Etika Dalam Mesyuarat

10 ADAB DAN ETIKET PENTING DI DALAM MESYUARAT

1.Datang tepat pada masanya atau hadir awal. Sekiranya tidak boleh hadir awal, elakkan dari terlewat, setidak-tidaknya datang tepat pada waktu mesyuarat bermula, Sekiranya terlewat, masuk dengan senyap tanpa melakukan perkara yang boleh menarik perhatian orang lain.

2.Apabila dijemput menghadiri mesyuarat, pastikan kita memberi maklum balas.

3Jangan mengharapkan orang lain untuk hadir sebagai ganti di dalam mesyuarat.

4.Bersedia dengan pen dan kertas.

5.Sekiranya perlu membuat pembentangan, pastikan slaid power point dan lampiran telah disediakan. Lampiran hendaklah diserahkan kepada pihak yang terlibat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mesyuarat.

6.Pastikan alat elektronik seperti telefon bimbit di dalam mode senyap. Sekiranya terlupa untuk mematikan telefon bimbit, jangan jawab panggilan ketika bermesyuarat.

7.Sekiranya ingin bertanyakan soalan, angkat tangan dan tunggu sehingga diberi izin bertanya soalan.

8.Jangan bertanyakan soalan yang panjang. Pecahkan kepada beberapa bahagian dan bertanya satu perkara pada satu-satu masa.

9.Ahli mesyuarat yang ingin bercakap hendaklah memohon keizinan daripada pengerusi mesyuarat, dan menghalakan ucapannya kepada pengerusi mesyuarat, walaupun ingin memberi pandangan kepada ahli mesyuarat yang duduk di sebelahnya. Ini bertujuan menghormati pengerusi dan semua ahli mesyuarat, selain daripada memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.

10. Adab ahli mesyuarat yang tidak bercakap:

  • Masuk/keluar bilik mesyuarat dengan tertib.
  • Elakkan melintas ruangan tengah bilik/dewan mesyuarat.
  • Elakkan membaca bahan yang tiada kaitan dengan perkara yang dibahaskan.
  • Elakkan mengganggu dan menyampuk ahli mesyuarat lain yang sedang bercakap.

Sunday, February 23rd, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments