Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis Pusat Perubatan Universiti Malaya Pada 22 hingga 23 Julai 2025

Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 22 hingga 23 Julai 2025.
Alhamdulillah berjalan lancar selama dua hari Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis bersama warga kerja Pusat Perubatan Universiti Malaya bertempat di Bilik 1 & 5, Tingkat 1, Wisma R&D Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis
Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis

Majlis rasmi kerajaan bukan sekadar acara, namun ia adalah pentas yang memperlihatkan kewibawaan organisasi. Sebagai penjawat awam, kita bukan sahaja membawa nama jabatan tetapi kita juga mewakili nilai sebuah kerajaan. Maka, memahami dan melaksanakan protokol secara betul adalah sebahagian daripada tanggungjawab profesional dan imej perkhidmatan awam. Setiap kali berlangsungnya majlis rasmi sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, satu elemen penting yang menjadi nadi kelancaran majlis tersebut ialah protokol. Dari susunan tempat duduk, urutan ketibaan tetamu, penyambutan delegasi, hinggalah ke penyediaan cenderamata rasmi, semuanya memerlukan ketelitian, pengetahuan dan kemahiran tersendiri.

Namun, hakikatnya masih ramai pegawai dan petugas majlis yang berhadapan dengan kekeliruan dan cabaran besar dalam menjalankan tugas ini. Tanpa pendedahan dan latihan yang betul, perkara seperti berikut boleh berlaku:

• Tetamu kehormat diletakkan di tempat duduk yang salah, menimbulkan rasa kurang senang.

• Lagu kebangsaan tidak dimainkan dengan betul semasa kehadiran delegasi asing.

• Pegawai pengiring (Liaison Officer) tidak tahu tatacara berinteraksi dengan tetamu VIP.

• Urus setia kelam-kabut ketika mengurus atur cara protokol yang berubah saat akhir.

Sekecil-kecil kesilapan ini boleh memberi impak besar, bukan sahaja kepada kelancaran majlis, malah kepada imej keseluruhan organisasi dan negara.

 

 

Mengapa Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis ini Diperlukan Sekarang? 

Kursus ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran, malah memberi pendedahan praktikal yang dapat mengelakkan kekeliruan, konflik dan insiden tidak dijangka. Dengan latihan yang betul, setiap pegawai boleh mengendalikan tugas protokol dengan yakin, kemas dan profesional. Kursus Protokol dan Pengurusan MajlisKursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis ini merupakan latihan komprehensif merangkumi 24 komponen utama yang wajib diketahui oleh mana-mana pegawai yang terlibat dalam penganjuran acara rasmi.

Antara objektif utama kursus ini termasuk:

✅ Memberi pengetahuan jelas tentang akta, pekeliling dan amalan protokol semasa

✅ Memperkasa pegawai pengiring untuk lebih yakin dalam menjalankan tugas di peringkat antarabangsa

✅ Meningkatkan kefahaman tentang peranan sebenar penganjur, pengurus acara dan urus setia

✅ Memberi pendedahan kepada teori, aplikasi sebenar dan kemahiran sosial diplomatik

✅ Membimbing peserta tentang hala cara pelaksanaan majlis rasmi mengikut protokol sejagat

 

Siapa Yang Patut Hadir?

Kursus ini direka khas untuk:

 • Pegawai Protokol

 • Pegawai Penyelaras Majlis

 • Liaison Officer (LO)

 • Pegawai Projek yang menganjurkan program rasmi

 • Urus Setia Acara dan Majlis

 • Mana-mana kakitangan yang berperanan dalam pelaksanaan majlis rasmi agensi…

Terima kasih kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya di atas jemputan dan peluang untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen sepanjang kursus. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

 

Friday, July 25th, 2025
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments