Kursus Kerjaya Dan Imej Diri UiTM Kampus Bandaraya Melaka Pada 1 Disember 2018.
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebagai penceramah Kursus Kerjaya Dan Imej Diri untuk menyampaikan perkongsian dan modul Kerjaya Dan Penataan Imej Diri kepada pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka.
Objektif Kursus Kerjaya Dan Imej Diri ini adalah untuk membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial, menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan, memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian serta mengetahui cara menghasilkan resume yang berkualiti yang akan membuka peluang untuk dipanggil temuduga.
Bukan sekadar hanya untuk terpilih dipanggil menghadiri temuduga, slot ini juga memberikan pendedahan berkaitan alam pekerjaan yang bakal dilalui kelak oleh para pelajar. Penceramah turut menekankan persediaan dan pengurusan ‘wardrobe’ seawal kehidupan di universiti dan kolej agar mereka lebih bersedia untuk melangkah ke dalam industri untuk menjalani latihan industri seterusnya memasuki alam pekerjaan.
Dalam slot ini, penceramah memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian kerja bagi calon pekerja lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang dikongsikan dengan para peserta ialah pemilihan jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna dalam penggayaan profesional yang tepat bagi calon pekerja lelaki dan wanita.
Para peserta juga didedahkan dengan konsep penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan bakal majikan serta masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.
Penceramah juga memberikan pendedahan bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.
Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk menjalani latihan dalam industri dan semasa bekerja nanti.
Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, para peserta juga didedahkan dengan teknik penulisan resume dan etiket sosial yang akan melonjakkan nilai pasaran diri.
Sekalung penghargaan kepada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Kerjaya Dan Imej Diri ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Ceramah Kerjaya Dan Penataan Imej Diri ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kelebihan dan potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Kerjaya Dan Imej Diri ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!