Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang | ILKM | 28-30 April 2015

Tiga hari bermula 28 hingga 30 April 2015, saya berkongsi ilmu dan memindahkan kemahiran kepada 33 orang kakitangan ILKM dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang.

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi tatacara penampilan diri yang profesional, kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Antara hasil pembelajaran yang akan diperolehi oleh peserta adalah memahami perubahan dan transformasi dalam perkhidmatan pelanggan abad ke 21 dan memahami kepentingan pelanggan, menguasai 5 jangkaan umum pelanggan apabila berurusan dan bagaimana memenuhi tuntutan pelanggan, mengetahui kesan langsung imej diri (Appearance, Behaviour, Communication) terhadap jangkaan pelanggan, menyedari kesilapan-kesilapan dalam amalan perkhidmatan pelanggan yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi. 

Selain daripada itu para peserta didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi secara positif dan profesional dengan menggunakan nada suara dan laras bahasa yang positif serta menyenangkan hati pelanggan ketika berurusan di kaunter, serta didedahkan juga dengan kemahiran mengendalikan aduan dan rungutan pelanggan dengan berkesan. Hasilnya para beserta akan berkeyakinan dalam melayani pelanggan dan berurusan dengan pelanggan di kaunter, termasuklah menangani secara profesional pelayan yang bermasalah dan marah-marah. 

Semoga para peserta akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk kembali menjalani rutin melayani dan mengendalikan pelanggan mereka selepas ini dan menyumbang kepada kecemerlangan prestasi dan reputasi diri dan organisasi, in sha Allah.

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang 

Sunday, May 3rd, 2015
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments