Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia | 19 Januari 2021

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia Pada 19 Januari 2021

Alhamdulillah, pada 19 Januari 2021 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk mengendalikan Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri. Kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengendalikan bengkel ini secara dalam talian kepada hampir 120 orang kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia, di mana para peserta mengikuti kursus ini dari pejabat di Jabatan Penerangan di negeri masing-masing dan ada juga yang mengikuti bengkel ini dari rumah bagi peserta yang bekerja dari rumah (WFH).

Para peserta yang menyertai Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri terdiri daripada Penolong Pengarah, Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Akauntan, Pembantu Penerangan, Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir, Pemandu, Artis Budaya, Juruaudio Visual dan Pembantu Awam Jabatan Penerangan Malaysia.

 

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang etika penampilan seorang pegawai yang profesional, membantu para peserta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan corporate-wear mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memberi ruang kepada peserta mendapatkan ilmu penampilan imej profesional yang berkesan dan cara berkomunikasi yang berkredibiliti sebagai elemen asas yang perlu ada sebagai seorang pegawai yang berketerampilan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

 

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia

 

Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri Jabatan Penerangan Malaysia
Alhamdulillah terima kasih di atas komitmen hebat daripada semua peserta sepanjang kursus. Terima kasih kepada urusetia daripada Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya di atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Kami mendoakan agar segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada kesemua peserta untuk semakin mantap dan berketrampilan dalam kerjaya dan kehidupan, in sha Allah.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan setiap peserta yang hadir akan semakin mantap dan cemerlang dalam mendaki tangga kejayaan kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri :
  1. Penceramah terbaik dan jelas dalam menyampaikan ceramah, mudah difahami dan berinteraksi dengan audien. Topik juga menarik, semoga kursus ini dijadikan kursus wajib dua kali setahun. – Sharifah Fairuz Binti Mohd Tahir – Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  2. Sangat menarik , penceramah yang pandai berinteraksi dengan peserta walaupun secara maya/virtual – Mohamad Fikri bin Johari – Pembantu Penerangan S19
  3. Penceramah sangat responsif dan mampu memberi penerangan dengan baik. – Matfazly Bin Mat Kasim – Penolong Pegawai Penerangan S29
  4. Bagus dan perlu diteruskan pada tiap-tiap tahun. – Siti Nur Atiqah Binti Kamaruzzaman – Setiausaha Pejabat N29
  5. Penyampaian penceramah adalah sangat baik dan kandungan bahan ceramah sangat baik dan membantu – Rozilawati Binti Razali – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  6. Santai dan terperinci – Charlane Aloysius Sitiam – Pembantu Penerangan S19
  7. Penceramah mesra dan penjelasan detail – Florence Lu Lee Min – Pembantu Penerangan S19
  8. Seronok…Penceramah friendly, banyak ilmu yang dipelajari, suka sangat…terhibur!  – Yuni Azleen Binti Othman – Artis Budaya B19
  9. Penceramah yang bagus dan boleh diadakan lagi pada masa akan datang – Nurfazilah Binti Mohd Sukri – Penolong Akauntan W29
  10. Sangat menarik dan penceramah sangat profesional dalam menyampaikan ceramah & sangat bepengetahuan tinggi. – Norlydiana Binti Ishak – Pembantu Penerangan S19
  11. Apa yang disampaikan oleh penceramah amat senang difahami dan banyak ilmu yang didapati daripada program ini. – Daniel Anak Gagat – Juruaudio Visual N19
  12. Kursus ini sangat menarik dan dapat banyak ilmu tentang penampilan – Siti Noor Ain Binti Mohd Zain – Pembantu Penerangan S19
  13. Sangat bagus dan penyampaian mudah difahami – Mastika Hablum – Pembantu Penerangan 22
  14. Secara keseluruhan, mantap dan mudah difahami. – Azri bin Zainal Abidin – Penolong Pegawai Penerangan S40
  15. Penyampaian tajuk yang berkesan – Rupida binti Alias – Pembantu Tadbir, N22
  16. Kursus ini amat berguna dalam kehidupan seharian – Azieana Farhana Binti Mohd – Pembantu Tadbir / N19
  17. Penyampaian maklumat yg berkesan. – Nuranisha binti Sharif – Pembantu Penerangan S22
  18. Lawak dan tidak bosan. – Zainudin Bin Nurdin – Pembantu Penerangan S19
  19. AWESOME ?????? – Elena Royani Binti Mohamad Yusof – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  20. Program ini banyak memberi ilmu. Penyampaian ceramah senang difahami. – Marina Hila binti Idris – Pembantu Penerangan S19
  21. Berpengalaman dan berpengetahuan. – Azuary Bin Abdul Azis – Penolong Pegawai Penerangan S38
  22. Program yang efektif dan cara penyampaian yang mudah difahami dari penceramah – Muhammad Rosazahan Bin Md Azuan – Pembantu Penerangan S19
  23. Sangat baik dan memberi input yang sangat berguna kepada peserta. – Adelaidah Arshad – Pembantu Penerangan S19
  24. Sangat Baik & Jelas – Nor Atikah Binti Sharif – B19
  25. Mudah difahami – Noor Amirah Bt Daman Huri – Pembantu Penerangan S19
  26. Alhamdulillah…. terbaik! – Zaibeenorsari Binti Nordin – Pembantu Penerbitan N22
  27. Menarik dan banyak ilmu yang jelas – Noorazriyah Binti Kamarudin – PT (P/O) N19
  28. Sangat bermanfaat – Aidil Azhar bin Mat Isa – Pembanci Penerangan s19

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Online Imej & Keterampilan Diri ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, January 21st, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments