Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional Jabatan Ketua Hakim Peguam dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Pertahanan Malaysia Pada 28 Ogos 2025

Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional anjuran Jabatan Ketua Hakim Peguam dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Pertahanan Malaysia pada 28 Ogos 2025.

Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional bersama warga kerja Kementerian Pertahanan Malaysia bertempat di Adena Beach Resort, Kuantan Pahang pada 28 Ogos 2025 yang lalu. Keyakinan itu bukan dilahirkan, ia dibina. Imej dan penampilan profesional bukan untuk menunjuk, tetapi untuk meyakinkan. Keyakinan bukan sekadar apa yang kita pakai atau ucapkan, tetapi bagaimana kita membawa diri. Bagaimana kita mampu meninggalkan setiap pertemuan dengan aura positif, profesional, dan berkeyakinan.

Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional anjuran Jabatan Ketua Hakim Peguam dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Pertahanan Malaysia pada 28 Ogos 2025

 

Objektif utama Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional ini adalah:

1. Memahami tatacara pemakaian kerja yang betul, termasuk pemilihan dan padanan warna yang bersesuaian

2. Cara berkomunikasi yang berkesan dengan pegawai/ kakitangan pelbagai pangkat

3. Memahami bagaimana tatacara pemakaian dan cara komunikasi memainkan peranan dalam mempamerkan imej yang professional.

Keyakinan itu bukan dilahirkan, ia dibina. Imej dan penampilan profesional bukan untuk menunjuk, tetapi untuk meyakinkan. Keyakinan bukan sekadar apa yang kita pakai atau ucapkan, tetapi bagaimana kita membawa diri. Bagaimana kita mampu meninggalkan setiap pertemuan dengan aura positif, profesional, dan berkeyakinan.

 

 

Kita semua adalah ‘wajah organisasi’. Bila orang melihat kita, mereka melihat dan menilai Jabatan kita. Pemakaian ialah “bahasa senyap” (silent language) yang paling awal diperhatikan oleh orang lain. Kajian psikologi sosial menunjukkan bahawa penilaian pertama (first impression) berlaku dalam masa 7 saat pertama – sebelum kita sempat bercakap.Bila pakaian sesuai, mesej yang dihantar ialah: “Saya menghormati diri sendiri, saya menghormati anda, dan saya menghormati organisasi saya.”

Kajian menunjukkan 55% keyakinan orang lain kepada kita datang daripada bahasa tubuh kita, 38% daripada nada suara kita, dan 7% daripada kata-kata kita. Jadi, walau anda tidak pandai berkata-kata, postur tubuh anda, senyuman, eye contact dan nada suara sudah memberi 90% mesej pertama.”

Bila ketiga-tiganya selaras, imej yang dipaparkan ialah profesional, berwibawa, dan dihormati.

Tatacara pemakaian adalah “pembuka mata”, manakala cara komunikasi melalui nada suara dan pemilihan kata-kata adalah “pengikat hati”. Kesemuanya adalah satu pakej yang membentuk imej profesional, yang akhirnya meningkatkan keyakinan diri dan keyakinan orang lain terhadap kita.

 

Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional anjuran Jabatan Ketua Hakim Peguam dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Pertahanan Malaysia pada 28 Ogos 2025

 

Terima kasih kepada Jabatan Ketua Hakim Peguam dan Bahagian Undang-Undang Kementerian Pertahanan Malaysia di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen sepanjang kursus. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Peningkatan Keyakinan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

 

Saturday, August 30th, 2025
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments