Kursus ‘Finishing School’ Sarjana Muda Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu Pada 5 Ogos 2021.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia berjaya mengendalikan kursus ‘Finishing School’ Sarjana Muda Pengurusan Maritim, pada 05 ogos 2021. Terima kasih kepada pihak Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu di atas jemputan dan kepercayaan kepada kami bagi mengendalikan kursus ini. Kursus ini dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan Xsplit Broadcaster. Kursus yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 78 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 3 iaitu semester ke 6 program Sarjana Muda Pengurusan Maritim UMT, yang akan dan sedang menjalani latihan industri.
Kursus ‘Finishing School’ ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar berkenaan tatacara dan ilmu pekerjaan disamping membina jati diri dan ketrampilan pelajar sebagai persediaan untuk menjalani latihan industri.
Antara objektif utama Program Finishing School iniadalah seperti berikut :
1.Mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam menjalani latihan industri serta dapat meningkatkan keyakinan dan keterampilan diri pelajar.
2. Pelajar juga akan didedahkan selok belok, etika dan tatacara pekerjaan sebenar supaya dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya serta menjejaskan nama baik fakulti dan universiti.
3. Berkongsi pengalaman agar pelajar mampu menjadi pelajar yang cemerlang ketika menjalani latihan industri.
4. Pelajar akan diajar teknik dan kaedah yang diperlukan untuk menjadi pekerja yang berjaya dan cemerlang. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.
Kursus ‘Finishing School’ ini turut memberikan pendedahan secara terperinci kepada pelajar sebelum menceburi alam kerjaya, beserta contoh-contoh pakaian kerja bagi bakal graduan lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.
Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah keterampilan diri yang profesional, etika kerja yang baik dan kualiti komunikasi yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk alam kerjaya atau persediaan sebagai seorang usahawan profesional dan relevan dalam industri.
Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita, para peserta juga didedahkan dengan teknik komunikasi secara profesional dan etiket sosial yang akan melonjakkan nilai pasaran diri. Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan dalam talian, syarikat kami telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan dalam talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan dalam talian.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus ‘Finishing School’ ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Kepada Imej Profesional Dan Penjenamaan
- Modul 2: Teknik Dan Tips Penampilan Untuk Temuduga: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
- Modul 3: Komunikasi Profesional Di Tempat Kerja
- Modul 4: Etiket Sosial Dan Profesional Ketika Berurusan
Besar harapan kami agar ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi profesional dan etiket sosial. Terima kasih kepada Fakulti Pengajian Maritim Universiti Malaysia Terengganu di atas peluang dan jemputan untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta, selamat melangkah ke dalam industri dengan penuh persediaan, semangat dan ilmu, semoga berjaya cemerlang dan memberi impak kepada industri, in sha Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus ‘Finishing School’ Sarjana Muda Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu ini:
1. Info yang dikongsi sangat menarik dan membantu para pelajar – Muhammad Nor Hakim – Pengurusan Maritim
2. Program ini sangat bagus dan perlu diperluaskan kepada lebih banyak institusi pengajian di negara ini – Mohamad Farhan Bin Mohd Yusof – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
3. Bagi pendapat saya program amat sesuai untuk dijadikan platform yang baik dalam mencari ilmu tambahan sebagai persediaan untuk praktikal – Mohd Sahrul Nizam Bin Rosli – Pengurusan Maritim
4. Penceramah sangat menarik dan bersemangat dalam menyampaikan ceramah/panduan/pandangan dan penyampaian yang sangat bernas dan membantu – Mohamad Amin Khalili Bin Mohd Khalil – Pengurusan Maritim
5. Penceramah sangat best, kelakar dan memahami. Program ini sangat bagus dan berguna bagi pelajar – Pelajar Yang Akan Menjalankan Latihan Industri-– Nurul Amirah Fitrah Binti Sohaimi – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
6. Penceramah mempunyai banyak ilmu berkaitan dengan etika-etika bekerja dan dapat berinteraksi dengan cara yang efektif – Sii Tung Fuh – Pengajian Maritim
7. Penceramah mudah untuk didekati dan program ini banyak memberikan manfaat kepada saya – Siti Nurshahida Binti Mohamad Asri – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
8. I learn to react and communicate in workplace – Aishwarya Kalyappen – Maritime Management
9. Sangat seronok dan cara penyampaian penceramah juga amat mudah difahami dan santai – Siti Salma Binti Norman – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
10. Penceramah profesional, peramah dan mudah didekati – Lili Hasmizah Binti Norizan – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
11. Pada pendapat saya program ini sangat sesuai diadakan pada musim sekarang – Nik Muhamad Haqimi Bin Nik Abdullah – Pengurusan Maritim
12. Penyampaian yang sangat lengkap, jelas dan mudah difahami – Abdul Wafi Bin Ahmad Sabri – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
13. Penceramah sangat bersemangat dan sangat membantu dalam menyampaikan informasi. Semua informasi dapat disampaikan dengan jelas – Nur Farhain Bt Ahmad Salihin – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
14. Sangat best penerangan yang cukup jelas – Auni Sahira Binti Ahmad Rostam – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
15. Sangat bersemangat dalam penyampaian – Fatin Norhafiza Binti Mohd Rashid – Pengurusan (Maritim)
16. Sangat membantu pelajar dalam pembentukan disiplin dan tanggungjawab – Khairul Azman Bin Majid – Pengurusan Maritim
17. Penyampaian yang sangat baik dah mudah difahami – Nik Amirul Hakim Bin Sanusi – Pengurusan Maritime
18. Terbaik,penyampaian dan pemahaman yang lancar – Nur Ifatin Binti Abdullah – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
19. Bagus, mudah difahami – Muhamad Najmi Bin Hamdan – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
20. Terbaik, peramah & bagus? – Muhammad Aminluddin Bin Mohd Asri – Pengurusan Maritim
21.Seronok dan penceramah yang mesra – Muhammad Farhan Bin Che Jehari – Pengurusan Maritim
22. Sangat terbaik – Muhamad Asyraf Bin Ahmad Kadri – Pengurusan Maritim
23.Sangat berpuas hati – Aida Nasuha Binti Mat – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
24.Sangat baik – Shahra Safaraz Binti Mudawi – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
25.Sangat menarik – Nur Najeeha Nadia Bt Md Jaafar – Pengurusan Maritime
26. Bagus, clear semua – Mohamad Firdaus B Ahmad – Pengurusan Maritime
27. Menarik dan berkesan – Fadilah Binti Abu Bakar – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
28.Semuanya baik – Muhammad Zulhusni Bin Zaidi – Pengurusan Maritim
29. Terbaik – Farid – Pengurusan Maritim
30. Menarik – Fatin – MapemBaik – Umie Syahirah Binti Mat Zaid – Pengurusan Maritim
31. Sangat baik – Nor Atiqah Binti Miseman – Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
32. Sangat baik – Manal Binti Muhsi – Pengurusan Maritime
33. Good – Mohamad Amien Bin Bukhari – Pengurusan Maritim
34. Baik – Muhamad Shahiezwan Bin Sarawi – Sarjana Muda Pengurusan Maritim
35. Penyampaian yang jelas dan mudah difahami – Aila Farehah Binti Fariz – Pengurusan Maritim
36. Sangat baik – Luqman Hakim Bin M Deris – Pengurusan Maritim
37. Good – Vimalasri – Maritime Management
Anda berminat untuk mengadakan Kursus ‘Finishing School’ ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!