Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Majlis Perbandaran Bentong Pada 22 – 23 Mac 2021

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Majlis Perbandaran Bentong pada 22 – 23 Mac 2021.

Alhamdulillah, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Majlis Perbandaran Bentong untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang bertarikh 22 – 23 Mac 2021 yang lalu. Kursus yang dijalankan selama dua hari secara bersemuka ini telah diadakan di Dewan Mesyuarat Utama Aras 3, Majlis Perbandaran Bentong. Seramai 38 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti kursus ini, iaitu warga kerja daripada pelbagai jabatan dalam Majlis Perbandaran Bentong iaitu wakil daripada bahagian Khidmat Pengurusan, Perkhidmatan Masyarakat, Kejuruteraan, Kawalan Bangunan, Perancangan Bandar, Perbendaharaan, Landskap, Penilaian dan Pengurusan Harta, Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran, Penguatkuasaan, OSC, COB, Undang-Undang, Audit Dalam dan Teknologi Maklumat.

 

Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong

Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong

 

 

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi tatacara penampilan diri yang profesional, kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta menerusi Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini ialah:

  • Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21 
  • Modul 2: Sikap Pelanggan Dalam Psikologi Dan Ekspektasi / Jangkaan
  • Modul 3: Kakitangan: Personaliti & Profesionalisme
  • Modul 4: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan 
  • Modul 5: Sistem Dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan (Adab, Bahasa Tubuh Dan Pemilihan Perkataan)
  • Modul 6: Bagaimana Memberi Tindakbalas Apabila Pelanggan Mengadu Dan Merungut
  • Modul 7: Simulasi Case Study Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Mencabar

Semoga Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini dapat memberi inspirasi baru kepada para peserta untuk memantapkan lagi perkhidmatan seharian dalam tugas yang telah dipertanggungjawabkan. In sha Allah semoga ilmu ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir dan ianya dapat dikongsikan kepada keseluruhan organisasi. Semoga segala usaha kerja kita diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Bentong di atas jemputan dan kepercayaan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

 

Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong Kursus Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Bentong

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang anjuran Majlis Perbandaran Bentong ini:

  1. Penceramah berkomunikasi sangat baik. Saya kasi 100 bintang – Razif bin Uyob – Pembantu Tadbir N19, Majlis Perbandaran Bentong
  2. Penceramah sangat proaktif dan full with info. Terbaik – Norazawanie binti Abas – Penolong Akauntan W29, Majlis Perbandaran Bentong
  3. Kursus ini sangat baik dan isi kandungan yang berkualiti – Khalijah binti Yaakub – Pembantu Pegawai Penolong Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  4. Penyampaian penceramah terbaik – Rajaletchumy a/p Paramasevan – Pembantu Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Bentong
  5. Keseluruhannya kursus ini sangat seronok – Nurul Khalisah binti Ayob – Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  6. Terbaik. Penyampaian yang jelas, terang dan bersemangat. Tidak jemu – Rosmizan binti Abu Zarin – Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  7. Baik, menarik – Shariffah Khamizatun Bibi – Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  8. Penceramah menyampaikan maklumat berkaitan kursus dengan jelas dan baik – Rose Afzariah binti Mohd Rosli – Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  9. Terbaik – Mohd Khairi bin Nasip – Penolong Pegawai Senibina, Majlis Perbandaran Bentong
  10. Sangat bagus – Che Muhammad Rafizal bin Che Harun – Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  11. Keseluruhannya sangat seronok – Hamzah bin Sam @ Othman – Pembantu Tadbir, Majlis Perbandaran Bentong
  12. Bagus – Yong Ooi Leng – Pembantu Awam, Majlis Perbandaran Bentong
  13. Menarik – Saiful Kamal bin Yusof – Pembantu Operasi N11, Majlis Perbandaran Bentong
  14. Sangat baik dan membantu untuk tugas seharian – Roazawati binti Kamaruddin – Pembantu Penguatkuasa KP19, Majlis Perbandaran Bentong
  15. Penyampaian mudah difahami – Muhammad Shamim bin Samad – Pembantu Tadbir N19, Majlis Perbandaran Bentong
  16. Penyampaian yang sangat jelas dan mudah difahamkan. Program ini sangat bagus – Siti Erma Farhana binti Ishak – Pembantu Tadbir N19, Majlis Perbandaran Bentong
  17. Sangat baik – Suhaila binti Mohamed Ali – Pembantu Tadbir N19, Majlis Perbandaran Bentong
  18. Done a good job. Awesome – Kalaichelvi a/p Ayappan– N11, Majlis Perbandaran Bentong
  19. Mudah difahami dan ceria – Norazlina binti Supian – Pembantu Tadbir, Majls Perbandaran Bentong

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Thursday, March 25th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments