Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional | 6 Februari 2018 | IKM Besut

Tim Perunding Imej Malaysia dijemput mengendalikan Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional Pada 6 Februari 2018 yang lalu bersama hampir 350 orang penuntut IKM di  Besut, Terengganu.

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu mengenai tatacara penampilan diri, komunikasi dan adab serta tingkah-laku profesional sebagai persediaan para pelajar untuk membentuk personaliti yang profesional yang diperlukan untuk memasarkan diri dalam alam pekerjaan dan perniagaan kelak. Kami memberikan pendedahan tentang dunia realiti pekerjaan di mana ketrampilan personaliti, komunikasi dan adab adalah perkara yang kritikal dalam membina masa hadapan kerjaya yang gemilang.

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional

Walaupun ramai yang percaya kepada pepatah ‘don’t judge a book by it’s cover’ atau ‘people should not judge us by our outer appearance’, namun realitinya dan hakikatnya, dalam sedar ataupun, kajian menunjukkan luaran imej diri kita tetap dinilai dalam masa 7 saat pertama sesuatu pertemuan. 7 saat pertama adalah saat-saat penting dan kritikal dalam sesuatu pertemuan. Dalam masa 7 saat pertama inilah, pandangan atau pendapat seseorang pada diri kita boleh dinilai dengan hanya melihat cara kita berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi kerana ia mampu menonjolkan tahap keyakinan, kepercayaan, tahap kejayaan, keupayaan kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan sebagainya.

Sayangnya, ada ramai graduan di luar sana yang kurang memikirkan tentang penampilan dan imej diri sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah mencari pekerjaan. Malah ada juga yang langsung tidak memikirkan bagaimana pendapat majikan dan orang lain tentang diri mereka.

 

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional ini turut menekankan mengenai persediaan membentuk jenama diri yang mantap dalam rangka membina kerjaya atau perniagaan. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan orang lain dan masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.

Bagi graduan yang sedang mencari kerja atau membina kerjaya, amat penting mereka merancang dan membangunkan jenama diri dengan personaliti yang positif dan profesional.

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional

Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain.

Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi.

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kelebihan dan kepakaran yang cemerlang dan melebihi calon lain, sesuatu yang akan membuat anda menonjol daripada orang yang lain. Jadilah berbeza !

Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional

Anda berminat untuk mengadakan bengkel Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

Thursday, February 8th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments