Personaliti Merah Jambu : Penyayang, Romantis Dan Pelindung Yang Hebat

Personaliti Merah Jambu : Penyayang, Romantis Dan Pelindung Yang Hebat – Sebut sahaja warna merah jambu pasti dikaitkan dengan seseorang yang berkarakter lembut, penyayang dan juga seorang yang sangat romantik. Merah jambu seringkali dianggap sebagai warna sesebuah ikatan perhubungan percintaan yang harmoni. Bagi anda yang amat meminati warna ini, pastinya anda tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjut kan? Kali ini, Perunding Imej Malaysia ingin berkongsi rahsia personaliti individu di sebalik warna menarik ini.

 

Merah Jambu

Personaliti Merah Jambu

Warna merah jambu sering dijadikan lambang kasih sayang, belas kasihan, memupuk dan mencintai. Ia juga berkaitan dengan cinta dan pemahaman yang tidak bersyarat, memberi dan menerima untuk memelihara sesuatu perkara. Warna merah jambu terhasil daripada gabungan warna merah dan putih.  Semakin pekatnya warna merah jambu, semakin kuat semangat dan kekuatan yang di pamerkannya. Merah jambu juga boleh menandakan kesihatan yang baik dan warna emosi yang tidak rumit.

Selain warna yang dikaitkan dengan feminin dan romantis, dalam psikologi warna, merah jambu adalah tanda harapan . Ia adalah warna positif yang memberi inspirasi kepada perasaan yang menghangatkan dan menghiburkan. Ia juga warna yang memberi rasa sentiasa berfikir positif serta rasa bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Kajian telah mengesahkan bahawa pendedahan kepada sejumlah besar merah jambu boleh mempunyai kesan menenangkan pada saraf dan mencipta kelemahan fizikal pada seseorang.

Personaliti Merah Jambu

Tidak mengharapkan kata-kata pujian atau penghargaan, cuma sekadar perkataan ‘terima kasih’ sahaja telah cukup buat personaliti merah jambu setelah melakukan sesuatu kebaikan. Mereka juga sentiasa memupuk dan melatih diri mereka agar sentiasa menjadi seorang yang suka memberi dan menerima dalam apa sekalipun keadaan. Personaliti warna ini juga,  seorang yang suka memberikan sokongan dan semangat kepada orang lain dan tidak memilih dalam soal pilihan pasangan. Berhati-hati jika anda mempunyai rakan yang menyukai warna merah jambu, kerana mereka mengharapkan dan menjangkakan cinta tanpa syarat!

Jika merah jambu adalah warna kegemaran anda, anda adalah seorang yang penyayang, baik, murah hati dan sensitif terhadap keperluan orang lain. Dengan sifat keprihatinan dan penyayang yang dimiliki oleh personaliti merah jambu, mereka mudah mesra dan didekati kerana kerana memiliki sifat kelembutan dengan orang sekeliling.

Jangan terkejut jika personaliti merah jambu sesuai dijadikan seorang ketua atau pemimpin. Mereka cenderung dan suka untuk memberikan pemeliharaan, perlindungan dan pengasuhan kepada orang lain. Ini kerana keperibadian warna merah jambu mempunyai naluri kuat seorang ibu, dengan sifat untuk melindungi dan menjaga orang lain. Anda juga mempunyai sifat dalaman untuk memberi perhatian kerana anda cenderung mengabdikan diri anda dengan azam yang kuat untuk menjaga keperluan orang lain. Yang lebih menarik sekali, pasti anda seorang yang romantis dan sensual namun anda seorang yang agak sensitif.

Personaliti Merah Jambu

Personaliti merah jambu juga bersifat teratur dan kadang kala  agak sedikit  kelam-kabut dalam menempuhi sesuatu situasi yang baru buat mereka . Selain itu, anda mempunyai penampilan sentiasa yang muda. Umur bukanlah penghalang kerana anda tetap kelihatan muda! Namun anda mempunyai sifat tidak matang dalam beberapa perkara. Cabaran untuk anda adalah menjadi lebih berdikari dan belajar melindungi dan menjaga diri sendiri. Sekiranya anda boleh melakukan perkara ini, maka cinta dan penerimaan akan dikembalikan kepada anda dengan berlipat ganda.

Keperluan yang diperlukan oleh personaliti warna merah jambu?

Keperluan mendalam anda adalah diterima dan disayangi tanpa syarat.

Jika anda tidak menyukai warna merah jambu?

Jika anda adalah seorang yang tidak menggemari warna merah jambu, anda mungkin menginginkan lebih banyak keseronokan dan tindakan dalam hidup anda. Merah jambu mungkin terlalu manis untuk anda atau terlalu girly dan feminin. Anda juga bukan jenis seorang yang penyayang dan anda juga bukan pelindung yang baik.

Personaliti Merah Jambu

Anda berminat untuk mengetahui personaliti merah, biru, merah jambu, hijau, kuning, ungu, oren, indigo, turqoise, magenta, coklat, kelabu, silver, gold, putih dan hitam? Teruskan mengikuti artikel seterusnya untuk bersama kami membongkar setiap personaliti warna-warna ini.

Klik di sini untuk mengetahui warna personaliti diri anda.

Wednesday, February 14th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments