Kursus High Impact Presentation Skills | Kementerian Kesihatan Malaysia | 5 Mac 2020

Kursus High Impact Presentation Skills Kementerian Kesihatan Malaysia Pada 5 Mac 2020

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengendalikan Kursus High Impact Presentation Skills pada 5 Mac 2020 yang lalu bertempat di Bilik Latihan Aras 11 Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Putrajaya Malaysia. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti diri yang hebat dengan mempelajari ilmu pengucapan awam ini.

Kursus High Impact Presentation Skills

Gentar, takut dan kurang yakin untuk bercakap di hadapan ramai orang! Perasaan ini dihadapi oleh ramai orang termasuk mereka yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi. Walaupun ada yang bergelar ketua dan biasa memberikan arahan kepada kakitangan bawahan, tidak semestinya seseorang itu mempunyai keberanian dan kemahiran berucap di hadapan ramai orang. Bukan semua orang mampu berdiri di hadapan orang ramai dan memberikan ucapan dengan penuh keyakinan dan kemahiran menarik perhatian audien sepanjang tempoh ucapan tersebut.

Jangan percaya kepada seseorang yang menyatakan kepada anda bahawa isi kandungan yang anda ucapkan dan cara anda menyampaikannya tidak penting asalkan anda berani menyampaikan ucapan itu. Kita adalah makhluk sosial yang menggunakan kata-kata sebagai alat komunikasi yang amat penting. Kita menilai orang daripada cara mereka bertutur, buah butir yang mereka tuturkan dan bagaimana mereka menuturkannya.

Penyampaian merupakan satu acara yang pada acara tersebut anda perlu berdiri di hadapan khalayak untuk menyampaikan ceramah tentang kerja anda, produk atau syarikat anda. Acara tersebut mungkin satu penyampaian kepada beberapa orang rakan sekerja anda tentang kemajuan kerja anda setakat ini atau tentang cadangan yang baharu; kepada keseluruhan pasukan pengarah tentang kemajuan yang dibuat oleh bahagian anda; kepada khalayak yang mungkin kumpulan kecil atau kumpulan yang amat besar sehingga beratus-ratus jumlahnya, dari rakan sejawat hinggalah kepada pesaing anda dalam industri tentang sesuatu yang diusahakan oleh syarikat anda, atau acara-acara lain yang seumpamanya.

Persamaan yang ada pada semua acara ini ialah anda perlu berdiri di hadapan khalayak dan menerangkan sesuatu dengan cara yang dapat difahami oleh mereka dan yang dapat menarik minat mereka untuk mendengar, memahami seterusnya bertindak mengikut apa yang anda cadangkan. Oleh sebab anda menjadi pusat tumpuan perhatian, imej anda adalah bahagian yang amat penting pada proses penyampaian. Proses ini merupakan satu peluang yang terbaik untuk meningkatkan imej anda di mata ‘orang penting’ dalam bidang kerja anda.

Walaupun kandungan ceramah anda baik, khalayak tidak akan kagum jika disampaikan dengan cara yang lemah oleh seseorang yang tidak mengambil kira faktor imej. Sebaliknya, jika isi kandungan ceramah anda lemah, tetapi disampaikan oleh seseorang yang berjaya menampilkan imej yang menimbulkan impak dan empati, maka anda akan dikenang sebagai orang yang menarik dan hebat, namun tidak dapat pula menyampaikan ceramah dengan baik. Personaliti penyampainya hebat, tetapi ceramahnya pula memalukan.

Kursus ini akan membantu anda melalui kesukaran membuat penyampaian dan akan menunjukkan cara membuat penyampaian yang betul dan car membuta persediaan supaya dapat digunakan untuk membantu anda membuat penyampaian dengan cara yang terbaik agar imej anda kelihatan lebih menarik.

Kursus High Impact Presentation Skills

Kursus High Impact Presentation Skills

Dalam proses membina dan mendaki tangga kerjaya, kita perlu cuba sedaya upaya menampilkan kebolehan dan keyakinan diri ketika diminta memberi ucapan.  Kemahiran pengucapan awam mampu melonjakkan kredibiliti dan ketrampilan diri kita dalam tangga membina kerjaya ke tahap yang tertinggi. Persiapkan diri dan penuhi ilmu dan kemahiran pengucapan awam dalam diri agar tidak kelam-kabut apabila perlu berhadapan dengan orang ramai dan berucap, sama ada menyampaikan ucapan, menyampaikan usul dan buah fikiran, memberikan arahan dan taklimat kerja, menyampaikan perkongsian dan presentasi di seminar-seminar atau ketika dijemput dalam slot bual-bicara di media.

 

 

Dalam Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini, para peserta yang hadir telah mempelajari teknik lontaran vokal dan nada suara yang mantap serta sebutan yang jelas dan berkredibiliti. Mereka juga mempelajari teknik untuk bagaimana kelihatan profesional dengan ketrampilan bahasa tubuh yang berpengaruh, dan gaya berucap yang meyakinkan. Dan yang paling hebat, para peserta didedahkan dengan rahsia bagaimana menyusun konten yang berpengaruh, menggunakan teknik konten marketing yang menyentuh butang logik, emosi dan tindakan, teknik menyusun flow yang berkesan menggunakan teknik empat penjuru, dan teknik memilih perkataan dan laras bahasa menggunakan ilmu bahasa multisensori.

Kursus High Impact Presentation Skills

Kursus High Impact Presentation Skills

Kursus High Impact Presentation Skills

Di samping itu mereka mendapat teknik bonus membina pengaruh ucapan dengan teknik mirroring & matching, dan teknik metafora dalam memberi kejutan kepada audien. Kursus dijalankan dengan 80% daripada kaedah penyampaian adalah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti praktikal dan latihan secara individu, berpasangan dan berkumpulan untuk memantapkan pemahaman dan memberi pengalaman sebenar kepada setiap peserta.

Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus High Impact Presentation Skills ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan imej, kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kursus High Impact Presentation Skills

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus High Impact Presentation Skills ini :

  1. Penceramah hebat! – Azrul Fazli Kamarudin – Ketua Penolong Setiausaha
  2. Overall kursus meliputi seluruh aspek penyampaian ceramah daripada persediaan sebelum ceramah sehingga selesai – Wan Nur Azila bt. Wan Setapa – Ketua Penolong Setiausaha
  3. Sangat berpengetahuan – Shima – Ketua Penolong Setiausaha
  4. Kursus yang berkesan cuma masa tidak mencukupi – Norazlin Mohd Nor – KPSU
  5. Penceramah mampu menarik minat dan mesra dengan peserta kursus (approachable). Program secara keseluruhannya telah memberikan ilmu baru kepada para peserta – Connie – Penolong Setiausaha Kanan
  6. Penceramah berpengalaman dalam topik pada hari ini – Siti Rohani Bt Ahmat – PSUK (SSP)
  7. Penyampaian yang berkesan – Nurizzati Bt Mohamad – PSU

Anda berminat untuk mengadakan Kursus High Impact Presentation Skills ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Friday, March 6th, 2020
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments