Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Pada 18 Jun 2021

Terima kasih kepada Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad yang telah melantik Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi pada 18 Jun 2021 baru-baru ini. Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi disampaikan secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming.

Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi ini disertai oleh lebih daripada 90 orang peserta daripada Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Kolej Vokasional Kuala Klawang dan beberapa wakil daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Banting, Selangor. Tahniah kepada semua peserta yang hadir dan penganjur.

Kursus Etika Dan Komunikasi
“Program yang sesuai untuk pelajar universiti dan kolej kerana ia adalah perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh pelajar yang bakal menduduki intern”, – Ana Nasuha Binti Asmadi – Pengurusan Perniagaan

Kualiti intelektual dan bakat semata-mata tidak cukup untuk melahirkan suatu perwatakan dan susuk peribadi yang unggul dan diperlukan dalam pasaran industri. Realitinya di luar sana, industri dan persekitaran kerja amat memerlukan dan menuntut kepada KEPERIBADIAN diri pekerja/pemimpin yang unggul dan cemerlang. Keperibadian yang unggul dinilai pada tahap kualiti mental dan kualiti moral yang ada pada seseorang pekerja, di mana kedua-dua ini akan membezakan seseorang pekerja/individu/pemimpin dengan seseorang yang lain.

Kualiti moral merujuk kepada kekuatan akhlaq dan spritual yang ada pada seseorang dalam menentukan apa yang baik dan apa yang tidak baik dalam melakukan sesuatu. Moral adalah nilai universal yg membolehkan manusia membuat pertimbangan untuk membezakan apa yg betul dan apa yang salah. Secara umumnya, prinsip moral terbentuk melalui nilai budaya yang wujud dalam suatu masyarakat pada sesuatu masa. Nilai moral biasanya dilihat sesuatu berkait terus dgn nilai agama. Definisi moral dan etika biasanya dirujuk secara saling bertukar (interchangable). Namun, etika boleh disifatkan sebagai suatu piawaian tingkah laku yang diterima dalam suatu komuniti yang membolehkan manusia dalam komuniti itu hidup bersama secara harmoni. Dengan kata lain, etika adalah suatu terjemahan piawaian nilai moral ke dalam satu bentuk kod atau garis panduan sosial dalam suatu komuniti. Sebagai contoh kita mempunyai kod etika dalam bekerja dan kod etika dalam perniagaan.

Kualiti moral pada diri seorang individu/pekerja akan menerbitkan sifat seperti kejujuran, amanah, bertanggungjawab, empati kepada orang lain, keberanian, ketegasan, kemesraan, kasih sayang, kesabaran dan semua kelakuan yang terpuji.

Nilai dan kualiti ini sangat diperlukan dan dituntut dalam industri dan pasaran kerja di mana ianya akan menghasilkan suasana kerja yang harmoni dan produktif.

Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Pada 18 Jun 2021
“Penceramah yang sangat sporting and interesting. Kursus ini amat berguna buat pelajar yang bakal menghadapi alam pekerjaan”, – Nurul Faqihah Binti Zainal Abidin – Pengurusan Perniagaan

Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi ini mendedahkan kepada peserta keseluruhan konsep yang tepat mengenai etika kerja dan etika komunikasi, seterusnya menerapkan pemahaman dan jati diri yang kukuh kepada peserta untuk mencapai kecemerlangan ketika memasuki pasaran kerja dan memulakan kerjaya kelak.

Selamat maju jaya kepada semua peserta, selamat menjalani latihan industri dengan penuh azam dan semangat yang terbaik. Selamat melangkah ke alam industri dengan penuh bergaya dan bersedia berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diusahakan, in sha Allah.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi ini;

1. Program yang sesuai untuk pelajar universiti dan kolej kerana ia adalah perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh pelajar yang bakal menduduki intern – Ana Nasuha Binti Asmadi – Pengurusan Perniagaan

2. Pendapat saya, gaya penyampaian penceramah sangat interaktif dan kursus ini sangat disyorkan untuk orang lain kerana tidak semua orang mengetahui tentang cara etika kerja yang betul yang boleh diamalkan – Nur Fakhriah Nabilah Binti Mohd Azmi – Seni Kulinari

3.Penceramah yang sangat sporting and interesting. Kursus ini amat berguna buat pelajar yang bakal menghadapi alam pekerjaan – Nurul Faqihah Binti Zainal Abidin – Pengurusan Perniagaan

4. Saya sangat suka dengan program hari ini dan ilmu ini tidak boleh dapat kat tempat lain – Luqman Izzuddin Bin Hasman – Diploma Teknologi Elektrik

5. Program ini sangat sesuai didedahkan kepada pelajar – Hanida Binti Mohd Aris – Jabatan Pendidikan Umum

6. Pendapat saya program ini sangat bagus dan berguna untuk orang yang baru nak masuk alam pekerjaan. Program ini sangat menarik – Yasmin Binti Nur Azrudin – Pengurusan Perniagaan

7. Very efficient and well versed in the subject – Caroline Selvarani A/P Rajasingam Solomon – Pendidikan Umum

8. Program yang sangat baik dan mampu menyampaikan maklumat dengan berkesan – Nuriy Nazihah Binti Norhizam – Sains Rumah Tangga

9. Penceramah tidak menjemukan, sangat menarik dan profesional – Nazahiyah Binti Abdul Kadir – Guru

10. Saya telah banyak memperoleh ilmu baharu dalam kursus ini – Raja Arif Shah Bin Raja Idzam Shah – Diploma Elektrik

11. Sangat sporting dan program ini menyeronokkan – Yasmin Hanis Bt Suhaimi – Secretary Administration

12. Bagus dalam pengendalian program – Intan Munirah Binti Radzi – Jabatan Pendidikan Umum

13. Bagus berkeyakinan memberikan suara yang kuat dan tidak mengantuk walaupun lama – Nur Inshira Binti Khaidier – Kosmetologi

14. Sangat bagus, penceramah sangat ramah dan sporting – Noor Hazwani Anisa Bt Noor Hazilan – Diploma Bakeri Dan Pastri

15. Sangat bagus, komunikasi dua hala yang berkesan – Trisya Adrianna Binti Ibrahim – Seni Reka Fesyen

16. Penceramah menyampaikan objektif dengan jelas dah mudah difahami – Arnie Darwina Idayu Binti Asmadi – Seni Reka Fesyen

17. Baik dan banyak ilmu bermanfaat yang diberi – Nor Asmah Binti Bakin – Pendidikan

18. Sangat bagus – Puteri Nor Shafikah Dania – Kesetiausahaan Pentadbiran

19. Bagus, penceramah selalu buat joke dan tidak terlalu serius – Nurul Aini Hayati Binti Rashidi – Seni Reka Fesyen

20. Pada pendapat saya penceramah seorang yang sangat sporting – Afnan Hakimi Bin Ismail – Diploma Elektrik

21. Sangat baik – Arif Ghazali Bin Rosman – Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

22. Bagus – Suhaili Binti Takyin – Guru

23. Bagus – Nurfarhanah Aleesya Binti Zulkarnain – Seni Kulinari

Anda berminat untuk mengadakan Webinar Etika Kerja Dan Komunikasi ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

 

Saturday, June 19th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments