Kursus Imej dan Keterampilan Diri : Serlahkan Auramu Jabatan Perikanan Malaysia Pada 16 Julai 2025

Kursus Imej dan Keterampilan Diri : Serlahkan Auramu anjuran Jabatan Perikanan Malaysia pada 16 Julai 2025

Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Imej dan Keterampilan Diri : Serlahkan Auramu bersama warga kerja  Jabatan Perikanan Malaysia bertempat di Dewan Arowana, Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya.

Sebagai seorang penjawat awam yang bekerja dalam suasana kerja yang sangat pelbagai, kadangkala di pejabat, kadangkala ke lokasi lapangan, bertemu komuniti, menghadiri mesyuarat rasmi atau majlis kementerian, Kursus Imej dan Keterampilan Diri : Serlahkan Auramu ini membantu mendedahkan bagaimana imej seorang penjawat awam dalam perkhidmatan awam boleh membina kepercayaan, keyakinan dan inspirasi kepada orang sekeliling.

Kami amat memahami bahawa para peserta yang hadir mahu keluar dari seminar ini dengan rasa:

✔ lebih yakin,

✔ lebih sedar tentang imej diri mereka,

✔ dan lebih bersedia untuk tampil mewakili Jabatan Perikanan Malaysia dengan imej seorang penjawat awam yang profesional dan berkarisma.

 Kursus Imej dan Keterampilan Diri Serlahkan Auramu Jabatan Perikanan Malaysia
Kursus Imej dan Keterampilan Diri Serlahkan Auramu Jabatan Perikanan Malaysia

Adakah kita sedar bahawa sebelum kita bercakap, sebelum kita serahkan kad nama, orang sudah ‘membaca’ kita melalui penampilan dan aura diri kita.

Sama ada kita sedar atau tidak, imej kita ialah mesej pertama yang kita hantar kepada dunia, tentang siapa kita, apa nilai kita, dan bagaimana kita mewakili organisasi kita. Kita sedang memberitahu dunia bagaimana diri kita, organisasi yang kita wakili dan profesion kita ingin dilayan!

Imej dan aura kita bukan semata-mata tentang adakah kita mengikut fesyen terkini, dan bukan tentang mahal atau murah pakaian kita.

Tetapi ianya tentang bagaimana kita boleh tampil yakin, kemas dan penampilan yang bersesuaian dengan peranan kita sebagai penjawat awam yang dihormati.

Bagaimana kita boleh serlahkan aura — dengan cara berpakaian, cara bergaul dan cara membawa diri.

Dalam kursus ini, antara perkara-perkara yang dikongsikan dengan para peserta yang hadir ialah:
✔️Tips pemakaian yang sesuai untuk tugasan rasmi dan lapangan
✔️ Padanan warna yang serasi dengan imej profesional
✔️ Bagaimana untuk menjadikan imej luaran kita sejajar dengan integriti dan keyakinan dalaman.

Imej bukan sekadar untuk membina jenama diri yang disanjung. Imej ialah tentang bagaimana kita boleh dipercayai dan dihormati, dan bagaimana kita boleh memberi inspirasi tanpa berkata apa-apa dan menyebabkan orang lain rasa terinpirasi dan selesa dengan kehadiran kita. Imej adalah tentang bagaimana kehadiran dan cara kita ‘mengisi ruang’. Walau tanpa perlu bercakap pun, orang lain sudah merasai kehadiran kita dengan karisma semula jadi. Ianya adalah daya tarikan yang membuatkan orang selesa, hormat, dan tertarik untuk mendengar. Bahasa tubuh, gerak geri, senyuman dan ekspresi wajah , postur dan cara berjalan — semua ini membentuk imej dan aura yang menarik serta menyenangkan orang lain. Ianya menggambarkan keyakinan, keikhlasan dan ketenangan diri kita, dan orang boleh rasa walaupun tidak dinyatakan secara verbal.

Aura adalah gabungan imej luaran dan sikap dalaman yang terpancar melalui kehadiran seseorang.Ia bukan tentang menjadi orang lain, tapi membina getaran positif diri sendiri, supaya orang lain rasa hormat, yakin dan selesa untuk bekerja dan berurusan dengan kita.

 

Terima kasih kepada Jabatan Perikanan Malaysia di atas jemputan dan peluang untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Imej dan Keterampilan Diri : Serlahkan Auramu ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen sepanjang kursus. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Imej dan Keterampilan Diri : Serlahkan Auramu ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

 

#KursusPemantapanImejProfesional

#KursusPersonalitidanKeterampilanDiri #KursusPemantapanImejProfesionalDanEtiketSosial  #KursusBuildingAPersonalLeadershipImage

#KursusKeterampilanDiridanPersonaliti

#KursusTransformasiEtiketdanPenampilanDalamImejProfesional

#KursusImejdanEtiketSosial

#kursusimej

#kursusketerampilanpemimpin

#kursusimejdanketerampilandiri

#kursusimejprofesional

#perundingimej

#AwakenTrainingConsultancy

Friday, July 18th, 2025
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments