Sekalung penghargaan kepada SIRIM Berhad di atas jemputan dan kepercayaan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd buat kali keempat sebagai konsultan untuk kursus ini. Kursus Professional Image Branding SIRIM Berhad buat kali keempat ini dijalankan secara dalam talian, bermula pada 22 Jun hingga 23 Jun 2021. Alhamdulillah kami sangat bersyukur kerana pihak SIRIM Berhad masih memilih kami sebagai konsultan untuk kursus ini setelah menerima maklum balas yang bagus daripada tiga group peserta yang mengikuti Kursus Professional Image Branding sebelum ini di SIRIM Berhad.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Senior Executive, Executive, Consultant, Accountant, Testing Executive, Pembantu Tadbir Kanan dan Metrologist SIRIM Berhad telah menyertai kursus selama dua hari ini.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil profesional.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Kepada Imej Dan Penjenamaan
- Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
- Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
- Modul 4: Pengaruh Warna Dalam Imej Dan Penampilan
- Modul 5: Teknik Dan Tips Berpakaian
- Modul 6: Etiket Komunikasi Profesional
- Modul 7: Etiket Sosial Dan Profesional
Anda bukan dibayar berdasarkan kerja keras anda. Anda dibayar berdasarkan VALUE diri anda.
“There is no more profitable investment than investing in yourself. “
Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen hebat dan penyertaan aktif sepanjang 2 hari kursus ini dijalankan secara dalam talian. Tahniah kepada penganjur di atas kejayaan menganjurkan kursus ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta. Semoga input yang diperolehi dalam webinar ini bermanfaat untuk memantapkan dan menaikkan semangat serta azam untuk terus menabur khidmat kepada masyarakat, in sha Allah.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Professional Image Branding anjuran SIRIM Berhad ini: