Kursus Pemantapan Komunikasi Interpersonal
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Komunikasi Interpersonal pada 19 – 22 Ogos 2019, bertempat di Bilik al-Khawarizmi, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan kesemua peserta yang hadir daripada seluruh Malaysia yang telah mengambil bahagian dengan sangat aktif serta memberikan komitmen sepenuhnya untuk memperolehi sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang kursus berlangsung.
Kelancaran sesuatu urusan dan kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran misi dan visinya banyak bergantung kepada keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan dalam organisasi tersebut. Keberkesanan komunikasi bukan sekadar perlu wujud dalam komunikasi sesama kakitangan, namun yang lebih kritikal dan diambil perhatian serius ialah keberkesanan komunikasi yang menyeluruh termasuklah komunikasi bersama pelanggan, pembekal, pihak atasan dan masyarakat.
Komunikasi yang berkesan bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, ia mampu membuatkan seseorang pekerja itu diterima, disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasinya.
Kenapa proses komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting? Antara kelebihannnya kerana ianya adalah medium utama untuk melakukan pekerjaan. Apabila komunikasi diamalkan dengan teknik dan ilmu yang tepat, ianya mampu melancarkan proses kerja dan menjadikan sesuatu urusan itu berjalan lancar, efisien dan mencapai objektif organisasi.
Kursus Pemantapan Komunikasi Interpersonal ini bukan sekadar memberikan kemahiran komunikasi berkesan, lebih daripada itu dalam kursus ini ditekankan adab-adab komunikasi ketika berurusan secara profesional, terutama berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu dan rakan sekerja.
Mungkin ramai yang mengambil mudah terhadap kepentingan mengaplikasi adab-adab atau etiket sosial dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedar, adab yang diaplikasikan itulah yang menjadi faktor penting terhadap penerimaan mesej dalam proses sesebuah komunikasi, terutama komunikasi dalam urusan kerja dan urusan rasmi.
Setiap perkataan dan ayat yang dipilih dan dilontarkan, cara dan nada perkataan itu disebut serta tingkah-laku serta isyarat tubuh yang mengiringi mesej tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam proses penerimaan mesej. Ayat yang dilafazkan bukan sekadar ayat, namun ianya menunjukkan sikap dalaman diri, penghormatan kepada orang lain, cara berfikir dan niat seseorang.
Lupakan apa sahaja personaliti asal diri kita. Dalam adab komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan, nilai personaliti diri dan nilai profesionalisme dalam kerjaya adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Apapun personaliti diri dan personaliti komunikasi kita, menjadi seorang yang beradab dan profesional dalam komunikasi adalah perkara yang sangat penting dan memberi kesan besar kepada suasana bekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Kemahiran adab dalam komunikasi berkesan bagi seseorang pekerja pastinya akan mampu melancarkan urusan kerja, seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Di sini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Pemantapan Komunikasi Interpersonal ini :
- Penceramah seorang yang kreatif dan inovatif dalam menyampaikan semua slot dalam program ini sehingga para peserta mendapat input yang sangat bermakna untuk diterapkan di masa hadapan – Umirrul Shima binti Ismail – Pembantu Tadbir (P/O)
- Sungguh menghiburkan dan ahli kursus dapat menumpukan 100% setiap topik dalam kursus ini – Saliza binti Hashim – PPTM 9
- Excellent + mantop – Abdul Hamid bin A. Latib – Penolong Jurutera, JA38
- Terbaik 5 bintang (High class) Nanti jumpa lagi (Jangan lupa ye) – Kamarul Fazrin bin Zanardin – Penerbit Rancangan
- Mesra, penuh ilmu, bergaya, berketerampilan, disenangi – Nurfatin Izzati binti Mustapha – Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
- Saya amat berpuashati dengan objektif dan kandungan program ini – Zaidatul Akhma Makhtar – Pembantu Hal Ehwal Islam
- Input yang sangat membina sepanjang kursus. Penuh dengan aura positif – Nadhirah binti Mohd Rodzi – Penolong Pegawai Antidadah
- Penceramah berjaya menyampaikan mesej kursus ini dan meningkatkan pemikiran positif dalam kerjaya dan kehidupan seharian – Siti Zurieyanna Kamil – Pembantu Tadbir N22 (KUP)
- Tahniah, sangat baik dan bermanfaat – Mohd Dzul Fadhli
- Sangat baik – Mohd Nur Hidayat bin Kadir Osman – Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Penceramah sangat sporting dan best. Program sangat membantu kakitangan – Nor Liyana binti Nasurdin – Pembantu Syariah LS19
- Sangat baik dan cemerlang – Mohd Zaidi bin Hamdan – Pembantu Syariah
- Sangat terbaik dan berpengetahuan. Semoga Puan Raihan dan team Awaken Consultant terus suksess. In sya Allah. Saya cuba panjangkan Konsultan Puan kepada pihak AADK – Harnani binti Hassan – PPAD (S29)
- Baik + menarik – Rosmawati Ab Rahman – Penerbit Rancangan
- Bagus & menarik – Azira binti Ibrahim
- Mempunyai banyak idea – Fauzan – PHEI
- Bagus – Shukri – PHEI
- Terbaik – Muhamad Afiq Wafiuddin bin Md Zulpakar – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Baik – Mohd Razman bin Mohd Arshad – Pembantu Hal Ehwal Islam
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Komunikasi Interpersonal ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!