Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land Pada 12 hingga 13 November 2019

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land Berhad ini telah berlangsung selama satu hari pada 12 hingga 13 November 2019. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Johor Land Berhad untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Bilik Latihan Cassana, Kompleks Mutiara Johor Land.

Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai Johor Land Berhad berkumpul di sini selama 2 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terkini dalam perkhidmatan pelanggan profesional.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

 

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

 

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

 

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land

Semoga Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional Johor Land ini :

1. Kursus yang cukup meriah dan cukup bertenaga – Muhammad Idham – Juruteknik Awam

2. Penceramah berpengetahuan luas dan profesional. Program yang sesuai dengan objektif kursus – Abdullah Munib – Kerani Khidmat Pelanggan

3. Program ini menepati objektif kursus untuk Jabatan Khidmat Pelanggan – Siti Faridah – Kerani Kanan

4. Secara keseluruhan, sangat baik dan menepati dengan tugas – Mohd Khairi – Juruteknik

5. Dapat menerangkan sesuatu dengan jelas – Mohd Razin – Juruteknik Awam

6. Penyampaian yang jelas dan info-info yang berkesan – Dzaty -Kerani

7. Dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri – Mohd Firdaus – Juruteknik Awam

8. Bagus, berserta contoh – Fatin – Executive Landscape

9. Baik, bagus, cantik – Mohammad Fariq – Juruteknik Awam

10. Sangat baik -Sudzihan – Juruteknik Awam

11. Baik dan menarik – Mohd Shaifullizam – Juruteknik

12. Sangat baik – Muhammad Ikram – Juruteknik Awam

13. Penerangan jelas dan isi yang baik – Siti Aminah – Kerani Khidmat Pelanggan

14. Baik dan menepati intipati program – Norisan – Kerani Kanan
Sangat baik – Nazmee

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 14th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments