Bengkel Career Grooming Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia | 7 Disember 2019

Bengkel Career Grooming Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur sebagai penceramah Bengkel Career Grooming UKM  untuk menyampaikan perkongsian kepada hampir 315 orang pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan UKM bertempat di Dewan Kuliah 1, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur. Terima kasih Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur atas jemputan dan kepercayaan buat kali ke-tiga untuk kami mengendalikan Bengkel Career Grooming UKM ini.

Bengkel Career Grooming

Objektif Bengkel Career Grooming UKM ini adalah untuk membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial, menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan, memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya.

Penceramah turut menekankan persediaan dan pengurusan wardrobe seawal kehidupan di universiti dan kolej agar mereka lebih bersedia untuk melangkah ke dalam industri untuk menjalani latihan industri seterusnya memasuki alam pekerjaan.

Bengkel Career Grooming

 

 

 

Bengkel Career Grooming

Dalam bengkel ini, penceramah memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian kerja bagi calon pekerja yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang dikongsikan dengan para peserta ialah  pemilihan jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung serta kombinasi ton warna dalam penggayaan profesional yang tepat bagi calon pekerja lelaki dan wanita.

 

Bengkel Career Grooming

Bengkel Career Grooming

Bengkel Career Grooming

Para peserta juga didedahkan dengan konsep penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan bakal majikan serta masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.

Penceramah juga memberikan pendedahan bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang yang dilihat mempunyai nilai-nilai profesional yang diperlukan sertarelevan dalam industri, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.

Bengkel Career Grooming

 

Bengkel Career Grooming

Bengkel Career Grooming

Bengkel Career Grooming

 

Bengkel Career Grooming

Bengkel Career Grooming

Bengkel Career Grooming

 

Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk menjalani latihan dalam industri dan semasa bekerja nanti.

Sekalung penghargaan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Bengkel Career Grooming UKM ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalamBengkel Career Grooming ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kelebihan dan potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.

 

Bengkel Career Grooming

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, December 8th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments