Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan anjuran Bahagian Pembangunan Kompetensi Kementerian Kesihatan Malaysia Siri 2 Pada 15 -17 Mac 2022
Alhamdulillah dan bersyukur Tim Perunding Imej Malaysia telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Siri 2 anjuran Bahagian Pembangunan Kompetensi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 15 -17 Mac 2022. Terima kasih kepada pihak Bahagian Pembangunan Kompetensi Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah sekali lagi melantik Tim Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Siri 2 ini. Kursus ini berjaya dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan XSplit Broadcaster.
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Siri 2 yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai oleh 49 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Pergigian, Pegawai Sains Biomedikal, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pegawai Dietetik, Juru X Ray Terapi, Penyelia Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains Forensik, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains Biomedikal, Ketua Penyelia Jururawat, Jururawat, Pegawai Teknologi Makanan, Pegawai Penerangan,dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan dalam talian, syarikat kami telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan dalam talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan dalam talian.
Dalam pada itu, kami turut memahami bahawa impak cabaran ini turut akan terkesan ke atas sektor perkhidmatan yang mana segala proses komunikasi pelanggan serta sistem dan suasana semasa berurusan tidak dapat lari daripada tempiasan tuntutan sistem berasaskan digital dan dalam talian. Maka modul perkhidmatan pelanggan yang kami cadangkan ini antaranya termasuklah bagaimana para pekerja berhadapan dengan cabaran perkhidmatan pelanggan secara digital dan teknik berkomunikasi dan berurusan secara profesional di dalam talian. Dalam kertas cadangan ini kami telah senaraikan modul-modul perkhidmatan pelanggan yang telah disesuaikan dengan isu dan cabaran semasa, serta kaedah dan paltform penyampaian yang akan digunakan.
Objektif utama Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan adalah untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi. Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Siri 2 selama tiga hari ini ialah:
- Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
- Modul 2: Sikap Dan Psikologi Pelanggan Dan Jangkaan Pelanggan
- Modul 3: Strategi Perkhidmatan Pelanggan Dan Pelan Tindakan Berkesan
- Modul 4: Mengukur Tahap Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan yang Berkesan
- Modul 5: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 6: Sistem Semasa Berurusan Dengan Pelanggan & Bagaimana Mengendalikan Pelanggan Yang Mencabar
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Siri 2 anjuran Bahagian Pembangunan Kompetensi Kementerian Kesihatan Malaysia ini:
- Secara keseluruhannya, saya amat bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang peserta dalam kursus ini. Penceramah sangat berpengalaman dalam menyampaikan maklumat kepada peserta. Semua topik disampaikan dengan begitu menarik sekali. – Nur Ayunni Binti Ab Rahman – Pegawai Sains
- Sangat interaktif dan profesional – Dr. Nurul Aliya Binti Norain – Ketua Penolong Pengarah Kanan
- Really good, interactive – Dr. Raj Kumar A/L Sevalingam – Pegawai Perubatan
- Penyampaian yang sangat menarik dan jelas. Penceramah awesome! Program ini secara keseluruhan memberi idea yang baik bagi komunikasi yang berkesan kepada pelanggan. – Nur ‘Afini Fithriyaani binti Kamaruddin – Pegawai Farmasi
- Amat berguna dan perlu diadakan lagi – Azlina Binti Abdul Aziz – Pegawai Pendidikan Kesihatan
- Penceramah sangat baik, content dan perkongsian yang amat menarik. – Koh Carmen – Pegawai Pergigian
- Sangat bagus terutama untuk kami di kaunter farmasi, kami perlukan guide cara layan pesakit di kaunter. – Nurnajmul Ummah Binti Abu Ishak – Pegawai Farmasi
- Sangat jelas, lancar, bertenaga dan contoh yang mudah difahami – Fazila binti Abdullah – Pegawai Kerja Sosial Perubatan
- 7 Stars – Humam Bin Md Salleh – Pegawai Farmasi
- Penceramah sangat bersemangat, berinteraksi dengan peserta, kandungan kursus juga bersesuaian dengan bidang kerja kami – Siti Zaidah Binti Wahab – PegawaiFarmasi
- Penceramah amat berpengalaman dalam bidang yang disampaikan dan menyampaikan info dengan jelas – Nor Aziyah Binti Mat Rahim – Pegawai Penyelidik
- Penceramah sangat komited dan bersemangat. Tidak bosan. Program ini berjaya dilakukan dengan baik . – Fatin Zafirah Binti Ruhaiyem – Pegawai Farmasi
- Penceramah bertenaga dan penyampaian yang menarik – Aimi Hakimah Binti Ali – Pegawai Teknologi Makanan
- Saya sangat berpuas hati dengan kedua-dua penceramah – Lina Syazana Binti Zainal Abidin – Pegawai Farmasi
- Penceramah Puan Raihan sangat bersemangat dan interaktif – Nurul Afifah Bint Mohamad – Pegawai Farmasi
- Penceramah sangat proaktif dan interaktif dengan peserta. – Maslina Binti Md.Nor – Pegawai Sains Biomedikal
- Baik, suka cara penyampaian dan nada suara Pn Raihan (Alpha Voice). 🙂 – Yap Euvon – Pegawai Farmasi
- Bagus dan amat membantu terutama utunk frontliner – Yong Xin Yun – Pegawai Farmasi
- Sangat membantu. Memberi motivasi utk memberikan perkhidmatan yang terbaik – Azieta Binti Yusof – Penyelia Jururawat
- Interesting – Kee Sin Yee – Unit Farmasi
- Terbaik – Normala Binti Md Isa – Pengarah, Pegawai Farmasi
- Proaktif – Mohammad Nazrul Bin Ishak – Pegawai Perubatan
- Penyampaian baik – Ng Han Yui – Pegawai Farmasi
- Terbaik – Dalilah Binti Halim – Pegawai Farmasi
- Bagus dan memuaskan – Hasniza Binti Mat Reffein – Penyelia Jururawat.
- Menarik dan berinfomatif – Neily Syafiqah Mohamed Eusoff – Pegawai Penerangan
- Sangat bertenaga and interaktif – NURUL AFIFAH BINTI MOHAMAD – PEGAWAI Farmasi
- Awesome – Safiah Binti Mohd Onar – Pegawai Farmasi
- Awesome – Lua Lee Yen – Pegawai Dietetik
- Sangat awesome – Nabeela Mansor – Pegawai Perhubungan Awam
- Menarik – Goh Kai Huan – Pegawai Farmasi
- Terbaik – Azmah Binti Daud – Juru X Ray Terapi
- Sangat bagus – Mimi Madihah Binti Adnan – Pegawai Farmasi
- Everything is good – Najaa Ruwida Bt Mohd Zailani – Pegawai Farmasi
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan Siri 2 ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.