Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti Secara Dalam Talian (Online Virtual Learning)
Berakhir Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti Secara Dalam Talian bersama 23 orang peserta daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari seluruh Malaysia, anjuran Institut Pengurusan Veterinar (IPV), Cheras pada 22 September 2020 yang lalu.
Terima kasih kepada Institut Pengurusan Veterinar (IPV), Cheras, di atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Secara Dalam Talian buat kali kedua, dan kali ini dengan tajuk Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti. Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti ini menggunakan platform Webex meeting dan Xsplit Broadcaster. Para peserta kursus ini merupakan kakitangan Jabatan Veterinar dari seluruh Malaysia di mana mereka menyertai kursus ini secara online bertempat di pejabat di daerah dan negeri masing-masing.
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras
dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan secara dalam talian, kami Perunding Imej Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan secara dalam talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan atas talian.
Dalam pada itu, kami turut memahami bahawa impak cabaran ini turut akan terkesan ke atas sektor perkhidmatan yang mana segala proses komunikasi pelanggan serta sistem dan suasana semasa berurusan tidak dapat lari daripada tempiasan tuntutan sistem berasaskan digital dan dalam talian. Maka modul perkhidmatan pelanggan yang kami sampaikan ini antaranya termasuklah bagaimana para pekerja berhadapan dengan cabaran perkhidmatan pelanggan secara digital dan teknik berkomunikasi dan berurusan secara profesional di dalam talian.
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus ini juga antaranya turut mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti secara dalam talian ini :
- Penyampaian yang sangat jelas dan cemerlang – Siti Rohayu Mat – Penolong Pegawai Veterinar
- Penyampaian sangat berkesan – Sulmi Suriani Binti Abdul Rahim – Pembantu Veterinar
- Penyampaian yang sangat baik dan berkesan – Nor Azlina Binti Mohd Yusof – Pembantu Tadbir (P/O)
- Ceramah yang mudah difahami, terang dalam penyampaian dan topik yang sangat menarik – Norhasliana Binti Ali – Pembantu Operasi
- Bagus – Nur Ain Binti Mabadar – Pembantu Tadbir
- Baik – Fatin Balkish Binti Abdul Manap – Pembantu Tadbir
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!