Kursus Pengurusan Majlis RISDA Pada 19 – 21 Februari 2019

Kursus Pengurusan Majlis RISDA

Tim Perunding Imej Malaysia telah diamanahkan untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Majlis pada 19 – 21 Februari 2019 yang lalu oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bertempat di Pusat Latihan RISDA (RISTEC), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Pengurusan Majlis RISDA

 

Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.

Kursus Pengurusan Majlis RISDA

Antara objektif Kursus Pengurusan Majlis RISDA ini adalah seperti berikut :

  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi di Malaysia
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk
  • Mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia iaitu pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi
  • Mengaplikasi pengurusan majlis rasmi melalui simulasi majlis rasmi di akhir kursus

 

Kursus Pengurusan Majlis RISDA ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta perlu melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu dalam menganjurkan dan mengendali majlis rasmi.

Kursus Pengurusan Majlis RISDA

 

Selama 3 hari  berlangsung, terdapat lapan modul pembelajaran yang dikongsikan secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Pengurusan Majlis RISDA ini. Antaranya ialah Modul Pengenalan Kepada Protokol Dan Majlis, Modul Aplikasi Protokol Dalam Majlis, Modul Heirarki Tetamu Dalam Majlis, Modul Susunan Tempat Duduk Tetamu Dan VVIP Dalam Majlis dan lain-lain.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengurusan Majlis RISDA ini :

  1. Cemerlang – Mohamad Shakir bin Sopian – Penolong Pegawai Tadbir
  2. Mantap – Mohd Haniff Ismail bin Mokhtar – Pembantu Tadbir
  3. Sangat berpengalaman dalam pengurusan majlis – Muhammad Fikhry bin Zulkhifly – Pegawai Tadbir
  4. Berpengalaman – Moradila binti Abd Moris – Pegawai Tadbir
  5. Cekap dan berpengalaman untuk share information – Sherina binti Sharifuddin – Pegawai Tadbir
  6. Sangat-sangat berpengalaman dalam program yang disampaikan – Mohamad Faiz bin Che Zakaria – Penolong Pegawai Tadbir
  7. Memang terbaik – Nashrul Hazremi bin Mohd Nasir – Pegawai Pertanian G44
  8. Terbaik boh! – Mohd Danial bin Mohd Nasib – Penolong Pegawai Pertanian
  9. Terbaik – Lailisuzani binti Md Zain – Pembantu Tadbir
  10. Terbaik – Mohd Amirul Shafiq bin Aliyasak – W29
  11. Baik – Siti Zaihasrina binti Hassan – Pegawai Tadbir N41
  12. Bagus – Norsiha binti Abd Hadi – Penolong Akautan
  13. Boleh diperkembangkan bagi siri ke 2 – Zulkifli Zaini – Kolej RISDA
  14. Pengisian sangat baik dan sangat kagum dengan ilmu dan pengalaman dikongsi – Nurul Haniza Mohmad – Pembantu Tadbir P/O

 

Kursus Pengurusan Majlis RISDA

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, February 23rd, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments