Bengkel Career Grooming UKM Pada 1 Disember 2018.
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur sebagai penceramah Bengkel Career Grooming UKM untuk menyampaikan perkongsian kepada hampir 200 orang pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan UKM bertempat di Dewan Kuliah 1, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur.
Objektif Bengkel Career Grooming UKM ini adalah untuk membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dan etiket sosial, menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan, memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya.
Penceramah turut menekankan persediaan dan pengurusan ‘wardrobe’ seawal kehidupan di universiti dan kolej agar mereka lebih bersedia untuk melangkah ke dalam industri untuk menjalani latihan industri seterusnya memasuki alam pekerjaan.
Dalam slot ini, penceramah memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian kerja bagi calon pekerja wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan. Antara pendedahan teknik berpakaian yang dikongsikan dengan para peserta ialah pemilihan jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna dalam penggayaan profesional yang tepat bagi calon pekerja lelaki dan wanita.
Para peserta juga didedahkan dengan konsep penjenamaan diri secara profesional, iaitu proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan bakal majikan serta masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.
Penceramah juga memberikan pendedahan bagaimana menjenamakan diri sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman.
Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya sebagai persediaaan untuk menjalani latihan dalam industri dan semasa bekerja nanti.
Sekalung penghargaan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Bengkel Career Grooming UKM ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalamBengkel Career Grooming ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kelebihan dan potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita. Terima kasih juga atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Career Grooming UKM ini:
- Penceramah memberi contoh yang teliti.-Siti Noor Farahin Binti Syed Hamed -Pelajar.
- Penyampaian yang mudah difahami dari segi word fesyen yang digunakan bagi orang tidak tahu berkaitan fesyen sangat.-Nadzirah Binti Ismak -Pelajar.
- Cara penyampaian maklumat penceramah menarik kerana ada sesi interaksi dengan pelajar.-Phong Hui Kuan -Pelajar.
- Penyampaian yang menarik dan input yang berguna.-Farahana Mohamed -Pelajar.
- Confident, attractive (know how to attract audience)-Farahanim Azizi -Pelajar.
- Sangat berguna pada masa hadapan.-Yasaaswini Apparao -Pelajar.
- Semua bagus, kemas dan sofistikated.-Nurul Anisah Binti Kamaruzaman -Pelajar.
- Good communication and confident yet attractive.-Nurul Azlyza -Pelajar.
- Penceramah melibatkan pelajar dan memberi pendedahan mengenai pakaian formal, semi formal dan casual dengan menunjukkan contoh secara langsung yang dapat meningkatkan pemahaman.
- Penceramah menghuraikan tajuk yang diberikan dengan jelas, menarik dan menyeluruh.-Az-Zahra Binti Jafri -Pelajar.
- Maklumat yang menarik dan penyampaian yang baik.-Mariah Asem -Pelajar.
- Menarik, melibatkan kerja berkumpulan dan tidak bosan.-Nurul Amira Nabilah Binti Kamarudin -Pelajar.
- Profesional dan pengisian yang bagus dan menarik.-Nur Syafiqah Binti Mohd Bakri -Pelajar.
- Bagus. Boleh diteruskan pada masa akan datang.-Nuralia Fatiha Binti Ahmad Ridhuwan -Pelajar.
- Penyampaian ceramah baik dan secara keseluruhan isi kandungan ceramah menarik dan mudah difahami.-Nurul Shuhada Ibrahim -Pelajar.
- Berpengalaman.-Wan Aida -Pelajar.
- Penceramah energetik.-Amirah Shahhana -Pelajar.
- Penerangan secara terperinci tentang pemakaian dan penampilan formal.-Nur Syawani Binti Roslan -Pelajar.
- It was informative. Now I know better what to prepare for my future.-Clarabelle P’ng -Pelajar.
- Info yang sangat berguna.-Nur Afiqah Binti Mohd Husaini -Pelajar.
- Penceramah menggunakan suara yang jelas dan mesej yang disampaikan adalah jelas.-Sharifah Najhan Binti Syed Soffi -Pelajar.
- Bagus dan jelas penyampaiannya.-Nadirah Syamimi -Pelajar.
- Penceramah bagus dan sangta komited.-Fairuz Binti Kamarulzaman -Pelajar.
- Sangat profesional.-Nor Atikah Safirah Binti Juhari -Pelajar.
- Penceramah sangat bermaklumat dan baik.-Ratnaeswari a/p Supramaniam -Pelajar.
- Hebat dan sangat membantu.-Nazeha Binti Ahmed -Pelajar.
- Menarik dan memberi pendedahan yang baik.-Nurul Hidayah -Pelajar.
- Berkarisma.-Monica Twasi -Pelajar.
- Penceramah menyampaikan maklumat dengan santai dan mudah difahami.-Nur Mastura Binti Mat Othman -Pelajar.
- Penceramah memberi penerangan yang jelas dan mudah difahami.-Nur Alia Lyana Binti Md Fadzli -Pelajar.
- Penceramah sangat interaktif dan cara penyampaian sangat menarik.-Raihan Nurhayati Binti Mohamed Sohor -Pelajar.
- Penuh dengan maklumat dan informasi yang berguna. Penceramah menyampaikan ucapan dengan menarik dan jelas, senang untuk difahami.-Ngieng Sheng Ee -Pelajar.
- 5 bintang.-Izzah Irdina Binti Juremi -Pelajar.
- Sangat bermanfaat, mudah difahami, sangat informatif dan menarik. Penceramah sangat pakar dalam bidangnya.-Haifa Hanani Binti Mohamad Zala -Pelajar.
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!