Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor pada 6 – 7 Julai 2021.
Alhamdulillah berjalan lancar Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor pada 6 – 7 Julai 2021 baru-baru ini. Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor kerana telah melantik Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini. Kursus ini disampaikan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan XSplit Broadcaster Live Streaming. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pegawai Veterinar, Pembantu Veterinar, Pemandu, Pembantu Tadbir dan Pembantu Awam telah menyertai kursus selama dua hari ini.
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Objektif Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang selama dua hari ini adalah seperti berikut;
Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini juga diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini turut mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
- Modul 2: Sikap dan Psikologi Pelanggan dan Jangkaan Pelanggan
- Modul 3: Kakitangan: Personaliti & Profesionalisme
- Modul 4: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 5: Sistem dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan (Adab, Bahasa Tubuh dan Pemilihan Perkataan)
- Modul 6: Cara Mengendalikan Pelanggan Yang Mencabar
Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor di atas lantikan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhmdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama dua hari ini.
Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir dan ianya dapat dikongsikan kepada keseluruhan organisasi. Semoga semakin maju dan cemerlang serta semoga segala usaha kerja kita diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor ini:
- Kursus yang bagus dan memberi ilmu baru untuk berhadapan dengan pelanggan – Mohamad Asri Bin Azhari – Pembantu Veterinar
- Kursus ini menarik dan penuh dengan ilmu – Siti Fazelah Binti Mohamed Salim – Pembantu Veterinar
- Sangat bagus dan memberi penerangan yang sangat berkesan – Abd Hadi Azam Bin Haziman – Pembantu Veterinar
- Penyampaian yang sangat2 menarik dan lucu – Siti Nafisah Binti Lattif Tee – Pembantu Tadbir (P/O)
- Penceramah memberi penerangan yang jelas dan teratur – Nurulaini Binti Mohamed Zabor – Pembantu Tadbir (P/O)
- Penyampaian penceramah jelas dan informatif – Nurul Syafika Binti Mohmad Hazari – Pembantu Operasi
- Terbaik – Noraziah Binti Ayop – Pembantu Veterinar
- Sangat baik – Muhamad Amir Bin Razali – Pembantu Veterinar
- Sangat2 efisien – Fazida Hanim Binti Mohamed – Pembantu Awam
- Sangat bagus – Zaleha Binti Suin – Pembantu Operasi Gred
- Semua okey – Azilah Binti Marliah – Pembantu Awam
- Terbaik – Nurul Ain Binti Najmuddin – Pembantu Veterinar
- Terbaik – Noor Hazimah Sarasvathi Binti Abdullah – Pembantu Veterinar
- Terbaik – Siti Hajar Binti Mohd Ros – Pembantu Veterinar
- Very good. Tq. Keep it up!– Dharanieswaree Maniam – Penolong Pegawai Veterinar
- Baik dan cemerlang – Maslina Binti Mohd Ali – Penolong Pegawai Veterinar
- Baik – Laili Jumueiah Binti Abdul Razak – Penolong Pegawai Veterinar
- Sporting dan cantik – Muhammad Azli Alimi Bin Noor Azam – Pembantu Veterinar
- Sangat menarik dan informatif – Nor Binti Abu Samah – Pembantu Veterinar
- Sangat bagus – Jeeva A/L Manickam – Pemandu Kenderaan
Anda berminat untuk mengadakan Webinar Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!