Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam | Kementerian Kesihatan Malaysia | 17 – 19 November 2016

Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia Pada 17-19 November 2016.

Jadikan setiap saat peluang di pentas sebagai medium menyampaikan kepakaran dan keterujaan anda, dan ia bermula dengan teknik yang betul. Mempunyai ilmu dan kelebihan dalam pengucapan awam dapat menaikkan personaliti dan karisma diri seseorang. Imej yang menarik merangkumi cara berucap yang mengkagumkan dan berpengaruh. Memiliki kamahiran pengucapan awam sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang pembentang yang hebat.

Seorang pembentang juga mestilah mahir dalam cara berpakaian yang tepat dan hebat, mengikut mesej ucapan yang hendak disampaikan dan mestilah bersesuaian juga dengan siapa audien yang akan hadir mendengar ucapan, acara apa serta tempat dan waktu menyampaikan ucapan.

Pada 17 – 19 November, Tim Perunding Imej Malaysia telah diamanahkan untuk mengendalikan Kursus Transformasi Imej Dan Pengucapan Awam ini bersama warga Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Arenaa Star, Kuala Lumpur, selama 3 hari 2 malam. Kursus ini mendedahkan teknik penampilan diri yang ‘wow’ serta teknik pengucapan awam yang terkini dan berkuasa untuk menaikkan reputasi dan kredibiliti diri para peserta.

Antara gambar-gambar semasa kursus ini  berlangsung;

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Monday, November 28th, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments