5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat

5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat – Menyentuh mengenai pemilihan kemeja kerja bagi wanita, adalah amat penting bagi wanita untuk memahami etika pemakaian sewaktu bekerja.  Kadang-kala masih wujud sebahagian wanita yang tersasar dalam memilih pemakaian yang betul untuk ke pejabat , yang menyebabkan datang ketidakselesaan pada mata yang memandang .

Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja boleh menarik perhatian rakan sekerja, majikan dan pelanggan. Cara berpakaian seorang pekerja juga boleh menjadi faktor penghalang bagi dirinya untuk melangkah jauh dalam kerjaya. Pada artikel kali ini, Perunding Imej Muslimah ingin bantu muslimah bekerja di luar sana dengan tips pemilihan kemeja wanita ke pejabat.

1. Pemilihan Material Kemeja Wanita Ke Pejabat

 

5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat

Kemeja yang diperbuat daripada kain jenis berkilat atau mengikut bentuk badan seperti satin, sifon atau kain lycra adalah kurang sesuai dipakai ke pejabat. Selain daripada itu, memilih kemeja yang diperbuat daripada kain denim untuk ke pejabat juga merupakan kesilapan besar bagi wanita bekerja.

Pilihlah kemeja yang diperbuat daripada fabrik yang memberikan bentuk kemeja yang lebih berstruktur dan kemas serta memberikan keselesaan seperti fabrik kapas atau yang mempunyai campuran kapas atau linen. Kebiasaannya material satin dan sifon digunakan untuk membuat tudung, dan tudung daripada kain satin (yang tidak terlalu berkilat) dan sifon ini sesuai untuk digayakan kerana akan kelihatan lebih profesional dan elegan.

2.  Memilih Warna Kemeja Wanita Yang ‘Selamat’ Ke Pejabat

5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat

Pemilihan warna adalah sangat penting dalam pemakaian kemeja kerja. Kemeja yang mempunyai satu, dua atau tiga warna adalah pilihan yang paling baik bagi wanita bekerjaya untuk ke pejabat.  Jika anda memakai pakaian yang melebihi tiga warna ke pejabat, kesannya anda akan kelihatan terlalu meriah, agak mengganggu pandangan orang lain di pejabat dan tidak kelihatan profesional.

Pilihan warna kemeja yang paling sesuai ke pejabat adalah warna-warna korporat seperti kelabu, krim, coklat dan putih. Sekiranya anda tidak menggemari warna-warna ini atau tidak mahu kelihatan terlalu serius, anda juga boleh mengenakan warna-warna fesyen yang bertona cair, seperti kemeja berwarna biru cair, kuning cair, hijau cair dan lain-lain.

3. Saiz Kemeja Wanita Yang Betul Dan Bersesuaian

5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat

Rekaan dan potongan baju kemeja muslimah ini ada bermacam-macam jenis. Meskipun begitu, pastikan saiz atau ukurannya kena dengan bentuk badan si pemakai. Dengan pemilihan saiz yang bersesuaian dan tepat dapat mendatangkan keselesaan kepada si pemakai. Pemilihan saiz kemeja yang bersesuaian dan tepat mestilah tidak terlalu besar dan tidak ketat.

4. Pemilihan motif rekaan kemeja pejabat yang bersesuaian

5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat

Jika mahukan kelainan, tidak ada salahnya jika mahu memilih kemeja yang bermotif. Kalau asyik berkemeja polos atau plain sahaja, tentu bosan juga kan. Sekiranya mahu memakai kemeja bermotif ke pejabat, sebaiknya pilihlah kemeja bermotif yang bersesuaian dengan karakter sebagai wanita bekerja. Motif yang menonjolkan kematangan dan ketegasan dalam bekerja adalah motif garis, abstrak dan geometri.

Adalah kurang sesuai memilih kemeja bermotifkan bunga atau flora kerana ia menonjolkan watak dan gaya yang terlalu feminin, kurang serius dan lemah lembut. Kemeja bermotif garis akan meninggal efek elegan. Manakala motif abstrak sesuai jika kita mahukan gaya edgy. Bagi mendapat kesan preppy look, kenakan kemeja bermotifkan tartan.

5. Elakkan Potongan Rekaan yang Berlebihan

5 Tips Pemilihan Kemeja Wanita Ke Pejabat

Elakkan kemeja dengan potongan dan gaya terlalu fancy dan berfesyen ke pejabat. Memakai pakaian yang terlalu berfesyen ke pejabat akan mengurangkan kredibiliti dan kewibawaan seorang wanita ketika bekerja, kerana akan dikaitkan dengan wanita yang hanya disibukkan dengan arus dunia fesyen. Potongan pakaian yang fancy juga hanya akan meyebabkan pemakai kelihatan terlalu manja dan tidak tegas sewaktu bekerja.

Anda masih mahukan tips penampilan wanita korporat? Klik di sini untuk lebih lagi!

 

 

Monday, February 19th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments