Kursus High Impact Presentation Skill | Jabatan Pembangunan Kemahiran | 19-20 Mac 2019

Kursus High Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan untuk mengendalikan Kursus High Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh kepada 14 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai penceramah yang perlu menyampaikan kursus dan taklimat kepada pelanggan mereka dan orang ramai.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Kursus High Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh ini berlangsung selama 2 hari di Bilik Seminar Teluk Danga Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Tingkat 18, Menara KWSP, Johor Bahru, bermula pada 19 Mac dan berakhir pada 20 Mac.Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh ini dan tahniah juga atas komitmen hebat setiap peserta yang hadir selama 2 hari ini untuk menimba ilmu dan teknik terkini yang berkesan sebagai seorang penceramah yang berkrediliti.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

 

Para peserta terdiri daripada Pegawai yang antara rutin tugasan mereka adalah sering memberikan ucapan sama ada berbentuk taklimat dan ceramah serta lain-lain urusan yang mereka perlu tampil berucap. Mereka bukan sekadar memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menyampaikan ucapan dan ceramah, malah mereka perlu mahir dengan teknik terkini dan kreativiti menarik perhatian audien untuk mendengar cermah mereka dan mengambil tindakan atas saranan dan cadangan yang diberikan.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh
Penceramah yang sederhana memberitahu. Penceramah yang bagus menerangkan. Penceramah yang hebat menunjukkan caranya. Penceramah yang bijak memudahkan.

 

Mereka juga memerlukan teknik menyusun konten dan ‘flow’ ucapan yang berkesan serta berpengaruh, mahir menggunakan ayat dan laras bahasa yang pelbagai dan ‘multisensori’ untuk disesuaikan dengan audien mereka yang latarbelakangnya daripada pelbagai bidang dan industri.

Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau saranan buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Penceramah yang sederhana memberitahu. Penceramah yang bagus menerangkan. Penceramah yang hebat menunjukkan caranya. Penceramah yang bijak memudahkan.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

 

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Kursus High Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam serta ketrampilan bertutur yang berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan ketrampilan bertutur mereka selepas tamat kursus ini.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Kursus Highh Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik Kuasa ‘First Impression’-teknik ketrampilan bertutur dan posture tubuh yang mantap dan berpengaruh.

Seni lontaran suara dan vokal yang padu, posture tubuh yang menarik dan berkesan serta kelebihan menarik perhatian pendengar dengan teknik metafora, konten yang berpengaruh, formula ‘Matching’, formula penggunaan ayat dan perkataan ‘Multisensori’, teknik ‘Empat Penjuru’ dan ‘Powerful Power Slide Presentation’ adalah antara modul yang dikongsikan dengan para peserta yang hadir dalam Kursus High Impact Presentation Skill ini.

Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Kursus High Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh ini juga mendedahkan teknik yang betul untuk membuat ‘presentation slide’ secara profesional kepada para peserta. Kemahiran membina ‘presentation slide’ yang berkesan adalah amat  penting dalam kerana slide adalah alat pembelajaran yang pastinya akan membantu penceramah bagi melancarkan ceramah dan menyampaikan mesej dengan lebih berkuasa dan berkesan, selain daripada membantu penceramah supaya sentiasa dalam ‘flow’ yang betul dalam menyampaikan ucapan mereka.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus High Impact Presentation Skill ini :

  1. Kursus ini memberi kesan dalam membentuk personaliti penceramah untuk menyampaikan ceramah secara keseluruhannya.- Nordiana Binti Ahmad – Penolong Kanan Pengarah
  2. Berpengalaman luas dan banyak ilmu. Thank you very much – Wan Nur Fauzan Bt Mohd Fauzai – Penolong Kanan Pengarah
  3. Kursus ini baik dan berkesan – Zalina Abdul Rahman – Penolong Kanan Pengarah
  4. Penyampaian jelas dan teratur – Md Najib Sairi – Pegawai Pembangunan Kemahiran
  5. Program ini sangat menarik dan sesuai untuk penceramah – Norhidayati Aspan – Setiausaha Pejabat
  6. Baik – Mohd Faizal Bin Md Rosli – JPKWSNTeknik Pengucapan Awam Berpengaruh

Anda berminat untuk mengadakan Kursus High Impact Presentation Skill – Teknik Pengucapan Awam Berpengaruh ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Thursday, March 21st, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments