Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam Siri 1
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam selama dua hari pada 20-21 Februari 2019, bertempat di Bilik Kuliah Orkid, Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan.
Sekalung penghargaan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam Siri 1 ini kepada hampir 30 orang kakitangan Jabatan ini yang hadir dari seluruh Negeri Sembilan.
Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input yang diperolehi dalam Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang hadir memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.
Selain daripada itu, objektif Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam ini adalah seperti berikut :
- Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Imej adalah persepsi orang ramai terhadap siapa diri kita melalui apa jua bentuk komunikasi sama ada verbal dan non-verbal daripada diri kita. Menjaga dan menguruskan imej diri bererti, bagaimana kita sebagai seorang individu mampu dan bijak menguruskan pandangan orang ramai terhadap siapa diri kita secara positif.
Menjaga dan menguruskan imej organisasi pula bererti, bagaimana kita sebagai kakitangan dan duta kepada organisasi kita mampu dan bijak menguruskan pandangan pelanggan dan orang ramai terhadap organisasi kita agar kekal dihormati dan diakui reputasi dan kredibiliti sebagai sebuah organisasi yang boleh dipercayai dan diharap.
Penjagaan dan pengurusan imej diri merangkumi keseluruhan elemen penampilan, amalan penjagaan dan kebersihan diri, tingkah laku (di mana etiket, adab dan ketertiban diambil kira), juga cara kita berkomunikasi sama ada lisan atau bukan lisan.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam Siri 1 ini :
- Penyampaian yang sangat kreatif dan berkesan!– Nurul Martiilla Binti Che Omam – PPHET
- Penceramah memberikan banyak idea dan contoh yang mengikuti peredaran semasa – Norami Kasim – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Penceramah berjaya menarik minat peserta. Program ni dapat meningkatkan pengetahuan tentang keterampilan diri – Habibah Binti Ujang – Pegawai Pekhidmatan Pendidikan
- Penyampaian sangat bagus dan ikhlas – Ahmad Hafiz Bin Ahmad Kamal – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Penceramah ini menyampaikan modul kursus tersebut dengan jelas dan melalui program ini banyak membantu saya menjaga keterampilan diri secara profesional – Siti Hajar Bt Abdullah – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Gaya penyampaian santai, mudah difahami, menarik minat peserta-peserta kursus, mampu berkomunikasi dengan peserta-peserta dengan baik. – Marlinah Bini Saib – Pembantu Makmal
- Penyampaian yang menarik dan ilmu yang boleh dipraktikkan di organisasi – Mohamad Bin Aspari – GPK Kokurikulum
- Sangat bagus. Banyak memberi ilmu yang bermanfaat – Nooryati Binti Pain – Guru
- Penceramah mempunyai kemahiran untuk menyampaikan setiap topik yang dibincangkan dan secara keseluruhan program ini baik untuk oranisasi – Siti Rohaida Bt Majid
- Penceramah memberikan penerangan dengan jelas dan tenang. Secara keseluruhan program ini berjaya. –Mona Liza Bt Mohamad Yusof – Pembantu Tadbir
- Sangat berpuas hati – Nur Izzafadhila Binti M.Nadzari – Rakan Ziarah (B.Dakwah)
- Sekiranya kursus ini dipanjangkan lebih dari 2 hari, boleh mengembangkan lagi isi /kandungan kursus. – Siti Norfaizah Binti Idris- Pembantu Tadbir (PT10)
- Sangat bagus, mudah dan jelas difahami. – Zihamimah Bt Muslim – Pem Hal Ehwal Islam
- Sangat berpuas hati dengan kursus ini – Noorhaily Binti Tomin – PT(P/O)
- Very good – Mohd Fadlul Bin Mustaffa – Penolong Pegawai
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!