Personaliti Warna Kegemaran UNGU : Artistik Dan Dambaan Kesempurnaan

Personaliti Warna Kegemaran UNGU : Artistik Dan Dambaan Kesempurnaan | Perunding Imej Malaysia

Warna adalah satu keajaiban yang mampu menggambarkan personaliti seseorang. Antaranya ialah personaliti warna ungu yang mempunyai maknanya dan keistimewaan yang tersendiri. Warna berupaya menyatakan dengan tepat siapa anda, apa yang anda suka, bagaimana anda berkelakuan dan memberi tindak balas. Psikologi warna adalah subjek yang sangat menarik dan tidak pernah berhenti dibincangkan sejak dahulu.

Jika anda merupakan peminat warna ungu, di sini terdapat jawapan bagi personaliti anda. Warna ungu disukai kerana ia cukup menyenangkan, damai dan membantu meredakan ketegangan. Anda yang menyukai warna ungu biasanya adalah orang yang unik dan tidak takut untuk tampil berbeza daripada orang biasa. Ini pasti membuatkan personaliti anda kelihatan hebat kan? Perunding Imej Malaysia akan membawa anda menerokai kehebatan dan ancaman buat personaliti ungu.

Personaliti Warna Kegemaran UNGU

Warna ungu merupakan warna campuran antara warna merah dan juga biru. Ramai wanita diluar sana yang memilih warna ungu sebagai warna pilihan untuk pakaian, aksesori dan juga perabot untuk rumah mereka. Warna ungu secara semulajadi memang menarik perhatian dengan kecantikan dan keindahannya. Sekiranya warna ungu ini adalah warna kegemaran anda, ini bermakna anda seorang yang sensitif dan jiwa anda adalah halus dan penuh kelembutan.

Bagi personaliti warna kegemaran UNGU , antara ciri utama personaliti anda adalah pemahaman terhadap perasaan sendiri dan juga sokongan daripada orang sekeliling. Walaupun kelihatan personaliti ungu seperti seorang yang mementingkan diri, namun mereka juga memikirkan orang lain sebelum diri mereka sendiri. Kadangkala, personaliti ungu mampu memberikan kata-kata semangat terhadap orang yang meluahkan perasaan kepadanya namun kadangkala dengan kebaikan yang dihulurkan mampu membuatkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Jika warna ungu merupakan warna kegemaran diri anda, pasti anda seorang yang sensitif terhadap kata-kata kritikan yang dilontarkan kepada diri anda namun anda bijak menyembunyikan reaksi tidak senang anda dengan hanya memendam perasaan tersebut. Anda juga merupakan seorang yang tenang dan mempunyai semangat yang kuat walaupun perwatakan anda agak lembut.

Personaliti Warna Kegemaran UNGU

Ramai orang yang tertarik akan diri anda yang berkarisma lagi menawan. Anda biasanya seorang yang introvert dan bukannya extroverted. Walaupun orang sekeliling memandang anda sebagai seorang yang pemalu namun tidak semua perkara anda seorang yang pemalu. Yang lebih menarik lagi, anda merupakan seorang yang kreatif terutama sekali dalam bab menghias rumah.

Walaupun anda seorang yang bermurah hati dalam memberi apa sahaja yang anda mampu untuk membantu, namun kadangkala anda mengharapkan sedikit balasan. Anda juga tidak suka untuk memikul tanggungjawab yang besar kerana akan mengakibatkan hari-hari yang ditempuhi akan bercelaru.  Walaupun anda adalah orang yang bersikap setia, namun adakalanya anda mudah bosan terhadap sesuatu perkara.

Mempunyai personaliti warna kegemaran UNGU yang menginginkan semua perkara adalah yang terbaik membuatkan anda sentiasa memikirkan kesan dan akibat sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum melakukannya. Sebagai seorang yang berjiwa lembut dan peramah, anda juga suka mempelajari sesuatu yang baru selain menambah rakan baru.

Personaliti Warna Kegemaran UNGU

Bagi personaliti warna kegemaran UNGU, kelemahan anda yang perlu anda atasi dan perbaiki adalah seperti berikut :

1) Usah  bersikap tamak sekiranya anda ingin membuktikan diri anda mampu melakukan sesuatu perkara tersebut sehingga anda menerima semua projek pada satu masa. Perkara ini hanya membuatkan diri anda terburu-buru dalam menyiapkannya dan akan menambah tekanan kepada anda kerana anda inginkan segalanya menjadi yang terbaik.

2) Usah bersikap sombong sekiranya anda sering mendapat pujian daripada orang sekeliling. Perkara ini boleh merosakkan reputasi dan masa depan anda.

3). Usah mementingkan diri terutamanya apabila bekerja dalam satu pasukan dan berhadapan dengan arahan dan peraturan daripada orang lain.

Personaliti Warna Kegemaran UNGU

Keperluan yang diperlukan oleh personaliti warna ungu?

Keperluan mendalam personaliti warna kegemaran UNGU  adalah untuk menjaga emosi dan mencipta sesuatu kesempurnaan dan menjadi yang terbaik di dalam bidang yang baru diceburi termasuk dalam semua bidang kehidupan anda. Anda juga mempunyai keperluan mendalam untuk memulakan dan mengambil bahagian dalam projek kemanusiaan serta membantu orang yang memerlukan.

Jika anda tidak menyukai warna ungu?

Orang yang tidak sukakan warna ungu adalah seorang yang sangat tegas di dalam hidup . Anda mungkin tidak artistik dan suka menjadi pengkritik. Anda lebih mementingkan pandangan dan jangkaan daripada ramai orang lain daripada menjadi diri anda sendiria. Anda lebih berminat dan hanya fokus pada masa kini dan masa lalu daripada memikirkan tentang masa hadapan. Anda mungkin sukar untuk berkreativiti.

Personaliti Warna Kegemaran UNGU

Terdapat berjuta warna di dunia ini yang sesetengah daripada warna tersebut berkaitan dengan personaliti diri anda sendiri. Walaupun separuh pesonaliti warna yang dinyatakan ini bagi anda tidak seperti yang dinyatakan tentang diri anda, namun kami pasti terdapat satu atau dua kenyataan yang betul dan berkaitan dengan anda sehinggakan anda mengangguk-angguk kepala bersetuju, betul kan?

Mengenali personaliti warna anda mampu memberikan motivasi dan sebagai penguat semangat untuk anda menggunakan seluruhnya potensi diri demi mengecapi kejayaan dan pencapaian yang paling tinggi dalam kehidupan personal dan kerjaya anda. Sekiranya terdapat perkara negatif tentang personaliti diri anda pula, jadikan sebagai sempadan dan segera usahakan untuk mengatasi segala kelemahan yang ada dengan memperbaiki diri. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini namun yang membezakan orang yang cemerlang dan tidak ialah orang yang cemerlang sentiasa berterusan belajar dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Anda berminat untuk mengetahui personaliti merah, biru, merah jambu, hijau, kuning, oren, indigo, turqoise, magenta, coklat, kelabu, silver, gold, putih dan hitam? Teruskan mengikuti artikel seterusnya untuk bersama kami membongkar setiap personaliti warna-warna ini.

Klik di sini untuk mengetahui warna personaliti diri anda.

Monday, February 12th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Siti Balqis bt Zainal Abidin Kamar

Hai kak, warna fav saya ialah warna ungu dalam masa yang sama saya juga suka warna hitam. Tapi dalam memilih warna barang saya lebih suka warna hitam tapi personaliti saya lebih kepada warna ungu. Persoalan saya, adakah saya mempunyai dua personaliti??