Kursus Komunikasi & Pengucapan Awam NGO | IDR | 4-5 November 2017

Jadikan setiap saat peluang di pentas sebagai medium menyampaikan kepakaran dan keterujaan anda, dan ia bermula dengan teknik yang betul. Mempunyai ilmu dan kelebihan dalam pengucapan awam dapat menaikkan personaliti dan karisma diri seseorang.

Imej yang menarik merangkumi cara berucap yang mengkagumkan dan berpengaruh. Memiliki kamahiran pengucapan awam sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang pembentang yang hebat. Seorang pembentang juga mestilah mahir dalam cara berpakaian yang tepat dan hebat, mengikut mesej ucapan yang hendak disampaikan dan mestilah bersesuaian juga dengan siapa audien yang akan hadir mendengar ucapan, acara apa serta tempat dan waktu menyampaikan ucapan.

Kursus Komunikasi & Pengucapan Awam

Pada 4 – 5 Novemeber 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Institut Darul Ridzuan untuk mengendalikan Kursus Pengucapan Awam yang berlangsung di Training Centre, Institut Darul Ridzuan. Kursus ini mendedahkan teknik penampilan diri yang ‘wow’ serta teknik pengucapan awam yang terkini dan berkuasa untuk menaikkan reputasi dan kredibiliti diri para peserta.

Kursus Komunikasi & Pengucapan Awam

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik STAND, teknik pengeluaran suara yang berpengaruh, teknik copywriting dalam konten pengucapan serta teknik NLP dengan menggunakan audio, visual dan penggunaan prop. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kemahiran dan etika berkomunikasi secara berkesan dalam melonjakkan reputasi dan kredibiliti para peserta.

Kursus Komunikasi & Pengucapan Awam

Di akhir program ini, para peserta akan menguasai teknik STAND – ‘First Impression Does Matter’, memahami ilmu fonetiks yang berkesan dan mampu menggunakan nada suara yang berpengaruh dalam pengucapan awam, dan menguasai teknik empat penjuru dalam pengucapan awam.

Kursus Komunikasi & Pengucapan Awam

Selain itu, para peserta juga akan menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri, mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam berkomunikasi secara berkesan dan mengamalkan 12 etiket, adab-adab dan protokol dalam berkomunikasi secara berkesan.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Komunikasi & Pengucapan Awam NGO ini :

  1. “Wow.. Wow.. Wow..!! Best course I attended!” – Rizal (Executive, Boustad Naval Shipyard)
  2. “Program ini memang kurang minat kerana perlu ke depan untuk berucap. Tetapi setelah selesai kursus ini, ia memberi keyakinan serta tip-tip untuk berhadapan dengan orang ramai”. – Abdul Razak (Setiausaha, Persatuan Penduduk Ulu Kinta)
  3. “Sangat menepati keperluan pengucapan awam. Penceramah best dan cara penyampaiannya jelas dan terang”. – Noor Fauzana (Usahanita Negeri Perak)
  4. “Sangat merangsang diri dan kerohanian agar bergerak untuk menjadi seorang yang profesional presenter terbaik”. – Mohd Rafiuddin (Naib YDP, Badan Kebajikan Lembaga Air Perak)
  5. “Program ini telah dikendalikan oleh seorang penyampai yang berkemahiran dibidangnya. Teknik yang telah dipelajari dapat membantu peserta untuk pengurusan penyampaian yang lebih berkesan kepada pendengar. Syabas dan tahniah”. – LT (B) Madisa Hj Majid (Persatuan Veteran ATM).
  6. “Teruskan komunikasi 2 hala seperti ini. Saya sangat terkesan dalam penyampaian terutama ilmu tentang pergerakan dan games yang diajar. Sangat membantu dalam penyampaian saya akan datang bukan setakat pertubuhan tetapi juga untuk pengisian dalam kelas”. – Siti Zafirah (Pertubuhan Nisa Malaysia, Cawangan Perak)
  7. “Please keep up the awesome work! Know that by doing this you’re helping a lot of lives. Speaker is definitely good at what he is doing. You’ve already went too far, don’t ever stop. Keep changing people’s lives. May Allah be with you!” – Jiji (MABESPA)
  8. “Satu konsep pembelajaran yang mampu membuka minda & memberikan idea terbaik dalam pengucapan sama ada untuk memperbaiki teknik sedia ada mahupun secara total”. – Mohd Khairul Nizam (Setiausaha, Kelab Haiwan Kesayangan Perak)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, November 17th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments