Kursus Etika Berkomunikasi Jabatan Kebajikan Masyarakat | 28-30 September 2018

Kursus Etika Berkomunikasi JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Kursus Etika Berkomunikasi JKM ini telah berlangsung pada 28 – 30 September 2018 bertempat di Bilik Sarana 5 Institut Kepimpinan Dan Pembngunan UITM (ILD), Bandar Enstek, Selangor. Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengendalikan Kursus Etika Berkomunikasi ini kepada hampir 35 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terpilih daripada seluruh Malaysia. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej personaliti dan komunikasi diri yang hebat dengan mempelajari ilmu etika berkomunikasi ini.

 

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

 

 

Masyarakat selalu terpegun dengan apa pun contoh baru akal budi. ~ Ralph Waldo Emerson

Etika atau adab dalam berkomunikasi adalah perlakuan yang sentiasa disenangi, dihormati, diperlukan dan disukai oleh sesiapa pun daripada zaman dahulu hingga zaman sekarang, ianya adalah perlakuan yang sentiasa relevan dan tidak pernah lapuk. Malah etika berkomunikasi lebih kritikal diperlukan dalam dunia profesional dan korporat.

Semua orang cuba untuk mencapai sesuatu yang besar, tanpa menyedari bahawa hidup ini terdiri daripada perkara-perkara kecil. ~ Frank A. Clark

Adab senyum kepada orang lain, melontarkan air muka yang manis, memberi salam dan ucapan selamat, berjabat tangan dengan betul, berdiri dengan jarak yang betul dan peka terhadap ruang keselesaan orang lain, cara memberikan dokumen dan barang dengan hormat, menyapa dan memanggil seseorang dengan panggilan hormat yang betul, memulakan perbualan dengan tajuk yang disenangi dan mengelakkan isu yang sensitif, menutup perbualan dan urusan dengan beradab, adab menerima teguran dan kritikan dengan rendah diri dan terbuka, adab menyenangkan orang lain dengan pujian dan penghargaan yang betul, cara berdiri dan duduk ketika berurusan yang menunjukkan anda menghormati dan meraikan orang lain, cara bercakap dan melontar idea dengan beradab dan profesional, adab menolak sesuatu idea dengan cara terhormat dan terpuji, adab menyampuk perbualan dengan rendah diri dan diterima, adab melontarkan ayat saya tidak tahu, saya sibuk, ini polisi kami, ini bukan tugas saya, bukan salah saya, perkara ini tidak boleh dilakukan dengan menggantikan ayat lain yang lebih sopan dan mengharmonikan suasana berurusan…..

Antara senarai perkara-perkara atau perlakuan yang nampak kecil atau remeh namun mampu memberikan impak yang besar dalam sesuatu perhubungan, malah kesemua perlakuan ini mampu menonjolkan kewibawaan seseorang dan organisasi yang diwakilinya. Mengaplikasikan adab dan etika berkomunikasi bermaksud anda sedang melangkah satu tapak dalam proses penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional.

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan adab yang baik, beretika dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Etika berkomunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan nama baik organisasinya.

Dalam dunia profesional, kemahiran dalam etika komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran etika komunikasi yang betul, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang kakitangan dan duta jabatan yang dihormati dan disegani.

 

 

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

 

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

 

Dalam Kursus Etika Berkomunikasi JKM selama 3 hari ini, para peserta dapat menyedari kesilapan-kesilapan dalam etika berkomunikasi dan kesannya kepada reputasi dan kerjaya serta pelanggan mereka. Mereka turut dibawa untuk memahami kepentingan dan teknik dalam etika berkomunikasi dalam membina perhubungan profesional, teknik mengamalkan laras bahasa dan skrip yang beretika ketika berurusan, 12 adab dan etiket sosial ketika berkomunikasi dengan pihak atasan, ahli lembaga pengarah, rakan sejawat dan pelanggan luaran.

Para peserta juga didedahkan dengan empat gaya komunikasi dan mereka seterusnya diminta untuk menganalisa gaya komunikasi diri sendiri, rakan sekumpulan dan orang lain. Mereka juga mempelajari tips serta cara mengendalikan dan berhadapan dengan keempat-empat gaya komunikasi ini.

Kursus Etika Berkomunikasi JKM
Adab dan etika berkomunikasi lebih kritikal diperlukan dalam dunia profesional dan korporat.

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

 

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

Kursus Etika Berkomunikasi JKM
Masyarakat selalu terpegun dengan apa pun contoh baru akal budi. ~ Ralph Waldo Emerson

 

 

 

Dalam Kursus Etika Berkomunikasi JKM ini juga, terdapat modul bonus yang dikongsikan kepada para peserta, iaitu modul teknik pengucapan awam berimpak tinggi. Para peserta didedahkan dengan teknik membina keyakinan diri ketika berkomunikasi di hadapan orang ramai dengan berkesan. Keberkesanan dalam komunikasi pengucapan awam adalah terletak kepada tiga perkara  asas, iaitu diri penyampai, bahan yang ingin  disampaikan  dan  teknik penyampaian. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah ucapan, mampu memahami seterusnya dapat mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, maka amat penting seseorang penyampai mempelajari teknik pengucapan yang berkesan. Para peserta juga berpeluang mempelajari asas-asas penyampaian yang berkesan dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami .Modul pengucapan awam berimpak tinggi ini ditambah untuk mendedahkan para peserta dengan teknik- teknik dan kemahiran penyampaian berkesan agar para peserta lebih yakin dan bersedia untuk berkomunikasi dengan lebih mantap di hadapan orang ramai selepas tamat kursus ini.

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

Kursus Etika Berkomunikasi JKM

Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan untuk kami mengendalikan kursus Etika Berkomunikasi JKMini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Etika Berkomunikasi JKM ini :

1.Penceramah sangat hebat menyampaikan ceramah dan saya bersemangat selepas mengikuti kursus ini! (Sofiah Binti Ripin – Pembantu penyediaan makanan)

2.Segar dan idea baru. Tidak sama dengan kursus lain (Ziha Che Mat – Pembantu Operasi)

3.Sangat terbaik. Isi padat dan cara penyampaian padu (Nur Aina Bt. Yaacub – Pembantu Perawatan Kesihatan)

4.Penyampaian santai tetapi berkesan (Mohd Faizal Hysyam Ibrahim – Pembantu Pembangunan)

5.Sangat berpengetahuan, pandai ambil perhatian kepada peserta (Muhd Azlin Jaafar – Penolong Pegawai Penyediaan Makanan)

6.Penceramah memang terbaik. (Abg Zamaludin B. Abg Salleh – Pemandu kenderaan H11)

7.Bersemangat! (Norsuhada Binti Basir – Pembantu Tadbir)

8.Sangat mesra! (Manimala A/P Sauadeoan – Pembantu Tadbir)

9.Penceramah yang ceria. (Muhammad Amiruddin Bin Sulaiman – Pembantu Pembangunan Masyarakat)

10.Kursus yang sangat baik. (Muhamad Yunus Bin Omar – Pemandu)

11.Pengisian yang baik. (Nor Aisyah Sazilah Bt Abd Azid – Pembantu Tadbir

12.Baik dan bertenaga! (Zaihasnida Binti Zainal Abidin – Pembantu Kebajikan Masyarakat)

13.Terbaik. (Hazizah Bt Edi – Pembantu Perawatan Kesihatan)

14.Terbaik (Nor Azizah Bt Bohari – Pembantu Perawatan Kesihatan)

15.Persembahan terbaik (Norhasliza Awang Mamat – Pembantu Tadbir)

16.Penyampai yang baik (Muhammad Izwan Bin Amat – Pembantu Penyediaan Makanan)

17.Bagus dan mampu menarik minat peserta (Nurliyana Binti Zulkifli – Pembantu Perawatan Kesihatan)

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Etika Berkomunikasi ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Tuesday, October 2nd, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments