Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan | Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Smart Venture Sdn Bhd | 4 Mac 2020

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Alhamdulillah, pada 4 Mac 2020 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Smart Venture Sdn Bhd untuk mengendalikan Bengkel Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan bertempat di Dewan Utama YaPEIM Grand Season Avenue.

Seramai 28 orang peserta Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Smart Venture Sdn Bhd yang terdiri daripada penolong kanan, penolong pengurus kanan, penolong pengurus eksekutif, pembantu pengurus,  berkumpul di dalam kursus ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terkini dalam perkhidmatan pelanggan profesional.

 

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan  ini menunjukkan secara terperinci bagaimana sikap yang betul terhadap pelanggan, tingkah-laku, nada suara, pemilihan perkataan, adab dan etiket bisnes serta komunikasi profesional ketika berurusan dengan pelanggan atas prinsip kasih-sayang sesama manusia dalam mengejar redha Allah swt.

Bengkel ini juga diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan keterampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

 

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

 

Perkhidmatan pelanggan yang profesional juga termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Semoga Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.  In sha Allah semoga bermanfaat kepada semua yang hadir dan dikongsikan kepada keseluruhan organisasi.

Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan  ini :

  1. Penyampaian yang baik, pandai menarik perhatian – Siddiq Junaidi Bin Jalaludin – Penolong Pengurus Eksekutif
  2. Berkesan dan efektif – Muhammad Hasnol Mustafa – Penolong Pengurus Eksekutif
  3. Sangat menguasai maklumat ceramah – Nor Amira Binti Yahya – Pembantu Pengurus
  4. Cemerlang – Shatrah Binti Shafie – Penolong Pengurus Kanan
  5. Bagus dalam menyampaikan info – Noor Hakimah Ahmad – Penolong Pengurus
  6. Menghiburkan dan berkesan – Syafafwati Mohamed – Pembantu Pengurus
  7. Terbaik – Mohd Azizan Bin Hussin – Pembantu Pengurus
  8. Terbaik – Ahmad Afif Rosli – Penolong Pengurus
  9. Alhamdulillah baik – Anisah Aziz – Penolong Pengurus
  10. Baik – Izzah Suaidah Binti Ibrahim – Pembantu Pengurus
  11. Bagus – Tholhah Mohammad – Pembantu Pengurus Eksekutif
  12. Terbaik – Wan Azmi Bin Wan Osman – Pembantu Pengurus Eksekutif
  13. Baik – Muhammad Idzham – Pembantu Pengurus Eksekutif

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Pengurusan Khidmat Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, March 5th, 2020March 5, 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.