Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2 pada 15 hingga 17 Oktober 2019, bertempat di The Regency Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 61 orang peserta kumpulan kedua yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pelanggan Perkeso dari seluruh Malaysia berkumpul di sini selama 3 hari 2 malam bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam ilmu dan kemahiran perkhidmatan pelanggan profesional.
Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2 ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.
Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Semoga Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2 ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini :
- Penyampaian yang diberikan terang, jelas, sangat berkesan dan boleh mengubah, memberi inspirasi kepada saya untuk lebih bersemangat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan – Dayang – Kerani Kanan
- Penceramah sangat profesional, yakin, bersemangat dan ikhlas, manis dan sedap mata memandang – Vendy – Pegawai Kerani
- Penceramah ada gaya tarikan dengan menampilkan imej yang anggun dan korporat. Ilmu pengetahuan yang luas, komunikasi yang jelas dan pergerakan yang aktif – Haslina – Pegawai Kerani
- Penceramah sangat produktif dalam menyampaikan ceramah yang diberikan. Pengisian yang disampaikan sangat tepat dan padat – Puteri Nabilah – Pegawai Kerani Sambilan
- Sangat positif, bersemangat, berpengetahuan luas,sangat friendly, tidak boring, ceria – Siti Noor Hanisa – Pegawai Eksekutif
- Kursus yang menarik dan berkesan bagi petugas barisan hadapan – Zanariah – Pegawai Eksekutif
- Penceramah mampu menarik minat dan perhatian dengan gaya penyampaian beliau – Raja Rosmayura – Pegawai Kerani Sambilan
- Penceramah sangat mesra dan menyampaikan topik dengan gaya santai dan menarik serta berkesan – Mohd Hafis – Kerani
- Penceramah yang cemerlang. Puan Raihan tahniah! – Kenneth – Pegawai Kerani
- Seorang penceramah yang penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan cara kita berkomunikasi dengan pelanggan – Nurzulhijah – Pegawai Kerani
- Penceramah dapat berkomunikasi dengan peserta dengan baik dan menarik – Nor Azratul – Kerani
- Penceramah paling baik memberi ceramah – Netty – Pegawai Kerani
- Penceramah hebat dan memberi input yang terbaik – Surentharan – Pembantu Operasi
- Penceramah manis dan tak jemu dipandang – Fuziana – Pegawai Kerani
- Sangat berpengalaman dan program memuaskan – Ummi – Kerani
- Seorang penceramah yang penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan cara kita berkomunikasi dengan pelanggan – Nurzulhijah – Pegawai Kerani
- Terbaik – Intan Suraya
- Terbaik – Mohamad Ridwandi – Pegawai Kerani
- Well done keep it up – Henika – Pegawai Kerani
- Sangat professional – Rabidah – Pegawai Kerani
- Sangat terbaik – Suzzliyaairene – Pegawai Kerani
- Terbaik – Sallehhudin – Pegawai Kerani
- Sangat cemerlang, terus maju jaya – Gilbert – Kerani
- Sangat memuaskan – Ushamary – Kerani Sambilan
- Terbaik dari segi penceramah dan program – Wahidah
- Berjaya – Ramlah – Kerani
- Keseluruhan baik – Samzurinah – Pegawai Eksekutif
- Terbaik dan seronok – Noor Fadzilah – Pegawai Kerani
- Sangat baik dan konsisten dalam memberi maklumat – Razma – Kerani
- Sangat menarik dan professional – Syed Fadzly – Pegawai Kerani
- Cara penyampaian penceramah adalah efektif – Raymond – Pegawai Kerani
- Penceramah baik dan peramah – Adam – Pegawai Kerani
- Sangat baik – Mala – G14
- Penceramah semua berpengalamann dan keseluruhanya capai matlamat – Azizi – Pegawai Eksekutif
- Mesra, peramah – Rudran -Kerani
- Sangat bagus dan memberikan impak yang baik kepada peserta – Basriah – Pegawai Kerani
- Bagus – Norsuhana – Pegawai Kerani
- Sangat baik – Sivaneswan – Kerani
- Ceria, berpengetahuan dan tidak bosan – Zamzaiha – Perkhidmatan Pelanggan
- Overall program yang sesuai untuk ‘frontliner office’ – Mohaneswari – Pegawai Kerani
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!