Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan KUIS – Tim Perunding Imej Muslimah dijemput mengendalikan Program Finishing School : Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan pada 21 Februari 2018 bersama hampir 190 orang pelajar tahun akhir Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ilmu mengenai tatacara penampilan diri, komunikasi dan adab serta tingkah-laku profesional sebagai persediaan para pelajar untuk membentuk personaliti yang profesional. Kemahiran yang sangat penting ini diperlukan untuk para graduan bagi memasarkan diri mereka agar relevan dan kompetitif untuk memasuki alam pekerjaan dan perniagaan kelak. Kami memberikan pendedahan tentang dunia realiti pekerjaan di luar sana di mana ketrampilan personaliti, komunikasi dan adab adalah perkara yang kritikal selain daripada kelayakan akademik yang cemerlang dalam membina masa hadapan kerjaya.
Walaupun ramai yang percaya kepada pepatah ‘don’t judge a book by it’s cover’ atau ‘people should not judge us by our outer appearance’, namun realitinya dan hakikatnya, dalam sedar ataupun, kajian menunjukkan luaran imej diri kita tetap dinilai dalam masa 7 saat pertama sesuatu pertemuan. 7 saat pertama adalah saat-saat penting dan kritikal dalam sesuatu pertemuan. Dalam masa 7 saat pertama inilah, pandangan atau pendapat seseorang pada diri kita boleh dinilai dengan hanya melihat cara kita berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi kerana ia mampu menonjolkan tahap keyakinan, kepercayaan, tahap kejayaan, keupayaan kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan sebagainya.
Sayangnya, ada ramai graduan di luar sana yang masih kurang serius memikirkan tentang penampilan dan imej diri sendiri terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah mencari pekerjaan. Malah ada juga yang langsung tidak memikirkan bagaimana pendapat majikan dan orang lain tentang diri mereka.
Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan ini turut menekankan mengenai persediaan membentuk jenama diri yang mantap dalam rangka membina kerjaya atau perniagaan. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan orang lain dan masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.
Dalam kursus ini para peserta dapat memahami apakah perbezaan nilai personal diri dan nilai profesional kerjaya yang dipilih. Mereka juga perlu menetapkan bagaimana personaliti yang akan mereka bentuk dan bangunkan dalam diri mereka yang bersesuaian dengan nilai profesional kerjaya. Inilah masanya untuk para graduan mula berfikir secara serius tentang masa depan kerjaya mereka dengan mula menambahkan ilmu dan kemahiran dalam membentuk personaliti dan imej yang cemerlang.
Bagi graduan yang sedang mencari kerja atau membina kerjaya, amat penting mereka merancang dan membangunkan jenama diri dengan personaliti yang positif dan profesional.
Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain. Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kelebihan dan kepakaran yang cemerlang dan melebihi calon lain, sesuatu yang akan membuat anda menonjol daripada orang yang lain. Jadilah berbeza !
Apa kata peserta yang hadir mengenai Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan ini :
- “Contoh-contoh yang diberikan dan cara penyampaian oleh penceramah kursus ini amat jelas dalam menghalakan students untuk mencungkil personaliti positif diri.” – Qaisara Binti Hassim
- “Bernilai ! Banyak perkongsian yang diberikan, lain daripada yang lain!” – Amir Bin Khalidi
- “Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan ini menarik dan bermanfaat, penceramah berjaya menyampaikan kursus dengan efektif dan mudah difahami!” – Sayyidah Maryam Aiman Binti Surtahman
- “Penyampaian kursus ini sangat memuaskan tentang bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran dalam persiapan kerjaya.”– Siti Syahirah Binti Rosman
- “Penceramah kursus ini sangat berkarisma dan confident, sentiasa senyum dan mempunyai daya tarikan yang tinggi untuk menarik minat peserta kursus!” – Rayya Binti Muhamad
- “Pengisian yang sangat bagus untuk persediaan masa hadapan untuk memasuki alam pekerjaan.” – Nur Hafizah Binti Abdul Halim
- “Gaya penyampaian penceramah amat bertenaga dan penguasaan serta penyampaian ilmu yang baik!” – Nur Syuhadah Binti Ruslan
- “Gaya dan kaedah penyampaian penceramah sangat kreatif dan efektif!” – Nur Syazana Binti Ali
- “Penceramah sangat berpengalaman dan sporting, peserta enjoy!” – Siti Solehah Binti Azhar
- “Penceramah telah memberikan pencerahan tentang sesuatu topik dengan bersemangat dan berpengetahuan!”- Fatin Hanisah Binti Yusri
- “Modul yang disampaikan yang relevan dengan keadaan sekarang dan banyak pengetahuan yang boleh diperolehi oleh peserta!” – Asmia Binti Jasa
- “Penyampaian kursus yang bernas, mampu membuka minda bakal graduasi untuk memasuki alam pekerjaan!” – Sakinah Binti Mat Isa
- “Penceramah pandai menarik penonton untuk mendengar dan penyampaian yang berkesan!” – Halimatus Sadiah Binti Mohd Taha
- “Penyampaian yang jelas dan Kursus Ketrampilan Diri & Imej Profesional Graduan ini telah
mencapai matlamat serta objektif program!” – Nurazmina Binti Azman
Anda berminat untuk mengadakan bengkel Bengkel Ketrampilan Diri & Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!