Grace & Grit: My Look, My Pesona Anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026

Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka.

Hari pertama di kolej bukan sekadar mendaftar sebagai pelajar, namun ianya ialah hari permulaan membina identiti, membentuk sahsiah dan menentukan hala tuju masa hadapan.

Atas sebab itulah, amat penting para pelajar dibimbing sejak awal memasuki alam pendidikan tinggi, untuk membentuk imej, identiti dan sahsiah diri yang tepat, profesional serta konsisten dengan bidang dan profesion yang ingin diceburi apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

 

Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026

Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka

 

Sesungguhnya penampilan yang kemas, adab yang terpuji dan sahsiah yang mulia sentiasa mendapat tempat dalam industri serta tidak pernah lapuk dalam dunia pekerjaan.

Kompetensi membuka peluang, tetapi karakter, etika dan personaliti yang unggul adalah kelebihan kompetitif dan nilai tambah strategik yang menentukan siapa yang lebih dipercayai, dihormati dan dipilih, dan yang membezakan individu cemerlang daripada yang biasa.

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek bersama 250 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar baru Diploma Business Studies, Diploma Perakaunan, YTP Foundation in Accountancy dan Pra Diploma bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka.pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka.

Membentuk graduan cemerlang tidak bermula pada hari konvokesyen. Ia bermula pada hari pertama mereka melangkah masuk ke kampus. Atas kesedaran itulah, program ini dirangka khusus bagi membantu para pelajar baharu membina imej profesional, keyakinan diri, adab, etika serta sahsiah unggul sebagai asas kepada kejayaan sepanjang pengajian dan apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Dalam era persaingan yang semakin mencabar, organisasi tidak hanya mencari individu yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Mereka mencari graduan yang mampu membawa diri dengan profesional, berkomunikasi dengan berkesan, mempunyai karakter yang baik serta mampu mewakili organisasi dengan penuh kredibiliti.

Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka
Hari pertama di kolej bukan sekadar mendaftar sebagai pelajar, namun ianya ialah hari permulaan membina identiti, membentuk sahsiah dan menentukan hala tuju masa hadapan.

 

Ramai orang yang pandai, tetapi tidak semestinya berjaya. Kerana dunia sebenar tidak hanya menilai apa yang ada dalam kepala kita. Dunia juga melihat apa yang terpancar daripada diri kita. Jadilah eorang pelajar yang sentiasa menjaga adab. Sentiasa berpenampilan kemas.
Sentiasa menghormati orang. Sentiasa positif.

 

Dalam program ini, para pelajar didedahkan kepada transformasi daripada alam persekolahan ke alam pengajian tinggi, kepentingan membina imej profesional, etiket dan komunikasi yang berhemah, pemilihan penampilan yang sesuai, serta pembentukan nilai-nilai profesional yang menjadi asas kepada personaliti seorang bakal profesional.

Salah satu mesej paling penting yang dikongsikan ialah bahawa imej bukan sekadar tentang penampilan, tetapi tentang mesej yang kita hantar sebelum mengucapkan sepatah perkataan. Penampilan yang kemas membina persepsi. Adab melahirkan rasa hormat. Komunikasi membina hubungan. Manakala karakter menentukan sama ada seseorang itu akan terus diberi kepercayaan.

Kompetensi membuka peluang, tetapi karakter, etika dan personaliti yang unggul merupakan kelebihan kompetitif yang membezakan individu biasa daripada individu yang sentiasa diberi kepercayaan, dihormati dan dipilih untuk memimpin.

 

Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka
Kerjaya yang cemerlang bermula pada hari seseorang memilih untuk membina disiplin dan membangunkan karakter dan profesionalisme dalam dirinya sejak alam pengajian lagi.

Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka
Apakah yang membezakan dua pelajar yang sama-sama bijak? • CGPA? • Atau karakter dan kematangan anda? “ Ilmu menjadikan anda berkelayakan. Tetapi karakter menjadikan anda dipilih.”

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Profesional MARA Ayer Molek atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn. Bhd. untuk bersama-sama menyokong agenda pembangunan modal insan dan membentuk generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki imej, sahsiah dan personaliti yang mampu menjadi kebanggaan keluarga, institusi dan negara.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi titik permulaan kepada lahirnya graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai imej profesional, sahsiah yang terpuji dan keyakinan diri yang mampu membawa mereka melangkah lebih jauh.

“Your Image Opens Doors. Your Character Builds Trust. Your Attitude Creates Success.”

 

Program Grace & Grit: My Look, My Pesona anjuran Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek pada 1 Ogos 2026 bertempat di Anjung Munsyi Abdullah, KPM Ayer Molek, Melaka
Reputasi tidak dibina pada hari graduasi. Reputasi dibina sejak hari pertama seorang pelajar melangkah ke kolej. Ia dibina setiap kali anda masuk ke kelas. Setiap kali anda bercakap. Setiap kali anda berpakaian. Setiap kali anda menghormati orang lain.”

 

“My Look attracts attention. My Pesona earns respect. My Character determines my future.”

 

Anda berminat untuk mengadakan Program Grace & Grit: My Look, My Pesona ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

 

#KursusImejdanSahsiahDiri
#PemantapanImejProfesional                                                       #KursusPemantapanImejProfesionalDanEtiketSosial
#KursusPersonalitidanKeterampilanDiri                                                   #KursusBuildingAPersonalLeadershipImage
#KursusKeterampilanDiridanPersonaliti
#KursusTransformasiEtiketdanPenampilanDalamImejProfesional
#KursusImejdanEtiketSosial
#kursusimej
#kursusketerampilanpemimpin
#kursusimejdanketerampilandiri
#kursusimejprofesional
#perundingimej
#HRDCclaimable
#HRDCorpTrainingProvider
#AwakenTrainingConsultancy

Monday, August 3rd, 2026
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments