Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Pada 27 hingga 29 Julai 2025

Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat Anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pada 27 hingga 29 Julai 2025. Alhamdulillah berjalan lancar selama tiga hari Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat bersama warga kerja BHEUU Jabatan Perdana Menteri bertempat di Hotel Thistle, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Perkhidmatan Pelanggan Yang Hebat Bukan Berlaku Secara Kebetulan, Tetapi Ia Dilatih dan Dibina.

Dalam dunia perkhidmatan hari ini, pelanggan bukan sekadar ‘menerima perkhidmatan’ . Mereka menilai, berkongsi pengalaman dan membentuk persepsi terhadap sesebuah organisasi dalam sekelip mata, sama ada melalui panggilan telefon, e-mel, balasan media sosial, atau interaksi bersemuka.

Hari ini, pelanggan datang dengan harapan yang lebih tinggi, saluran komunikasi yang pelbagai, dan tindak balas yang pantas. Namun, antara masalah yang timbul…

• Pegawai barisan hadapan terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan yang menuntut layanan segera dan sempurna

• Aduan masuk melalui pelbagai saluran: telefon, e-mel, media sosial, malah secara terbuka di portal awam

• Tekanan kerja meningkat, emosi sukar dikawal, dan komunikasi menjadi tegang

• Teknik promosi perkhidmatan jabatan kelihatan usang dan tidak lagi menarik perhatian

• Penyampaian maklumat kepada pelanggan kurang berstruktur, tidak konsisten, malah mengelirukan

Situasi-situasi ini berlaku setiap hari. Bukan kerana pegawai tidak bagus — tapi kerana mereka tidak dilatih dengan kemahiran moden yang diperlukan untuk berdepan cabaran ini. Akibatnya? Pelanggan tidak puas hati. Imej organisasi tercalar. Kepercayaan tergugat. Dan semangat kerja mula pudar.

 

Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat Anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pada 27 hingg 29 Julai 2025
Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat Anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pada 27 hingg 29 Julai 2025

 

Inilah masanya untuk memberi pegawai anda kelebihan sebenar melalui Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat — satu program padat, praktikal dan berimpak tinggi yang membina semula asas komunikasi, etika kerja, dan penyampaian mesej jabatan secara lebih berkesan.

 

Apa yang menjadikan kursus ini berbeza?

1.Kemahiran Pelanggan Beretika & Mesra

Belajar menangani pelanggan dalaman dan luaran dengan keyakinan dan kawalan emosi yang tinggi.

2.Komunikasi Profesional Dalam Semua Saluran

Sama ada e-mel, telefon, portal aduan atau bersemuka — nada, gaya & skrip yang sesuai akan dipraktikkan.

3.Strategi Pemasaran Digital & Infografik Moden

Teknik bagaimana untuk menyampaikan mesej jabatan secara menarik, kreatif dan tepat kepada audiens sasaran.

4.Pengurusan Tekanan & Penyelesaian Konflik

Kenal pasti pencetus stres, kawal emosi, dan hadapi pelanggan mencabar dengan tenang dan berhemah.

5.Nilai Tambah Selepas Kursus

Pegawai akan membawa pulang bukan sahaja ilmu, tetapi juga keupayaan kendiri, daya tahan, dan mindset baharu dalam melayani pelanggan.

 

Objektif Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat Ini:

✅ Menggilap kemahiran interpersonal & komunikasi

✅ Memantapkan kecekapan kendiri & kestabilan emosi

✅ Menyampaikan mesej yang jelas & mudah difahami

✅ Memperkukuh hubungan kerja berpasukan

✅ Menyediakan pegawai untuk promosi perkhidmatan secara lebih berkesan

 

Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat ini adalah kunci untuk membina profesionalisme dan kepercayaan yang berkekalan. Sediakan pegawai anda dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk menghadapi pelanggan dengan yakin, cekap dan penuh beretika.

 

Terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di atas jemputan dan peluang untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen sepanjang kursus. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengurusan Etika Pelanggan dan Teknik Pemasaran Maklumat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

Friday, August 1st, 2025
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments