu Bakar – Pembantu Pendaftaran
  23. Terbaiklah – Mohd Nazri Bin Harun – Pembantu Tadbir (Kewangan)
  24. Terbaik – Zuraidi Bin Zulkiply – Pembantu Pendaftaran
  25. Ceria dan sentiasa berinteraksi dengan peserta – Maria Binti Ahamad Zabidi – Pembantu Pendaftaran

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Budaya Kerja Kelas Pertama: Imej Kelas Pertama ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Wednesday, April 28th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments