Kursus Pegawai Perhubungan Awam | Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia | 16 -19 April 2019

Kursus Pegawai Perhubungan Awam JKKP (Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia) pada 16-19 April 2019.

Kursus Kursus Pegawai Perhubungan Awam JKKP (Protokol Majlis, Komunikasi Dan Etiket Sosial) ini telah berlangsung pada 16 – 19 April 2019 bertempat di Bilik Jade, Tingkat 11, Empress Hotel Sepang, Selangor. Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh JabatanKeselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk mengendalikan Kursus Pegawai Perhubungan Awam JKKP (Protokol Majlis, Komunikasi Dan Etiket Sosial) ini kepada 18 orang Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan daripada seluruh Malaysia. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti dan komunikasi diri yang hebat sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam dengan mempelajari ilmu protokol majlis, komunikasi dan etiket sosial ini.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Pegawai Perhubungan Awam (Protokol Majlis, Komunikasi Dan Etiket Sosial) ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pegawai perhubungan awam JKKP berkenaan dengan ilmu komunikasi profesional ketika berurusan, iaitu bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan pelanggan terutamanya, pihak media, agensi-agensi kerajaan dan swasta, rakan sekerja, VVIP dan  pihak atasan. Kursus ini juga bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Selain daripada itu, objektif kursus ini juga adalah untuk mendedahkan para peserta para peserta dengan aspek pengurusan majlis, iaitu untuk merancang, melaksana, menganjurkan dan menjalankan tugas semasa majlis-majlis rasmi anjuran Jabatan di peringkat negeri dan persekutuan. Pengisian dan modul yang dirangka dalam kursus ini adalah  untuk memberikan pendedahan, kefahaman dan kemahiran kepada setiap peserta untuk mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Adalah sangat penting bagi seorang pegawai perhubungan  awam untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan kerana ini akan menonjolkan kewibawaan diri dan Jabatan. Cara dan gaya komunikasi yang tepat dan profesional akan mampu memberi kesan yang baik terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasi.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri seorang  pegawai perhubungan  awam yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang pegawai perhubungan  awam akan mampu menjual nilai-nilai profesional Jabatan, serta nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya intergriti, kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan dan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Pengurusan imej organisasi dan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi para pegawai mereka, yang pastinya akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para peserta dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang dijangkakan oleh pihak luar dan pelanggan.

Semoga Kursus Pegawai Perhubungan Awam (Protokol Majlis, Komunikasi Dan Etiket Sosial) Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia ini memberikan para peserta yang hadir semangat dan azam baru serta akan memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Pegawai Perhubungan Awam

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Kursus Pegawai Perhubungan Awam : Protokol Majlis, Komunikasi Dan Etiket Sosial, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia ini :

  1. Penceramah berpengalaman dan menjawab soalan peserta serta memberi idea kepada peserta dengan baik sekali – Enna Yulieana Binti Suleiman – Pemeriksa Kilang dan Jentera
  2. Penceramah bersedia dengan topik yang disampaikan. Maklumat yang diberikan dengan jelas dan mudah difahami – Nor Azzura Bt Saari – Pemeriksa Kilang dan Jentera
  3. Sangat baik dan menarik topik yang disampaikan – Nur Shuhada Jusoh – Pemeriksa Kilang dan Jentera
  4. Saya amat berpuas hati, banyak perkara-perkara dalam komunikasi dengan pelanggan yang dapat dipelajari – Mohd Idzuan Bin Yunus – Pem. Pemeriksa Kilang dan Jentera
  5. Kursus yang sangat berfaedah dan banyak makumat yang disampaikan – Fazira Azita Bt Abdul Rashid – Penolong Pengarah
  6. Clear and precise – Noor I’zzati Khairussalleh – Pemeriksa Kilang dan Jentera
  7. Suara penceramah jelas dan penampilan menarik – Noor Huwaida Bt Yahaya – Pemeriksa Kilang dan Jentera
  8. Terbaik – Siti Dalila – Pegawai Perhubungan Awam
  9. Memuaskan dan terbaik – Nasfu Bin Saie – PKJ J44
  10. Penceramah bersemangat dan membantu! – Mohd Hafiz Bin Mazlan – Penolong Pengarah
  11. Terbaik – Mohd Faiss Juhari – Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
  12. Penyampaian yang baik & Jelas – Hazlee Bin Muhamad Nor – Ketua Seksyen
  13. Bersedia dan berkesan – Muhamad Nor Hikshan Bin Sam – PKJ
  14. Amat memuaskan – Mohammed – PRO
  15. Berpengalaman – Mohd Suhaimie Bin Suleiman – Pemeriksa Kilang dan Jentera

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol Majlis, Komunikasi Dan Etiket Sosial seperti ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, April 20th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments